Wednesday, 1 July 2015

KELEBIHAN ATAU KEBAIKAN PENGGUNAAN PENGANGKUTAN LRT DI BANDAR BESAR


Antara kelebihan atau kebaikan penggunaan pengangkutan LRT di bandar besar ialah :

1. Jimat masa / cepat.

Pengangkutan LRT dapat menjimatkan masa kerana kelajuannya berbanding pengangkutan awam lain. Contohnya, Bullet Train di Tokyo, Jepun bergerak selaju 200 km/jam.

2. Cekap / tepat masa.

Sistem pengangkutan LRT juga berjadual. Sudah tentu sistem pengangkutan LRT ini lebih cekap berbanding pengangkutan awam lain yang tiada jadual tetap. Oleh sebab itu, perkhidmatan LRT ini lebih efisien/cekap dan menjadi pilihan orang ramai di bandar-bandar besar. Mereka tidak perlu membazirkan masa menunggu LRT, tidak seperti pengangkutan bas yang tidak tentu masa ketibaannya!

3. Selesa.

Berbanding dengan pengangkutan awam lain, pengangkutan LRT lebih selesa kerana berhawa dingin dan kerusi penumpangnya juga berkhusyen. Laluan untuk penumpang berdiri juga lebih luas dan disediakan tempat pemegang yang selesa.

4. Kurang pencemaran udara / Guna elektrik.

Pengangkutan LRT juga merupakan pengangkutan yang mesra alam. Pengangkutan LRT ini digerakkan dengan tenaga elektrik. Oleh itu, tiada pencemaran udara. Berbanding dengan pengangkutan awam lain seperti bas berlaku pencemaran udara kerana asap hitam yang dibebaskan oleh ekzosnya.

5. Ramai penumpang.

Pengangkutan LRT juga boleh membawa penumpang yang ramai pada sesuatu masa.   Gerabak penumpangnya lebih besar berbanding sebuah bas! Sudah tentu pengangkutan LRT boleh membawa ramai penumpang dalam satu-satu trip perjalanannya.

6. Jimat guna tanah.

Nilai tanah di bandar besar amatlah tinggi. Namun pembinaan landasan LRT di ruang atas (landasan atas) dapat menjimatkan penggunaan tanah di Kuala Lumpur. Manakala di Tokyo, Jepun, landasan LRTnya di bina di bawah tanah menggunakan terowong kerana negara Jepun ini kekurangan tanah pamah dan bentuk muka buminya juga bergunung ganang dan berpulau.

7. Kurang kesesakan jalan raya / lalu lintas.

Salah satu tujuan pembinaan pengangkutan LRT di bandar besar ialah untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Kesesakan lalu lintas di jalan raya dapat diatasi terutama pada waktu puncak iaitu pada jam 8 pagi dan 5 petang. Kebanyakan pekerja menggunakan perkhidmatan LRT untuk pergi dan pulang dari tempat kerja.

8. Tarikan pelancong.

Oleh kerana perkhidmatan LRT ini hanya terdapat di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Tokyo di Jepun, ramai pelancong ingin mencuba perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini telah menjadi tarikan pelancong sama ada pelancong dalam negara atau pun pelancong luar negara.

9. Mobiliti buruh.

Majoriti pengguna LRT merupakan golongan pekerja. Secara tidak langsung perkhidmatan LRT ini telah meningkatkan mobiliti buruh dari seluruh pelusuk bandar besar untuk menggunakannya.

sumber: http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2013/07/kelebihan-atau-kebaikan-penggunaan.html

TEKSI

i.Keadaan Semasa
 
               407. Teksi merupakan elemen penting dalam sistem pengangkutan awam yang menawarkan alternatif pengangkutan yang selesa terutamanya di luar waktu puncak. Terdapat lebih kurang 24,721 buah teksi berlesen di Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh 4,183 pengusaha. Kajian klasifikasi kenderaan yang dijalankan oleh ‘Japan International Coorperation Agency’ (JICA) pada 1997 menunjukkan bahawa teksi menyumbang sebanyak 4 hingga 6 peratus bilangan kenderaan yang melalui Pusat Bandar Raya.
 
ii.Isu
 
             408. Tiada kekurangan bilangan teksi tetapi terdapat masalah untuk mendapatkan perkhidmatan teksi pada waktu puncak dan ketika cuaca buruk.

• Perkhidmatan teksi yang masih belum boleh dipercayai.

PERKHIDMATAN BAS.

i.Keadaan Semasa
  403. Kini terdapat empat buah syarikat swasta utama yang mengendalikan lebih kurang 15,000 perjalanan bas setiap hari. Setiap syarikat beroperasi melalui lebih kurang 30 laluan, kebanyakannya secara radial dan berakhir di Pusat Bandar Raya.
  404. Pembaikan rangkaian bas sedang diusahakan oleh DBKL dengan menyediakan laluan eksklusif bagi bas/teksi dalam Pusat Bandar Raya, juga kemudahan perhentian bas yang selesa. Pembaikan-pembaikan ini bertujuan untuk memberi penumpang satu pilihan pengangkutan yang cepat, boleh dipercayai dan mudah.

ii.Isu
  405. Walaupun pembaikan-pembaikan telah dilakukan terhadap sistem perkhidmatan bas dan infrastruktur jalan, tahap penggunaan bas adalah rendah, terutamanya disebabkan oleh pertindihan perkhidmatan, kekerapan perkhidmatan yang masih belum boleh dipercayai, kesesakan semasa waktu puncak dan keadaan bas yang kurang memuaskan.

• Perkhidmatan bas yang tidak diguna sepenuhnya; dan

• Perkhidmatan yang masih belum boleh dipercayai dan kurang berkualiti.
 
                 406. Terminal bas utama sedia ada terletak di Puduraya di Pusat Bandar Raya. Kebanyakan bas dan koc antara bandar dari luar Kuala Lumpur berakhir di sini. Ini akan menambahkan kesesakan dan menyebabkan waktu perjalanan yang lebih panjang bagi penumpang.

• Lokasi berpusat perhentian bas utama menyumbang kepada kesesakan

PENGANGKUTAN AWAM BERASASKAN REL

                               
i.Keadaan Semasa
Perkhidmatan rel telah menjadi faktor yang penting dalam pengangkutan awam di Kuala Lumpur semenjak pembukaan Transit Aliran Ringan (LRT) Sistem 1, Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (STAR) pada tahun 1996 dan kemudiannya LRT Sistem II atau Projek Usaha Sama Transit Ringan Automatik (PUTRA) pada tahun 1998. Kesemuanya menyediakan kira-kira 50 kilometer rangkaian rel dengan 40 stesen. Sebagai tambahan, people mover rapid transit (PRT), satu sistem monorel yang baru disiapkan, menyediakan perkhidmatan untuk kawasan pejabat dan perdagangan lain yang utama di Pusat Bandar Raya. Monorel yang mempunyai jarak perjalanan sejauh 10 kilometer dengan 10 stesen berperanan sebagai penggerak orang ramai di Pusat Bandar Raya yang beroperasi di landasan bertingkat.           
Express Rail Link (ERL), satu sistem rel berkelajuan tinggi, menghubungkan KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Perhentian ERL di KL Sentral berfungsi sebagai sebuah terminal lapangan terbang bandar bagi KLIA. Di Stesen KL Sentral, kemudahan antara mod sedang disediakan bersama Komuter KTM, PRT dan LRT Sistem II, yang membolehkan pengguna bertukar mod transit ke pelbagai destinasi.
Peningkatan taraf perkhidmatan rel KTMB dan operasi Komuter KTM telah menambah kirakira 137 kilometer perkhidmatan rel di antara Rawang - Seremban dan Sentul - Port Kelang melalui 39 stesen dan perhentian. Perkhidmatan komuter ini dapat menarik sebahagian besar keperluan perjalanan harian jarak jauh di antara Kuala Lumpur dan pinggir bandar.

                               
ii.Isu
Penggunaan LRT dan komuter semakin menggalakkan. Walau bagaimanapun, penggunaan yang optimum masih belum tercapai kerana:

• Kemudahan pertukaran di stesen-stesen tidak mencukupi termasuk tempat letak kereta dan motosikal dan penghubung pejalan kaki;

• Kurang integrasi antara stesen-stesen berasaskan rel; dan


• Perkhidmatan sokongan yang tidak memuaskan termasuk kekurangan kekerapan bas pengantara dan liputan perkhidmatan.

sumber : http://www.dbkl.gov.my/pskl2020/malay/pengangkutan/index.htm

LANGKAH SETERUSNYA KE ARAH MENCAPAI VISI 2020


Kejayaan pembangunan di Malaysia dapat dibanggakan dengan bermulanya sebagai negara
berasaskan pertanian, seterusnya berkembang menjadi sebuah negara yang dinamik dan
kepelbagaian ekonomi. Negara kita kini berada dalam keadaan kritikal kerana persekitaran
ekonomi global yang tidak menentu. Oleh itu, Malaysia perlu menyusun strategi baharu
untuk terus maju.
Walaupun begitu, matlamat pembangunan negara tetap berani dan bercita-cita tinggi.
Matlamat tersebut merangkum aspek pertumbuhan sosial dan ekonomi, komprehensif, dan
mampan. Dalam konteks semasa, hal ini dikatakan sebagai usaha gigih ke arah mencapai
status negara berpendapatan tinggi dengan memastikan pembangunan secara menyeluruh.
Penyediaan sistem pengangkutan awam darat kelas pertama yang berkesan merupakan
tunjang utama dalam menyokong aspirasi ini, seperti menyediakan pergerakan kepada rakyat
dan barangan, membolehkan akses kepada pekerjaan, pendidikan dan hiburan, dan
menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar. Elemen-elemen ini bukan sahaja penting
dalam pertumbuhan ekonomi, malah perkongsian manfaat ekonomi yang menyeluruh.

TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AWAM DARAT MENYOKONG
AGENDA TRANSFORMASI NEGARA

Transformasi pengangkutan awam darat dinyatakan dalam agenda transformasi negara secara
keseluruhan yang dipandu oleh Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program
Transformasi Ekonomi (ETP) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Semua program
tersebut bermatlamat merealisasikan aspirasi dari segi sosioekonomi di bawah Wawasan
2020.
Oleh itu, Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara (Rancangan Induk Negara) ini
bertujuan menyokong usaha Malaysia ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi
dengan menyediakan transformasi pengangkutan awam darat berimpak tinggi. Rancangan
tersebut menyediakan strategi yang komprehensif bagi mencapai visi untuk menjadikan
pengangkutan awam darat sebagai pilihan mobiliti rakyat menjelang tahun 2030.

PENGANGKUTAN AWAM DARAT SEBAGAI PILIHAN MOBILITI RAKYAT

Rancangan Induk Negara menetapkan siri tindakan yang akan meningkatkan penggunaan
pengangkutan awam darat di Malaysia. Objektifnya ialah mencapai perkongsian mod
pengangkutan awam darat sebanyak 40 peratus di kawasan bandar, meningkatkan akses di
kawasan luar bandar yang kurang liputan, serta meningkatkan kesalinghubungan antara
kawasan.
Bagi mencapai objektif tersebut, Rancangan Induk Negara menumpukan perhatian kepada
langkah untuk meningkatkan kesalinghubungan, tahap perkhidmatan dan keselesaan,
memendekkan tempoh perjalanan, serta memastikan kemampanan sistem pengangkutan
awam darat.
Dasar makro dan prinsip dalam Rancangan Induk Negara menjadi panduan kepada semua
inisiatif yang akan dilaksanakan oleh pelbagai agensi dan pihak berkuasa di seluruh negara.
2 .Secara keseluruhannya, inisiatif ini akan menyediakan penyelesaian bersepadu kepada isu
pengangkutan awam darat seluruh negara.

SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DARAT KELAS PERTAMA
MENYUMBANG KEPADA PEMBANGUNAN SOSIAL DAN EKONOMI

Data terdahulu di Malaysia dan seluruh dunia menunjukkan korelasi antara pertumbuhan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan peningkatan mobiliti berikutan peningkatan
dalam jumlah kependudukan, pekerjaan dan aktiviti ekonomi yang mempunyai keperluan
mobiliti yang lebih tinggi. Dalam konteks ini, sistem pengangkutan awam darat kelas pertama
penting dalam mencapai matlamat seperti yang digariskan dalam ETP kerana enam peratus
pertumbuhan tahunan atau 3.3 juta pekerjaan baharu akan dijanakan menjelang tahun 2020.
Permintaan perjalanan kenderaan meningkat daripada 13 juta perjalanan sehari pada 1991
kepada 40 juta pada tahun 2010. Unjuran trend di Malaysia menunjukkan, angka ini dijangka
akan mencecah sehingga 133 juta pada 20301
. Dengan pembandaran dijangka mencapai 70
peratus menjelang 2020, terdapat keperluan untuk menyediakan aliran yang cekap dan lancar,
yang seterusnya membolehkan pertumbuhan kawasan bandar baru melalui peningkatan
sambungan.
Pengangkutan awam darat memainkan peranan yang penting sebagai pemangkin dalam
memacu dan membentuk pertumbuhan ekonomi bagi memenuhi permintaan yang semakin
meningkat. Penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam darat yang berkesan berpotensi
untuk membuka kelompok pertumbuhan bandar baharu, meningkatkan daya tarikan
kelompok bandar sedia ada, serta memacu pembaharuan bandar.
Terdapat kesan limpahan yang positif akibat daripada pertambahan aktiviti ekonomi yang
dibangunkan hasil pembangunan sistem rangkaian pengangkutan awam darat yang maju yang
menghasilkan peluang pekerjaan dan perniagaan dalam ekonomi tempatan dengan kerjasama
industri lain, seperti pengiklanan, peruncitan dan pembangunan hartanah.
Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam pemilikan kereta dan
motosikal di seluruh negara. Peningkatan ini membuktikan bahawa negara kita semakin
maju. Walaupun secara jelasnya persekitaran semasa di negara kita memperlihatkan
penggunaan kenderaan persendirian sebagai alternatif penyelesaian kepada mobiliti,
kemampanan dan keterangkuman pembangunan ekonomi dan sosial, rakyat tidak boleh terus
bergantung pada kenderaan persendirian. Secara amnya, penggunaan pengangkutan awam
lebih berpatutan dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, sekali gus dapat menangani
masalah pencemaran akibat daripada penggunaan kenderaan persendirian di jalan raya. Hal
ini memberikan penekanan kepada peranan sistem pengangkutan awam darat agar dapat
memenuhi keperluan mobiliti dan kesalinghubungan yang berkaitan rapat dengan agenda
pembangunan sosial dan ekonomi.

SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DARAT MALAYSIA TELAH
BERKEMBANG MENGIKUT MASA

Kemajuan penyediaan pengangkutan awam darat penting untuk diambil kira kerana
kepentingan pengangkutan awam darat secara keseluruhan dalam agenda pembangunan
negara. Pembangunan infrastruktur telah menyumbangkan peningkatan yang kukuh kepada
penumpang serta menawarkan penyelesaian pengangkutan awam darat berimpak tinggi

1 Sumber: Highway Network Development Plan, 2007 (ramalan tanpa mengambilkira kapasiti dan pengawal
seliaan)
3 kepada keperluan mobiliti. Hal ini terbukti dengan adanya peningkatan kecanggihan
rangkaian dan perkhidmatan pengangkutan awam darat serta peningkatan kesalinghubungan
antara pusat bandar melalui penyediaan perkhidmatan rel transit aliran ringan (LRT),
monorel, KTM dan bas henti-henti. Selain itu, terdapat juga peningkatan kesalinghubungan
pengangkutan awam darat antara wilayah yang berbeza di seluruh negara. Permintaan pada
tahun 2010 bagi rel antara bandar berjumlah 4.2 juta orang dan terdapat lebih daripada 8,000
perkhidmatan bas ekspres setiap hari.
Cadangan projek pengangkutan, seperti sambungan laluan LRT, Mass Rapid Transit (MRT)
dan Bus Rapid Transit (BRT), akan meningkatkan sistem pengangkutan awam darat di
Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dengan memberikan akses kepada rakyat Malaysia
melalui penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan pengangkutan awam darat yang terbaik di
dunia.


Sumber:http://www.spad.gov.my/sites/default/files/deraf-rancangan-induk-pengangkutan-awam-darat-negara.pdf

PENGANGKUTAN AWAM PADA MASA HADAPAN

MELAKA 9 Jan. - Dalam kesibukan negara untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, pelbagai aspek terus diberi perhatian serius oleh kerajaan bagi menyokong sektor pembangunan agar seimbang dengan keperluan masyarakat setempat dan alam sekitar.

Tidak ketinggalan dalam aspek kemudahan pengangkutan awam, pendekatan penggunaan teknologi hijau yang telah digunakan di kebanyakan negara maju dilihat mampu dijadikan contoh bagi Malaysia untuk menjayakan hasrat tersebut.

Pengangkutan awam seperti bas yang dijanakan sepenuhnya dengan kuasa elektrik antara contoh kemudahan yang berpotensi dilaksanakan di negara ini dalam masa terdekat malah berupaya dijadikan pengangkutan awam masa hadapan.

Penggunaan bas elektrik dalam pengangkutan awam turut dilihat mampu membantu negara mencapai sasaran pengurangan penghasilan karbon dan sekali gus mengurangkan kadar pencemaran udara.

Menyedari kepentingan itu, Panorama Melaka Sdn. Bhd. (Panorama) bersama syarikat AMDAC (M) Sdn. Bhd. membawa masuk teknologi bas elektrik dari China dalam usaha merealisasikan amalan teknologi hijau secara lebih meluas.

Bas elektrik pertama di negara ini dikenali Bas Elektrik Melaka yang dikeluarkan oleh syarikat Automotif BYD Berhad (BYD) dari Shenzhen, China telah mula digunakan di Amerika Syarikat, Belanda, China, Hong Kong dan beberapa negara maju lain sejak 2010.

Malah kebaikan dan kesan positif dihasilkan melalui penggunaannya termasuk tiada pencemaran udara dan membantu mengekalkan keadaan alam sekitar yang bersih menjadikan kenderaan ini sebagai pilihan ideal untuk negara ini.

Dari segi reka bentuknya, bas berukuran 12 meter panjang, 2.5 meter lebar dan 3.5 meter tinggi ini mampu memuatkan sehingga 30 penumpang duduk dan 20 penumpang berdiri pada satu-satu masa.

Menggunakan kuasa bateri jenis Iron-Phosphate (Fe bateri) yang tidak mudah terbakar berkapasiti 324 kilowatt, bas ini mengambil masa selama enam jam untuk dicas penuh dan mampu digunakan bagi jarak sehingga 300 kilometer sekali cas.

Bas ini dilengkapi dengan sistem BMS untuk pemantauan voltan dan suhu setiap bateri bagi tujuan keselamatan dan keseimbangan.

Bagi peringkat percubaan ini, hanya terdapat satu stesen pengecas bas elektrik terdapat di Melaka iaitu di Melaka Sental.

Dari segi keselesaan pula, penggunaan bas ini jauh lebih selesa, bersih serta lebih senyap berbanding bas biasa dengan enjin diesel.

Sistem pendingin hawa dalam bas ini mampu berfungsi dan memberi kuasa sepenuhnya disebabkan kuasa gerakan bas ini hanya menggunakan sistem putaran motor (rottary motor) dan tidak menggunakan piston.

Sistem ini akan mengekalkan keadaan sejuk dalam bas terutamanya pada waktu tengah hari yang seterusnya menambah lagi keselesaan.

