Dalam usaha menuju negara maju menjelang tahun 2020,
Malaysia telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan
sistem pengangkutan berjalan lancar. Sistem pengangkutan yang cuba dibangunkan
ini meliputi laluan darat seperti jalan raya dan jalan kereta api, laluan udara
dan laut. Fokus utama pembangunan sistem pengangkutan ini bagi memudahkan orang
ramai berhubung dengan masyarakat tempatan dan masyarakat di dunia luar. Teksi
digunakan sebagai alat mudah untuk pergi ke sesuatu destinasi. Kenderaan
tersebut sebagai keperluan wajib untuk masyarakat ke destanasi yang diinginkan
seperti ke sekolah, ke pejabat, ke surau dan ke pasar raya. Untuk meningkatkan
mutu perkhidmatan, kerajaan telah mewartakan semua teksi bandar menggunakan
sistem bermeter.Kerajaan juga telah menggunakan warna yang berbeza untuk teksi
bandar dan luar bandar.Bagi pengangkutan ke destanasi lapangan terbang kerajaan
telah memperkenalkan teksi limosen. Melalui keadah ini,mutu perkhidmatan dapat
ditingkatkan dan diselaraskan serta memudahkam pengguna.Selain itu, penggunaan
teksi bermeter dapat mengelakkan pemandu teksi melakukan penyelewengan dan
menguntungkan pengguna.
Pengangkutan awam yang paling murah dan popular dalam
kalangan pengguna ialah bas. Bas biasa digunakan oleh orang ramai untuk pergi
bekerja atau ke pasar raya. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan ini, kerajaan
telah menggalakkan pengusaha bas yang berskala kecil membentuk konsortium bagi
meningkatkan aliran modal. Antara syarikat konsortium yang beroperasi ialah
Transit Link, Couseway Link dan Pak May. Melalui keadah ini, syarikat
pengangkutan akan dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dengan cara
menggantikan kenderaan yang telah lama dengan kenderaan yang baru serta
selesa.Kaedah ini akan menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan ini.
Di Lembah Klang yang mempunyai aliran trafik yang lebih
padat,kerajaan telah memperkenalkan sistem pengangkutan awam yang baru dan
canggih untuk mengatasi masalah kesesakan. Untuk itu, kerajaan telah
memperkenalkan monorel dan komuter yang digerakkan oleh tenaga elektrik.
Melalui sistem pengangkutan ini kerajaan dapat mengurangkan kesesakan lalu
lintas di bandar khasnya Kuala Lumpur selain mengurangkan masalah pencemaran
udara.
Untuk perjalanan lebih jauh, katakan warga Kuala Lumpur
ingin ke Johor Bahru, ramai yang memilih menaiki kereta api. Sekiranya menaiki
kereta api pada waktu malam, bangun pagi sahaja sudah tiba tempat yang dituju.
Untuk memajukan jenis pengangkutan ini kerajaan melalui badan berkanunnya Kereta
api Malaysia Berhad (KTMB) telah memperkenalkan gerabak kereta api berhawa
dingin kelas satu dan dua . KTMB juga telah menamatkan perkhidmatan gerabak
kelas tiga yang tidak berhawa dingin.
Sementara itu, mereka yang ingin ke seberang laut, ramai yang
memilih perkhidmatan kapal terbang dan kapal laut. Untuk meningkatkan mutu
perkhidmatan Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) dan Air Asia telah
menambah destinasi penerbangan baru dan membeli pesawat-pesawat yang baru.
Selain itu, syarikat penerbangan ini juga telah menawarkan pakej tambang murah
khasnya yang telah dilakukan oleh Air Asia.Dengan cara ini, ramai pengguna akan
mampu menggunakan perkhidmatan ini.
Sesungguhnya, sistem pengangkutan awam di Malaysia boleh
dikatakan setanding dengan negara-negara maju. Oleh itu, menjadi tanggungjawab
syarikat yang mengendalikan perkhidmatkan ini terus mengekalkan dan
meningkatkan mutu perkhidmatan agar manarik minat pengguna menggunakannya.
sumber:www.dbkl.gov.my/pskl2020/.../pengangkutan/index.h
No comments:
Post a Comment