Selain itu, bas elektrik ini turut mampu memberi keselesaan dan mesra orang kurang upaya (OKU) dengan tersedianya satu ruang khas bagi pengguna berkerusi roda.

Lebih menarik, sistem suspensi hidraulik pada bas ini membolehkan kenderaan ini disengetkan serta laluan tambahan bagi memudahkan penumpang OKU membawa naik kerusi roda mereka dengan lebih mudah.

Dari aspek keselamatan pula, bas yang mampu mencapai had kelajuan sehingga 250 kilometer sejam (km/j) ini telah dihadkan kelajuannya kepada 70 km/j bagi menjamin keselamatan dan disesuaikan dengan penggunaan di dalam bandar.

Malah kesemua cermin sisi bas ini boleh dijadikan pintu kecemasan dengan keseluruhannya terdapat 11 laluan bagi memudahkan penumpang keluar jika berlaku nahas berbanding hanya satu atau pintu kecemasan pada bas biasa.

Ia turut dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) di pintu dan tempat duduk belakangnya bagi memudahkan pemandu melihat keadaan di bahagian belakang selain dapat sentiasa memantau pergerakan turun naik penumpang.

Pengarah AMDAC (M) Sdn. Bhd, Lai Jin Yong berkata, kos pengoperasian bas ini adalah lebih rendah berbanding bas biasa malah tidak memerlukan penyelenggaraan berkala yang menelan kos tinggi.

“Walau pun harganya tinggi iaitu mencecah RM1.35 juta sebuah, kita yakin penggunaan bas ini mampu memberi penjimatan jangka panjang ditambah potensinya dalam mengurangkan pencemaran.

“Perkhidmatan bas ini juga dijangka lebih meluas dalam masa lima hingga 10 tahun memandangkan kesan positif seperti yang dilihat di negara yang telah lama menggunakannya," katanya ketika ditemui di Melaka Sentral di sini.

Sementara itu, Pemangku Pengurus Besar Panorama, Mohd. Saleh Jusman berkata, bas yang kini dalam proses percubaan ini dijangka mula beroperasi sepenuhnya di Melaka menjelang September ini.

Menurutnya, beberapa laluan telah dikenal pasti merangkumi kawasan bandar raya dan jika segalanya berjalan lancar, sebanyak lapan hingga 10 buah bas akan disediakan bagi memulakan operasinya tidak lama lagi.

“Sebagai sebuah bandar raya warisan dunia, kerajaan negeri dan Panorama begitu komited dan serius untuk melaksanakan operasi bas elektrik di negeri ini dalam menyokong matlamat bandar raya hijau serta mengekalkan alam sekitar yang bersih," katanya.


 Sumber:http://ww1.utusan.com.my/utusan/Selatan/20140110/ws_03/Pengangkutan-awam-masa-hadapan

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Selatan/20140110/ws_03/Pengangkutan-awam-masa-hadapan#ixzz3eiEIOQd8


© Utusan Melayu (M) Bhd

USAHA KERAJAAN MEMPERTINGKATKAN PENGANGKUTAN AWAM


Dalam usaha menuju negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan berjalan lancar. Sistem pengangkutan yang cuba dibangunkan ini meliputi laluan darat seperti jalan raya dan jalan kereta api, laluan udara dan laut. Fokus utama pembangunan sistem pengangkutan ini bagi memudahkan orang ramai berhubung dengan masyarakat tempatan dan masyarakat di dunia luar. Teksi digunakan sebagai alat mudah untuk pergi ke sesuatu destinasi. Kenderaan tersebut sebagai keperluan wajib untuk masyarakat ke destanasi yang diinginkan seperti ke sekolah, ke pejabat, ke surau dan ke pasar raya. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, kerajaan telah mewartakan semua teksi bandar menggunakan sistem bermeter.Kerajaan juga telah menggunakan warna yang berbeza untuk teksi bandar dan luar bandar.Bagi pengangkutan ke destanasi lapangan terbang kerajaan telah memperkenalkan teksi limosen. Melalui keadah ini,mutu perkhidmatan dapat ditingkatkan dan diselaraskan serta memudahkam pengguna.Selain itu, penggunaan teksi bermeter dapat mengelakkan pemandu teksi melakukan penyelewengan dan menguntungkan pengguna.

Pengangkutan awam yang paling murah dan popular dalam kalangan pengguna ialah bas. Bas biasa digunakan oleh orang ramai untuk pergi bekerja atau ke pasar raya. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan ini, kerajaan telah menggalakkan pengusaha bas yang berskala kecil membentuk konsortium bagi meningkatkan aliran modal. Antara syarikat konsortium yang beroperasi ialah Transit Link, Couseway Link dan Pak May. Melalui keadah ini, syarikat pengangkutan akan dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dengan cara menggantikan kenderaan yang telah lama dengan kenderaan yang baru serta selesa.Kaedah ini akan menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan ini.

Di Lembah Klang yang mempunyai aliran trafik yang lebih padat,kerajaan telah memperkenalkan sistem pengangkutan awam yang baru dan canggih untuk mengatasi masalah kesesakan. Untuk itu, kerajaan telah memperkenalkan monorel dan komuter yang digerakkan oleh tenaga elektrik. Melalui sistem pengangkutan ini kerajaan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar khasnya Kuala Lumpur selain mengurangkan masalah pencemaran udara.

Untuk perjalanan lebih jauh, katakan warga Kuala Lumpur ingin ke Johor Bahru, ramai yang memilih menaiki kereta api. Sekiranya menaiki kereta api pada waktu malam, bangun pagi sahaja sudah tiba tempat yang dituju. Untuk memajukan jenis pengangkutan ini kerajaan melalui badan berkanunnya Kereta api Malaysia Berhad (KTMB) telah memperkenalkan gerabak kereta api berhawa dingin kelas satu dan dua . KTMB juga telah menamatkan perkhidmatan gerabak kelas tiga yang tidak berhawa dingin.

Sementara itu, mereka yang ingin ke seberang laut, ramai yang memilih perkhidmatan kapal terbang dan kapal laut. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) dan Air Asia telah menambah destinasi penerbangan baru dan membeli pesawat-pesawat yang baru. Selain itu, syarikat penerbangan ini juga telah menawarkan pakej tambang murah khasnya yang telah dilakukan oleh Air Asia.Dengan cara ini, ramai pengguna akan mampu menggunakan perkhidmatan ini.

Sesungguhnya, sistem pengangkutan awam di Malaysia boleh dikatakan setanding dengan negara-negara maju. Oleh itu, menjadi tanggungjawab syarikat yang mengendalikan perkhidmatkan ini terus mengekalkan dan meningkatkan mutu perkhidmatan agar manarik minat pengguna menggunakannya.

sumber:www.dbkl.gov.my/pskl2020/.../pengangkutan/index.h

PENGANGKUTAN AWAM PADA MASA HADAPAN


Apa yang anda lihat di atas gambar adalah IMTS iaitu Intelligent Multimode Transit System. Sistem pengangkutan awam yang menggunakan bas tetapi bergerak automatik tanpa pemandu. Bas ini bergerak berpandukan dot-dot magnet di tengah jalan raya dan tidak menggunakan rel. Boleh digunakan tanpa pemandu atau dengan pemandu.

Dengan lambakan kereta persendirian di jalan menyebabkan kereta bukan lagi kenderaan praktikal di bandar-bandar. Kereta hanya digunakan di luar atau pinggir bandar sahaja. Sistem ini praktikal digunakan di bandar kerana ruang yang sempit. Misalnya di Kuala Lumpur, kesesakan makin hari makin teruk disebabkan penambahan kereta di bandar. Ramai orang memandu kereta sendiri ke tempat kerja kerana pengangkutan awam tidak efisien.

Masalah kesesakan di Kuala Lumpur dapat diselesaikan dengan memperbanyakkan sistem pengangkutan rel atau sistem IMTS ini. Untuk membuat sistem landasan atau rel yang baru memerlukan bajet yang besar tetapi sangat bagus untuk jangka panjang. IMTS ini juga merupakan sistem yang bagus.

sumber:www.dbkl.gov.my/pskl2020/.../pengangkutan/index.h

AKHBAR KEMALANGAN JALAN RAYA.

SHAH ALAM – Kemalangan yang meragut nyawa sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia enam bulan di Lebuhraya Duke  awal pagi Sabtu lalu, mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

Fairuz Nizam yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan berkata, kejadian pada jam 1.05 pagi di laluan dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Beliau berkata kemalangan berlaku apabila Pajero itu yang berada di lorong tengah dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah kereta Myvi.

“Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terbabas di sebelah kiri sebelum dilanggar sebuah lagi kereta Myvi yang berada di lorong kiri.

“Kenderaan mangsa berpusing beberapa kali dan menyebabkan mereka tercampak di atas jalan,” katanya.

Sebagai tanda simpati, ramai yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menyuarakan perasaan sedih di laman sosial.

Tidak kurang juga marah dengan kecuaian pemandu Myvi dipandu secara melulu sebelum merempuh kenderaan dipandu Allahyarham Fairuz Nizam.

Kedua-dua pemandu kereta Myvi itu, seorang daripada mereka seorang wanita berumur 35 tahun, cedera ringan manakala seorang lagi pemandu lelaki berumur 31 tidak cedera.

Laman Facebook dipenuhi spekulasi bahawa kejadian itu berpunca daripada enam kereta Myvi yang sedang berlumba sekitar jam 1 pagi.

Malah akaun Facebook Familia Myvi Club diserang dengan kritikan daripada pengguna laman sosial itu yang berang dengan perbuatan ahli kelab tersebut.

Pemilik akaun dengan nama Faizul Rahimi dalam komennya berkata, kelab tersebut perlu dipersalahkan atas kejadian itu.

“Kalau sebuah saja yang berlumba, salah individu. Tapi kalau dah sampai beberapa buah kereta dari kelab ini terlibat, terpaksalah tuding jari dekat kelab ini.

“Yang berlumba kau orang serah dekat polis. Minta maaf secara terbuka dan bubar terus lagi elok,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna dipercayai ahli keluarga mangsa, Azeera Rahmat berkata, kejadian tersebut telah menyebabkan dua orang lagi anak pasangan itu menjadi yatim piatu.

“Kau orang telah menyebabkan anak buah aku jadi yatim piatu,” katanya.

Rata-rata komen juga mendesak agar Familia Myvi Club menasihatkan ahli mereka yang terlibat dalam kemalangan itu agar menyerah diri kepada polis.

“Minta presiden serah semua suspek. Semoga kelab ini bertanggungjawab dengan apa yang menimpa keluarga ini,” tulis pengguna dengan nama Nizam Giler-Giler Rider.

Terdapat juga akaun Facebook yang baharu diwujudkan bernama Familia MurderMyvi Club–FMC dan Memburu Familia Myvi Club FMC tanda kemarahan kepada pemandu Myvi terlibat.

Setakat jam 7 petang semalam, laman tersebut mendapat 1,135 like.

Bagaimanapun, tersebar satu mesej yang dikatakan berasal daripada wakil Familia Myvi Club, iaitu Yana, menafikan enam pemandu Myvi itu berlumba.

“Itu memang budak kelab Yana. Semua yang terlibat selamat dan apa yang tersebar tidak betul. Mereka bukan berlumba.

“Tolong jangan percaya pada viral yang tersebar. Mereka hanya jalankan tugas sedangkan tak tahu perkara sebenar.

“Kami satu kelab kena hentam dengan kelab lain, tetapi kami di tempat yang terlibat tahu perkara sebenar.

"Harap semua jangan sebarkan berita yang bukan-bukan kalau tak tahu pangkalnya,” kata mesej itu.

Sumber: http://kemalangandijalanraya.blogspot.com/

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM KEPADA NEGARA KITA

Dalam Bajet Tahun 2011, Perdana Menteri memangku Menteri Kewangan telah membentangkan bahawa Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) akan dibina bermula pada tahun hadapan dan dijangka akan siap sebelum tahun 2020. Belanja untuk membina sistem MRT dianggar akan mencecah RM 40 bilion. Senario ini memanifestasikan bahawa kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan mutu sistem pengangkutan awam di negara kita. Setakat ini hanya kira-kira 32% pengguna jalan raya tempatan menggunakan pengangkutan awam manakala di negara maju seperti Jepun dan negara-negara Eropah lebih daripada 70% pengguna jalan raya ialah penumpang pengangkutan awam. Dalam konteks ini, pengangkutan awam merupakan unsur utama bagi penduduk bandar-bandar besar di dunia. Untuk mencapai negara maju, semua pihak perlu sedar akan kepentingan pengangkutan awam kepada negara kita.
Kita sedia maklum bahawa salah satu kemaslahatan pengangkutan awam adalah dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas, terutamanya di bandar-bandar besar terutama di Lembah Klang seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam. Kesesakan lalu lintas merupakan duri dalam daging dan mimpi ngeri kepada penduduk bandar. Ketika pergi ke atau balik dari pejabat, mereka terpaksa berjam-jam di jalan raya akibat kesesakan lalu lintas. Sehubungan dengan itu, peningkatan mutu perkhidmatan pengangkutan awam dapat menarik lebih banyak penumpang sehingga penggunaan kenderaan sendiri akan berkurangan di jalan raya. Secara tidak langsung, kesesakan lalu lintas dapat diminimumkan. Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa perlu menetap lintasan khas sebagai laluan kenderaan awam seperti bas dan teksi. Alat pengangkutan awam yang tidak mengalami kesesakan lalu lintas dapat menarik pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam. Walhasilnya, pembangunan dalam sistem pengangkutan awam di tanah air dapat membendung kesesakan lalu lintas yang semakin kronik.
Selain itu, pengangkutan awam yang bermutu turut memperkasakan industri pelancongan. Di rantau Asia Tenggara ini, industri pelancongan negara kita masih ketinggalan berbanding dengan negara Thailand dan Singapura. Salah satu sebab ialah pengangkutan awam di Bangkok dan Singapura sangat canggih dan memudahkan pelancong ke sesuatu destinasi. Sebaliknya sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur masih belum mencapai taraf negara maju. Di Hong Kong, Singapura dan Taiwan, penumpang hanya perlu membeli sekeping Kad Penumpang untuk menaiki MRT, bas malah Feri. Sistem pengangkutan yang canggih, selesa, mesra , bersih dan selamat dapat memberikan imej yang baik kepada pelancong ke negara kita. Malangnya, bas ekspres dan bas persiaran di negara kita sering terlibat dalam kemalangan yang dahsyat. Tambahan pula, sesetengah pemandu teks yang biadab dan meminta tambang yang berlebihan akan menjejaskan industri pelancongan di negara kita. Tegasnya, pengusaha pengangkutan jalan raya tanah air kita perlu meningkatkan mutu perkhidmatan mereka kerana perkhidmatan pengangkutan awam yang berkualiti dapat mendorong industri pelancongan negara kita.
Lebih-lebih lagi, sistem pengangkutan awam yang baik dapat menjanakan pembangunan ekonomi negara. Tanpa disedari bahawa pengangkutan awam yang berkualiti dapat meningkatkan produktiviti negara. Hal ini demikian kerana pekerja dapat sampai di pejabat atau kilang tanpa lewat dengan adanya sistem pengangkutan yang menepati jadual waktu. Saban hari banyak orang lewat ke medan kerja kerana mengalami kesesakan lalu lintas. Hal ini merupakan satu pembaziran kerana para pekerja telah letih dan penat setelah tiba di tempat kerja. Jika negara kita memiliki sistem pengangkutan yang canggih terutamanya MRT, LRT, Komuter dan sebagainya, pekerja kita dapat sampai di destinasi tempat kerja dengan cepat dan tepat pada masa. Nescaya, mereka lebih bersemangat dan memiliki daya produktiviti yang lebih tinggi. Daya pengeluaran yang tinggi dapat memangkinkan pembangunan ekonomi negara supaya negara kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju. Gara-garanya, pengangkutan awam yang canggih berkait rapat dengan produktiviti negara .
Tambahan pula, pembangunan sistem pengangkutan awam dapat meminimumkan pencemaran udara di negara kita. Beberapa dasawarsa ini, kualiti udara negara kita semakin merosot sehingga negara kita dilanda jerebu. Salah satu faktor utama adalah kenderaan di jalan raya semakin banyak. Atas promosi pengeluar automobil dan syarikat kewangan, rakyat suka memiliki kenderaan sendiri. Mereka tidak suka menggunakan pengangkutan awam. Sesungguhnya rakyat kita perlu dicelikkan supaya menyedari bahawa menaiki pengangkutan awam merupakan tindakan mesra alam. Jika orang ramai menggunakan perkhidmatan bas, LRT dan sebagainya, kenderaan yang ada di jalan raya akan berkurangan sehingga asap yang mengandungi toksik dapat dikurangkan terutama karbon monoksida, sulfur dioksida dan lain-lain lagi. Ternyata, pengangkutan awam yang canggih lebih mesra alam, khasnya MRT yang akan dibina. Natijahnya, orang ramai perlu digalakkan supaya menaiki pengangkutan awam untuk meningkatkan kualiti alam sekitar kita.
Secara tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh, pengangkutan awam yang berkualiti merupakan elemen yang penting untuk menjamin pembangunan negara kita. Sehubungan itu pihak berkuasa dan pengusaha pengangkutan awam perlu bersinergi bagai aur dengan tebing untuk memartabatkan mutu pengangkutan awam di tanah air kita. Sistem pengangkutan yang canggih dapat menjanakan pembangunan negara kita ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sumber https://twoohiok.wordpress.com/2010/11/20/kepentingan-pengangkutan-awam-kepada-negara-kita/

PUNCA-PUNCA KEMALANGAN JALAN RAYA


Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecederaan dan juga kematian. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi. Oleh itu ada banyak punca yang harus kita kaji untuk memahami masalah ini.

Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk atau tidak sedarkan diri. Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka lalu kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan sebagainya. Mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain ketika memandu kerana menganggap mereka cekap mengawal stering kenderaan. Jadi, kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini.

Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik. Biasanya jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan jalanraya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati-hati. Begitu juga dengan keadaan jalan raya yang tidak lurus dan turun naik yang menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini. Maka, keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya.

Malah, ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan kemalangan terus menerus berlaku di negara ini. Mereka dikatakan tidak mahir untuk mengawal kenderaan terutama ketika dalam keadaan kecemasan yang menyebabkan banyak yang panik. Golongan muda juga diselar kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya dan laju. Sesungguhnya, satu alat mekanisme baru harus dicari untuk memastikan tahap pemanduan pemandu baru mencapai piawaian yang baik.

Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertambah setiap tahun. Pertambahan bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan penuh dengan kenderaan. Sudah pasti keadaan ini meningkatkan peratusan untuk sesuatu kemalangan itu berlaku di jalan raya. Jelaslah, semakin banyak kenderaan di jalan raya risiko untuk kemalangan berlaku amat tinggi.


Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua. Satu usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang masalah ini menular lagi. Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga. Pandu cermat jika selamat.

Sumber:http://pmrbest.blogspot.com/

PENINGKATAN KADAR KEMALANGAN JALAN RAYA BERPUNCA DARIPADA KECUAIAN PEMANDU

Dalam era pensejagatan ini kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat. Hal ini kerana dalam kehidupan yang serba pantas, kita terpaksa mengejarkan masa kerana masa adalah emas. Oleh itu, untuk mengejarkan masa kita perlu memandu dengan laju dan dengan hal ini tanpa disedari berlakunya kemalangan jalan raya. Contohnya, peristiwa kemalangan yang berlaku di Muar yang menimpa seorang rakyat Singapura baru-baru ini telah menimbulkan kesedaran kepada orang ramai terutamanya pemandu kenderaan tentang soal keselamatan. Persoalannya, adakah peningkatan kadar kemalangan jalan raya berpunca daripada kecuaian pemandu kereta? Saya bersetuju dengan pernyataan tersebut tetapi tidak seratus peratus. Memang saya tidak menafikan bahawa peningkatan kadar kemalangan jalan raya berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan.Alasan pertama ialah kecuaian pemandu yang mahu mengejar masa dan hendak tiba di destinasi secepat mungkin. Dalam keghairahan untuk sampai di destinasi yang dituju, pemandu lazimnya tidak menggunakan isyarat sewaktu menukar laluan. Hal ini akan menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Walaupun masa itu penting, namun kita perlu memandu kenderaan dengan berhati-hati kerana kita telah mempertaruhkan nyawa orang lain dan ahli keluarga sendiri. Contohnya isu kemalangan yang berlaku di Muar mengakibatkan seluruh ahli keluarga terkorban kecuali bayi yang berumur 2 bulan. Oleh itu, setiap pemandu kenderaan diseru supaya berhati-hati di jalan raya bak pepatah, “biar lambat asal selamat”. Alasan kedua, sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab dan mengikut kehendak nafsunya. Pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol ataupun minuman keras akan menimbulkan risiko kemalangan.Biasanya pemandu yang memandu kenderaannya dengan keadaan mabuk akan hilang daya pertimbangan dan menyebabkan kemalangan. Alasan ketiga, sikap pemandu yang lalai atas perbuataannya. Hal ini demikian kerana pemandu tidak memberi sepenuh perhatian ketika memandu. Pemandu ada kalanya didapati menggunakan telefon bimbit semasa memandu kenderaannya. Apa gunakan fungsi “Bluetooth” atau “earpiece”? Walaupun ada panggilan yang diterima ketika memandu, pemandu tersebut tidak semestinya dilarang menjawabnya malah pemandu boleh menjawab panggilan tersebut dengan kegunaan fungsi telefon bimbit seperti “Bluetooth” dan “earpiece”. Oleh itu, pemandu kenderaan tersebut dapat menjawab panggilan tersebut dan juga memandu kenderaan pada masa yang sama dengan dua belah tangannya dan memberi sepenuh perhatian ketika memandu. Namun, kemalangan jalan raya bukan disebabkan kecuaian pemandu kenderaan sahaja malah ada sebab-sebab lain. Sebab pertama ialah faktor persekitaran.Contohnya, permukaan jalan raya menjadi licin pada waktu hujan. Hal ini kerana permukaan jalan raya sering dibasahi air hujan.Pada Tambah waktu hujan permukaan jalan raya menjadi licin. Keadaan ini boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Setiap pemandu kenderaan harus berwaspada ketika memandu ketika waktu hujan. Sebab kedua ialah keadaan jalan raya yang agak sempit dan sesak. Buktinya dalam masa menyambut Tahun Baru Cina sebanyak 90 kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku atas sebab pemandu kenderaan ingin menuju ke satu destinasi yang berbeza tetapi menggunakan hala tujuan jalan raya yang sama. Oleh itu, setiap pemandu kenderaan diseru supaya memandu dengan teliti, terutamanya semasa musim perayaan kerana kenderaan di jalan raya semakin bertambah. Sebab ketiga ialah lampu isyarat yang tidak berfungsi Hari demi hari, Apabila berlakunya kerosakan kepada lampu isyarat kemalangan mungkin berlaku di jalan raya. Lantaran itu ramai nyawa yang terkorban. Oleh itu, pihak perintah telah mengisytiharkan bahawa lampu isyarat harus diperbaiki dan ditukarkan dengan baru jika perlu dalam tempoh sebulan sekali, supaya dapat mengurangkan lampu isyarat yang rosak bagi mengelakkan kemalangan. Daripada perbincangan di atas, jelaslah bahawa peningkatan kadar kemalangan jalan raya bukan sahaja berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan tetapi juga disebabkan oleh faktor persekitaran dan keadaan jalan raya yang sempit. Sebagai rakyat yang prihatin, kita perlu memandu kenderaan dengan penuh hati-hati supaya tiada lagi nyawa yang terkorban. Oleh itu, kita perlu berpegang kepada cogan kata “biar lambat asal selamat”. Dengan ini, kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan secara drastic

SUMBER:http://perbayudss.blogspot.com/2008/11/peningkatan-kadar-kemalangan-jalan-raya.html

Monday, 29 June 2015

CONTOH KARANGAN


Masyarakat digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam kerana banyak kelebihannya.
Huraikan kelebihan-kelebihan pengangkutan awam kepada masyarakat di negara ini.


Rangka Karangan

Pendahuluan
- Inovasi dalam sistem pengangkutan

Isi-isi Penting
i. mengurangkan kesesakan lalu lintas
ii. menjimatkan masa dan kos perjalanan
iii. memudahkan perjalanan seseorang
iv. mengurangkan pencemaran alam

Penutup
- lebih banyak kebaikan menggunakan pengangkutan awam


Karangan Contoh

Dunia sentiasa mengalami inovasi dalam sistem pengangkutan dari semasa ke semasa. Dalam era globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan yang moden telah dicipta bagi menggantikan kenderaan yang konvensional. Pada masa ini, terdapat pelbagai jenis kenderaan awam seperti monorel, ERL, komuter, bas, teksi, kapal terbang dan sebagainya. Pengangkutan awam yang moden itu pula mampu untuk memainkan peranan yang penting kepada sesebuah negara untuk mencapai kemajuan. Dengan perkataan lain, pengangkutan awam yang terdapat di negara kita juga tidak kurang pentingnya kerana terdapat pelbagai kelebihan yang akan diperoleh apabila masyarakat menggunakannya.

Kelebihan utama pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota atau bandar-bandar besar yang lain. Hal ini demikian kerana kebanyakan rakyat Malaysia gemar menggunakan kenderaan sendiri terutamanya ketika ingin menuju ke tempat kerja. Di samping itu, mereka kebiasaannya bersikap bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing ketika berada di jalan raya. Perkara ini akhirnya mengakibatkan kesesakan jalan raya yang serius. Oleh itu, pengangkutan awam seperti komuter, monorel, ERL (Express Rail Link), LRT (Light Rail Transit)) dan sebagainya dapat memainkan peranan yang penting untuk membendung masalah kesesakan jalan raya yang semakin kronik di ibu negara kita.

Penggunaan pengangkutan awam juga dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan. Sebagai contohnya, ERL dapat memendekkan masa perjalanan jika dibandingkan dengan penggunaan kereta. Tambang pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga amat berpatutan jika dibandingkan dengan masa perjalanannya yang telah disingkatkan. Oleh itu, jika dibandingkan antara pengangkutan awam dengan kenderaan biasa, masyarakat akan mendapat manfaat sekiranya menggunakan pengangkutan awam. Harga petrol yang tidak menentu di pasaran global telah memberikan impak yang negatif kepada rakyat yang menggunakan kenderaan peribadi. Oleh hal yang demikian, banyak perbelanjaan boleh dijimatkan sekiranya orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

Selain itu, pengangkutan awam juga akan memudahkan perjalanan seseorang ke sesuatu tempat. Dengan adanya pengangkutan awam seperti ERL dan LRT, sistem pengangkutan yang lebih efisien berbanding dengan kenderaan persendirian dapat diwujudkan tambahan pula banyak tempat di ibu kota yang termasuk dalam jaringan pengangkutan awam tersebut. Perkara ini sekali gus dapat meningkatkan kadar ketepatan atau kepantasan seseorang ke sesuatu destinasi. Hal ini seharusnya diberikan pertimbangan oleh anggota masyarakat agar menggunakan kenderaan awam untuk ke sesuatu destinasi. Oleh itu, kenderaan awam sepatutnya menjadi pilihan utama masyarakat kerana kelebihannya banyak sekali.

Penggunaan pengangkutan awam yang lebih mesra alam pula akan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Pengangkutan awam seperti monorel, LRT dan ERL ialah kenderaan awam yang mesra alam kerana tidak mengeluarkan asap. Hal ini secara langsung dapat membendung pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran udara di negara kita. Perkara yang di sebaliknya pula akan berlaku jika seseorang menggunakan kenderaan persendirian mereka seperti kereta atau motosikal yang terbukti menyebabkan pencemaran alam sekitar. Jadi, pihak berkuasa perlulah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menghalang pencemaran udara yang semakin serius pada masa ini, seperti kata pepatah, “Sediakan payung sebelum hujan”.

Intihanya, pengangkutan awam mempunyai kelebihan yang lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan penggunaan kenderaan persendirian. Oleh itu, anggota masyarakat digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam jika hendak pergi ke tempat kerja. Sekiranya langkah ini tidak diikuti sudah tentu banyak masalah yang terpaksa dihadapi oleh anggota masyarakat akibat pencemaran alam yang berpunca daripada asap kereta dan motosikal. Jadi, kita perlulah menyokong langkah kerajaan yang menggalakkan penggunaan pengangkutan awam melalui kempen ‘kongsi kereta’ untuk ke tempat kerja. Sekiranya kempen ini mendapat sokongan daripada masyarakat, sudah tentu masalah pencemaran udara dapat diatasi, di samping dapat menjimatkan perbelanjaan anggota masyarakat.



http://khirkassim.blogspot.com/2010/01/karangan-spm-berdasarkan-buku-teks.html

KONSEP PENGANGKUTAN AWAM

 Pengangkutan awam biasanya menawarkan perkhidmatan berjadual dan dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, pusat membeli-belah atau institusi pendidikan.
Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutanyang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel/kereta api dan bas, definasi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi, beca dan sebagainya iaitu mana-mana sistem yang mengangkut orang awam.

Sumber:http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/


PENINGKATAN KEMALANGAN JALAN RAYA


Kemalangan dan kematian di jalan raya sudah menjadi masalah negara yang menghantui kita setiap hari. Kemalangan jalan raya banyak berlaku pada musim perayaan khususnya bukan sahaja membawa kerugian kepada keluarga mangsa, tetapi kerugian modal insan yang besar kepada negara Setiap nyawa yang hilang akibat kemalangan jalan raya merupakan kerugian kepada negara kerana banyak wang dan perbelanjaan telah dikeluarkan ke atas mereka bagi tujuan persekolahan, peperiksaan, serta latihan pekerjaan dan akhirnya tidak dapat memberi sumbangan kepada negara akibat terlibat dalam kemalangan.

Sebenarnya pelbagai program telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya pada musim perayaan. Ops Pacak, Ops Sikap, Ops Statik, penggunaan helikopter untuk memantau pergerakan kenderaan, pengedaran poster, kempen kesedaran serta  penguatkuasaan dilakukan dan merupakan  metodologi yang digunakan oleh pihak  kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa selamat ketika berada di jalan raya. Ops Sikap yang telah diadakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah lebih bertumpu kepada sikap pengguna jalan raya yang menjadi faktor kemalangan dan peningkatan kadar kematian di jalan raya terutamanya pada musim perayaan. Namun, apa yang dilihat masih banyak jumlah kemalangan dicatatkan dan nahas jalan raya kini menjadi ancaman nombor satu di Malaysia yang semakin kritikal lebih-lebih lagi dengan penambahan jumlah kenderaan setiap tahun. Angka kematian bukan sahaja tidak pernah menurun malah pemandu-pemandu semakin rakus menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk berlumba, selain mengambil kesempatan menguji kemampuan kenderaan masing-masingmemecut.

Usaha untuk menjadikan kemalangan jalan raya sifar  bukanlah impian pihak kerajaan semata-mata tetapi setiap rakyat negara ini juga perlu menunjukkan usaha untuk mengurangkan berlakunya kemalangan disebabkan kecuaian. Memang Ops Sikap itu membantu kerana tanpa Ops Sikap, kita tidak dapat bayangkan betapa banyak lagi yang akan mati di atas jalan raya. Persoalannya takkan sehingga kita terpaksa mengharapkan Ops Sikap sepanjang tahun, tetapi pemandu itu sendiri tidak mahu mengubah sikap mereka sendiri. Slogan "Anda Mampu Mengubahnya" memang tepat sebagai peringatan kepada semua pengguna jalan raya.
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, situasi itu cukup sedih dan mengecewakan. Keadaan ini kerana setiap tahun kerajaan telah membelanjakan RM9 bilion untuk pelbagai kempen keselamatan.  Kerugian yang dialami akibat kemalangan amat tinggi sekali. Kita dapati tiap-tiap tahun kerugian sampai RM9 billion meliputi kes insurans, kehilangan harta benda, dan lebih penting kehilangan kebolehan untuk cari pendapatan di masa hadapan.  Peringatan "Berhati-hati di Jalan Raya", "Patuhi Had Laju", "Kelajuan Membunuh", dan slogan "Pandu, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat" serta "Anda Mampu Mengubahnya" menyegarkan kembali ingatan pengguna jalan raya agar berhati-hati semasa berada di atas jalan raya. Namun realitinya, pengguna jalan raya di Malaysia masih lagi cuai, lalai dan lupa walau diberikan dengan pelbagai peringatan serta slogan di sepanjang jalan raya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Ogos yang lalu turut melahirkan rasa sedih dengan peningkatan jumlah kemalangan di jalan raya pada musim perayaan ini.  Peningkatan yang berlaku  terutama sekali di jalan negeri dan bandaran tidak sepatutnya berlaku kerana pelbagai kempen diadakan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai, sehingga Jabatan Keselamatan Jalan Raya ditubuhkan bagi menangani perkara itu. Jumlah kes kemalangan jalan raya terutamanya yang melibatkan motosikal membimbangkan kerajaan.

Kerajaan akan terus meneliti langkah terbaik bagi mengurangkan kadar kemalangan di negara ini dan meskipun langkah memperketatkan peraturan mungkin menerima bantahan banyak pihak. Pengguna jalan raya, kata beliau boleh menyalahkan jalan yang berlubang atau sempit sebagai punca kemalangan namun ia boleh dielakkan jika mereka berhati-hati dan tidak memandu laju. Justeru, Muhyiddin menasihati pengguna jalan raya agar lebih bertanggungjawab, menghargai nyawa, menghormati satu sama lain dan ingat kepada orang yang disayangi ketika memandu
Pendidikan Keselamatan jalan raya (PPK1R) dapat membantu memberi kesedaran dan panda arah  menjadi pemandu yang berhemah di peringkat yang lebih awal lagi berkesan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Berdasarkan itu, cawangan trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanjangkan idea pembinaannya yang dicetuskan Perdana Menteri dan diluluskan Kabinet ke jalan Persekutuan berdasarkan statistik kadar kemalangan yang agak tinggi di situ. Tidak dinafikan bahawa setiap kali Ops Sikap diadakan, tumpuan yang lebih diberikan kepada penunggang dan pembonceng motosikal kerana peratus kemalanganya sangat tinggi, iaitu sebanyak 60 peratus daripada keseluruhan jumlah kes kemalangan yang direkodkan. Lantaran itu, pihak kerajaan akan membina lorong khas motosikal dijalan-jalan Persekutuan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang banyak melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Perangkaan nahas jalan raya pada tahun lepas menunjukkan sebanyak 3,693 penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia dengan jumlah kes kematian paling tinggi berlaku di jalan-jalan Persekutuan, iaitu sebanyak 1,316 kes. Kerajaan yakin dengan adanya lorong khas itu dapat mengurangkan kadar nahas di negara ini khususnya kes-kes kemalangan maut. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kemalangan terus meningkat setiap tahun dan pada musim perayaan tahun ini sahaja mencatatkan jumlah kemalangan adalah sebanyak 1609 kes kemalangan dan merupakan jumlah kemalangan yang paling tinggi dicatatkan  sejak beberapa tahun yang lalu.  Manakala keseluruhan jumlah kemalangan menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kemalangan terus meningkat. Pada 2010 sebanyak 414,421 kemalangan direkodkan berbanding 397,330 kemalangan pada 2009.

Selain usaha yang dilakukan pihak kerajaan mengekang kemalangan jalan raya, langkah yang paling tepat untuk dilaksanakan ialah melalui pendidikan mengenai kesedaran keselamatan. Kempen atau ops yang dilancarkan setakat ini bukan tidak berkesan tetapi, pemandu di Malaysia ini perlu diberikan pendidikan mengenai sikap dan tanggungjawab semasa memandu di jalan raya. Melalui pendidikan ini, sikap pemandu di Malaysia ini  akan dapat untuk diterapkan dengan nilai-nilai baik seperti menghormati pemandu lain dan bersikap sabar semasa memandu. Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PPKJR) yang telah diperkenalkan di 7,601 sekolah rendah terpilih akan dapat membantu memberi kesedaran dan pandu arah untuk menjadi pemandu yang berhemah di peringkat yang lebih awal lagi. Begitu juga dengan terlaksananya program keselamatan jalan raya melalui komuniti yang membabitkan majikan, pemimpin, ahli politik, ketua agama, pendidik, badan profesional, sukarelawan dan belia juga diharapkan akan menjadi pemangkin bagi merealisasikan hasrat murni kerajaan dan seluruh warganegara.

Keselamatan kereta juga merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada berlakunya kemalangan. Justeru itu, setiap pemandu harus mengetahui serba sedikit mengenai komponen alat ganti kenderaan.  Keadaan ini penting supaya mereka tidak menjadi mangsa penipuan terhadap barangan tiruan yang digunakan dalam penggantian spare part  kenderaan mereka. Selain itu, penyelenggaraan juga perlu di lakukan mengikut piawaian dan jangka masa yang telah ditetapkan supaya kenderaan sentiasa berada dalam keadaan yang baik untuk pemanduan yang lancar dan selamat ke destinasi.

Analisis dalam beberapa Ops Sikap sebelum ini mendapati, sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak mempedulikan kenderaan lain menjadi punca berlakunya peningkatan kemalangan. Dengan kata lain, pemandu secara umumnya hanya mematuhi peraturan atau bersikap hipokrit apabila melihat  polis dan bukan kerana sikap untuk keselamatan jalan raya. Peraturan jalan raya sepatutnya dipatuhi atas dasar sedar tentang kebaikannya dan bukan takut untuk di saman pihak berkuasa. Sebenarnya, kesediaan untuk mematuhi peraturan dan  arahan tidak memerlukan kita berpendidikan tinggi dan tidak pula perlu menjatuhkan apa-apa juga nilai baik yang ada dalam diri kita. Kempen Keselamatan Jalan Raya bukanlah untuk menyusahkan, tetapi memberi kebaikan  kepada pengguna. Segala peraturan jalan raya, serta papan-papan tanda amaran adalah sebagai panduan bagi memelihara keselamatan jalan raya untuk semua pengguna jalan raya.

Antara punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya adalah kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan.

Selain itu punca lain adalah kenderaan yang kurang sempurna sifatnya. Sebelum memandu kenderaan, kita seharusnya  memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu. Contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan keadaan ini. Mereka mengabaikan kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak mengganti tayar yang haus. Apabila tayar kereta  sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar di permukaan jalan raya semakin berkurangan. Jelas di sini, tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Antara langkah lain yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya telah dilakukan oleh  PDRM  iaitu meminta supaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghidupkan kembali kaedah pemberian mata "demerit" kepada pesalah jalan raya bagi membendung jumlah kemalangan maut yang semakin serius sehingga mencecah 6,000 kematian setiap tahun dan mengakibatkan negara kerugian kira-kira RM9 bilion setiap tahun. Sistem pemberian mata demerit bagi setiap kesalahan jalan raya yang dilakukan oleh pemandu dilihat terbukti mampu mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya. Melalui kaedah yang diperkenalkan di bawah Sistem Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) pada 1997 itu, rekod pesalah diwujudkan melalui notis saman berkaitan dengan kesalahan terjadual dan mata 'demerit' akan dikira. Selagi JPJ tidak menghidupkan semula sistem itu, pihaknya tidak dapat menguatkuasakan penggunaan kaedah berkenaan yang dilihat sebagai kaedah terbaik menangani masalah peningkatan kemalangan jalan raya. Menurutnya di Paris, jumlah kematian akibat kemalangan hanya 50 orang setahun dan hal ini amat memeranjatkan, serta terbukti sistem demerit berkesan dalam mengurangkan jumlah  kemalanganjalanrayapadamusimperayaan.

Pemasangan Kamera Sistem Penguatkuasaan Autotmatik (AES) yang antaranya berfungsi sebagai perangkap had laju dan merakam pelbagai kesalahan trafik akan dipasang di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan dan sekitar Kuala Lumpur, serta Shah Alam. Pemasangan kamera itu yang akan dilaksanakan dalam tiga fasa sehingga 2010. Di bawah fasa pertama dan kedua, Unit Kamera Pengawasan Bergerak telah diwujudkan untuk memantau pemandu dan pengguna jalan raya yang memandu dengan laju dan tidak mematuhi lampu isyarat. Di bawah fasa ketiga, kamera pengawasan akan mengawasi aspek kesalahan lalu limas yang lain seperti memotong di garisan berkembar dan menggunakan lorong kecemasan. Pemasangan sistem yang dilaksanakan oleh JPJ itu bertujuan memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas dan sebagai bukti pendakwaan. Melalui AES, kamera mengawasi setiap pergerakan kenderaan dan mencatat kelajuan dan maklumat itu dihubungkan ke pusat kawalan untuk mengenal pasti kenderaan yang melakukan kesalahan lain lintas. Anggota JPJ yang bertugas di pusat kawalan itu nanti akan memproses gambar yang diterima itu bagi mengenal pasti identiti dan alamat pemandu. Sistem itu terbukti berkesan dalam mendisiplinkan pemandu dan pengguna jalan raya, sekali gus mengurangkan kemalangan jalan raya Negara-negara seperti Australia, Amerika Syarikat, Eropah, China, dan Korea Selatan telah lama menggunakan Sistem ini dalam usaha mendisiplinkan pemandu dan pengguna.

Selain itu, pihak polis trafik juga telah memasang kamera perangkap kelajuan di tempat-tempat yang strategik iaitu kawasan yang biasanya dipandu laju oleh pemilik kenderaan. Jika mereka memandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam, justeru kamera perangkap kelajuan ini akan merakam gambar kereta dan pemandunya. Selepas disemak, dan didapati mereka telah melanggar had kelajuan yang dibenarkan, pihak polis trafik akan menghantar surat saman kepada pemiliknya. Cara ini telah dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama di Lebuh Raya Utara-Selatan.


Secara konklusinya, pihak polis atau penguat kuasa telah berusaha sedaya-upaya untuk mengekang kemalangan daripada terus bertambah. Namun, soal keselamatan di jalan raya adalah menjadi tanggungjawab setiap individu sebagai pengguna jalan raya dan bukannya tanggungjawab pihak berkuasa atau kerajaan semata-mata. Pengguna perlu menganggap sasaran menurunkan statistik kemalangan jalan raya ke peringkat sifar merupakan satu tuntutan sosial. Usaha mensifarkan nahas jalan raya tidak kira sama ada sempena perayaan mahupun di luar musim perayaan bukanlah suatu perkara yang mustahil. Oleh demikian, setiap pengguna jalan raya haruslah mempunyai komitmen yang tinggi semasa menggunakan jalan raya supaya menjaga sikap dan tanggungjawab untuk pemanduan yang berhemah dan menjamin keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.


Sumber:http://pmr.penerangan.gov.my/

Friday, 26 June 2015

FAEDAH FAEDAH PENGANGKUTAN AWAM



ISU - PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA 
Tugasan - faedah-faedah pengangkutan awam di Malaysia 
Idea dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas terutama di bandar-bandar besar dapat mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya dapat mengurangkan pencemaran udara akibat asap kenderaan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya dapat menjimatkan kos hidup kesan daripada kenaikan harga minyak dapat menjimatkan masa akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya dapat sampai ke destinasi dengan cepat dan selamat dapat menarik pelancong asing datang ke Malaysia Tugasan - langkah-langkah meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam Idea kerajaan perlu memperbanyakkan pengangkutan awam untuk menampung permintaan pengguna yang semakin bertambah kerajaan perlu memastikan mutu perkhidmatan pengangkutan awam sentiasa terbaik dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa pengusaha pengangkutan awam perlu berdisiplin dan bertanggungjawab dengan tidak mengenakan tambang sesuka hati penguatkuasaan undang-undang perlu lebih ketat untuk memastikan pemandu teksi di ibu kota tidak mengambil kesempatan terhadap pelancong asing pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan masa dipatuhi untuk mengelakkan pengguna lambat sampai ke destinasi kerajaan hendaklah memastikan pengangkutan awam yang disediakan adalah selesa dan tidak membahayakan pengguna kerajaan perlu mewajibkan pengusaha pengangkutan awam sentiasa membuat pemeriksaan terhadap kenderaan masing-masing secara berkala kerajaan perlu memastikan pemandu penggangkutan awam berhemat ketika memandu untuk memastikan keselamatan penumpang pemandu pengangkutan awam hendaklah mesra dengan pelanggan mereka

Sumber:http://blogcikguazaman.blogspot.com

KESAN PELAKSANAAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DARAT DI MALAYSIA

 Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan jutaan ringgit untuk meningkatkan mutu sistem pengangkutan awam darat. Pengangkutan awam ini merangkumi bas, kereta api transit, dan teksi. Pelbagai langkah telah diambil untuk menambah baik sistem ini termasuklah menambah bilangan bas dan membina aliran kereta api transit. Pelaksanaan sistem ini sememangnya memberikan kesan kepada masyarakat dan negara. Pelaksanaan sistem pengangkutan awam darat dapat memudahkan masyarakat kerana dapat mengurangkan masalah kesesakan jalan raya. Masalah ini sering berlaku di bandar-bandar utama yang sibuk seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya. Punca utamanya ialah jumlah penggunaan kereta sendiri yang banyak di jalan raya. Sebagai contohnya, penggunaan kemudahan pengangkutan awam adalah sedikit jika dibandingkan dengan penggunaan kereta sendiri. Kesedaran penggunaan pengangkutan awam haruslah dipupuk sejak kecil lagi. Apabila semakin ramai pengguna menggunakan sistem pengangkutan ini, maka masalah kesesakan jalan raya dapat dikurangkan. Hakikatnya, pelaksanaan sistem pengangkutan awam darat dapat mengurangkan masalah kesesakan jalan raya. Seterusnya, ekonomi dan produktiviti negara dapat dijana merupakan satu daripada kesan pelaksanaan sistem pengangkutan awam. Hal ini dapat dilihat apabila para pekerja menggunakan pengangkutan awam ini. Melalui penggunaan pengangkutan awam, sudah tentu kerajaan mendapat keuntungan dan hasilnya, kerajaan akan membangunkan negara ini dengan menambah prasarana dan menambah baik pengangkutan awam yang sedia ada. Sebagai contoh, pekerja kilang atau pejabat dapat sampai ke tempat kerja dengan awal. Hal ini kerana ketepatan masa dan pembaziran masa tidak berlaku. Pekerja juga akan bersemangat ketika bekerja. Jelaslah bahawa ekonomi dan produktiviti negara dapat dijana melalui pelaksanaan sistem ini. Berikutnya, pencemaran udara di Malaysia dapat diminimumkan natijah daripada pelaksanaan sistem ini. Kini, kita sering mendengar bahawa pencemaran udara menjadi penyebab utama masalah kesihatan seperti asma, batuk, selsema dan lain-lain. Selain daripada pembakaran terbuka, asap kenderaan adalah faktor penyumbang kepada pencemaran udara. Sebagai contohnya, udara yang tercemar mengandungi karbon monoksida dan sulfur dioksida yang boleh menyebabkan taraf kesihatan penduduk merosot. Oleh itu, penggunaan kereta sendiri haruslah dikurangkan. Masyarakat perlulah cakna menggunakan pengangkutan awam dalam kehidupan seharian kerana dapat mengurangkan penggunaan kereta sendiri. Secara amnya, pelaksanaan sistem ini mampu meminimumkan pencemaran udara di Malaysia. Selanjutnya, kesan pelaksanaan sistem pengangkutan awam darat adalah lebih mesra alam dan mesra pengguna. Hal ini sangat penting bagi menjamin kepercayaan dan kesetiaan terhadap penggunaan pengangkutan awam. Dalam era yang penuh kesibukan ini, pengangkutan awam sememangnya menjadi pilihan rakyat yang bekerjaya. Pengangkutan awam adalah mesra alam kerana menggunakan tenaga elektrik untuk beroperasi seperti transit aliran ringan (LRT). Pengangkutan awam juga mesra pengguna kerana pengguna tidak perlu memandu. Pengguna hanya perlu duduk dan boleh melakukan perkara lain seperti membaca buku, makan dan sebagainya. Tuntasnya, pengangkutan awam adalah lebih mesra alam dan pengguna. Selain itu, pelaksanaan sistem ini memberikan kesan iaitu mampu memberikan keselesaan kepada para pengguna pengangkutan awam. Pengguna yang berasa selesa menggunakan pengangkutan awam akan menggunakannya pada masa hadapan. Keselesaan yang dimaksudkan ialah tempat duduk dalam kenderaan awam yang banyak, penggunaan penghawa dingin dalam pengangkutan awam, ruang menunggu yang selesa seperti di terminal LRT dan sebagainya. Sebagai contoh, kita akan lebih suka memilih perkhidmatan yang selesa berbanding yang sebaliknya. Oleh itu, transformasi sistem pengangkutan awam yang dilakukan sememangnya akan menarik lebih ramai lagi orang awam untuk menggunakannya. Tuntasnya, pelaksanaan sistem ini sememangnya memberikan kesan. Akhir sekali, pelaksanaan sistem ini menjadikan negara kita mempunyai bandar-bandar yang selesa dan sesuai untuk didiami. Hal ini demikian kerana mempunyai sistem pengangkutan yang mudah. Sistem pengangkutan awam darat ini mampu menghubungkan penduduk bandar dengan luar bandar sekaligus memajukan kawasan luar bandar. Sebagai contohnya, penduduk luar bandar yang ingin ke bandar atas urusan pekerjaan boleh berulang-alik ke kampung halaman tanpa halangan. Kemudahan ini sememangnya menjadikan Malaysia unik kerana penduduk luar bandar tidak dipinggirkan dari pembangunan negara. Jelaslah bahawa pelaksanaan sistem pengangkutan awam darat memberikan kesan kepada masyarakat. Keseluruhannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam menjadikan sistem pengangkutan awam darat menjadi pilihan utama. Segala penambahbaikan seperti menyediakan kawasan khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah digalakkan bagi memenuhi keselesaan pengguna. Pihak kerajaan haruslah peka dalam memajukan sistem pengangkutan awam darat agar setanding dengan sistem pengangkutan awam darat negara luar


Sumber:http://kemilauadiwarna.blogspot.com/


CADANGAN MENGURANGKAN MASALAH PENGANGKUTAN AWAM

Antara cadangan yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam ialah

1. Kuat kuasa undang-undang ~ Tindakan tegas perlu diambil terhadap pemandu bas yang melakukan kesalahan yang berulang-ulang. Denda atau penjara boleh dikenakan terhadap pemandu tersebut.
Pihak JPJ boleh mengenakan denda atau mengeluarkan saman kepada bas/van sekolah yang mengeluarkan asap hitam yang mencemarkan udara.

2. Penggunaan petrol tanpa plumbum ~ Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

3. Penapis asap /Catalytic converter ~ Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan udara.

4. Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti) ~ Bagi mengatasi masalah tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh memberi subsidi diesel. Dengan ini, diharap tambang pengangkutan awam (contohnya bas dan teksi) dapat dikurangkan.

5. Penggunaan bahan api alternatif (contoh; NGV, elektrik, tenaga suria)  ~ Dalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta  hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga suria.

6. Kursus pemanduan berhemah ~ Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya.

7. Kempen Alam Sekitar ~ Bagi melindungi alam sekitar dan mengurangkan pencemaran udara,  kempen berbasikal boleh dilancarkan. Contohnya, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menganjurkan Kempen Berbasikal Kali Ke 12 sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada tahun 2012. ( Link : Sinar Harian ).


8. Kempen Berkongsi Kereta ~ Bagi mengatasi kesesakan lalu lintas, terutama pada waktu puncak, kerajaan boleh menggalakkan kempen berkongsi kereta sebagaimana yang dijalankan di negara Singapura.


Sumber:http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/

PENCEMARAN UDARA.










APAKAH benar ramai di antara kita tidak menghiraukan pencemaran alam di
sekeliling kita? Itulah sebabnya kebanyakan penduduk negara ini tidak
prihatin, malah tidak mengendahkan pelbagai usaha dilakukan pihak berkuasa
untuk memelihara alam sekitar.
Salahkah anggapan bahawa rakyat negara ini pada keseluruhannya tidak
dapat menghayati kehendak alam sekeliling dan sukar memahami bahawa
tindak-tanduk mereka walaupun dianggap remeh, jika dibiar berleluasa boleh
mencemari alam semula jadi.
Tidak hairanlah jika ada jiran kita sendiri terus membakar sampah di
halaman rumah, membuang sisa dapur ke dalam longkang di tepi rumah atau
membiarkan sampah-sarap di merata-rata. Kita juga amat kurang komitmen
dalam usaha mengitar semula pelbagai barang yang sudah digunakan.
Jika ada sekali pun di kalangan kita yang lebih prihatin dan menegur
jiran membakar sampah, tidak mustahil mereka ini diherdik: "Bakar sikit
saja takkan boleh mencemar keadaan sekeliling."
Bagaimana pula dengan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan termasuk,
pihak berkuasa tempatan serta sektor swasta seperti pengilang, pengusaha
dan pelbagai syarikat kecil, sederhana dan besar? Apakah semuanya prihatin
terhadap usaha memelihara alam sekeliling?
Sedihnya tidak banyak di antara pengusaha dan syarikat, mahu pun orang
ramai yang mempunyai kesedaran terhadap pentingnya persekitaran alam
dipelihara supaya tidak tercemar. Ramai seolah-olah tidak menghiraukan
kualiti kehidupan mereka sendiri hanya kerana pentingkan keuntungan jangka
pendek.
Keadaan ini amat berbeza dengan rakyat dan syarikat di negara maju yang
umumnya sedar tanggungjawab mereka terhadap persekitaran dan betapa
pentingnya memelihara kualiti kehidupan.
Tidak hairanlah di negara kita pelbagai syarikat pembuat, pengusaha,
pemaju dan sebagainya akan mematuhi peraturan memelihara alam sekitar
hanya bila ada pemantauan dan tindakan penguatkuasaan. Biasanya mereka
akan mencari jalan untuk memintas segala peraturan yang ada kerana tidak
ada kesedaran terhadap pentingnya alam sekitar tidak dicemari.
Apa tidaknya kalau dilihat daripada pelbagai tindak-tanduk pihak
berkenaan itu. Orang ramai yang mendiami tepi sungai terus menganggap
sungai sebagai tempat membuang sampah. Kilang berterusan membuang sisa
pepejal dan kimia ke dalam longkang atau sungai berdekatan. Ada juga
kilang yang membakar bahan buangan pada sebelah malam apabila tidak ada
usaha penguatkuasaan.
Pemaju pula terus memusnahkan persekitaran apabila membangunkan kawasan
perumahan dengan menggondolkan tanah daripada segala tumbuhan, tanpa
menyediakan tempat takungan supaya air hujan tidak terus mengalir ke
sungai dan boleh menyebabkan banjir.
Demikian pula penempatan haram terus diusahakan hingga ke kawasan hutan
simpan tanpa sekatan oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan. Kilang haram
juga dibiarkan terus beroperasi mencemari kawasan persekitaran mereka
dengan membuang sisa ke dalam longkang atau sungai berhampiran.
Usaha untuk membanteras keadaan begini biasanya dihalang oleh pihak
tertentu yang berkepentingan, termasuk ahli politik yang kononnya
menganggap sebarang tindakan ke atas kilang haram itu boleh menjejas
pekerjaan ramai pengundi mereka.
Jelas sekali kesedaran dan komitmen rakyat, pihak berkuasa dan swasta
terhadap usaha memelihara alam sekitar supaya tidak terus tercemar amat
berkurangan. Apa yang perlu dilakukan kerajaan ialah berusaha memberikan
kesedaran secara berterusan kepada seluruh rakyat mengenai pentingnya
persekitaran dipelihara dan tidak dimusnahkan.
Kerana kurangnya kesedaran inilah, persekitaran terus dicemari dan
begitu banyak sungai di negara ini yang kini dilanda pencemaran amat teruk
sehingga ada yang boleh dikatakan sudah `mati' seperti Sungai Juru di
Seberang Prai, Sungai Seget di Johor Bahru dan Sungai Korok di Alor Star,
manakala banyak pula yang lainnya sudah tidak lagi dapat menampung
kehidupan ikan.
Ramai pula penduduk tidak memahami fungsi hutan paya dalam pemeliharaan
ekosistem dan sumber laut. Jadi tidak hairan sudah berapa banyak kawasan
paya bakau ditambak untuk dimajukan sebagai tapak hotel di tepi laut atau
digunakan untuk ternakan udang.
Malah bukan saja hutan simpan yang hendak dimajukan, hutan paya bakau
dan paya gambut yang menjadi sebahagian penting ekosistem turut mahu
dimajukan oleh pemaju perumahan baik di Pulau Pinang, Kedah atau Perak.
Pembangunan dengan menghapuskan hutan paya ini menjejaskan keadaan laut
dan sumber di persekitarannya. Hanya kini dengan berlakunya kemusnahan
beberapa kawasan pantai yang dipukul tsunami pada 26 Disember lalu, baru
ada kesedaran betapa pentingnya paya bakau dipelihara kerana selain
daripada fungsinya memelihara ekosistem, ia juga boleh menjadi benteng
untuk mengurangkan kesan pukulan ombak.
Di antara sungai yang teruk tercemar ialah Sungai Klang dan anak
sungainya iaitu Sungai Bunus dan Sungai Gombak yang mengalir merentasi
sebahagian besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Akhbar ini pada 2003
pernah berusaha untuk mendapatkan sokongan pelbagai pihak kerajaan, swasta
dan orang ramai melaksanakan usaha untuk memulihara Sungai Klang melalui
beberapa siri rencana mengenainya. Malangnya, usaha itu tidak mendapat
sokongan dan keadaan Sungai Klang yang teruk tercemar sedikit pun tidak
berubah.
Sungai Klang sebenarnya boleh menjadi penyeri ibu kota dan digunakan
untuk kepentingan pelancongan seperti dilakukan di beberapa negara luar
yang berjaya membersihkan sungai yang tercemar seperti Sungai Singapura,
Sungai Thames (London), Sungai Hudson (New York) dan Sungai Rhine
(Jerman). Apa yang diperlukan ialah komitmen dan kesungguhan pihak
berkuasa untuk melakukannya.
Di Singapura misalnya, pemerintahnya bermula dengan mengenal pasti punca
pencemaran yang terdiri daripada pelbagai kegiatan di sepanjang sungai.
Dengan itu, ia menempatkan semula sekitar 26,000 keluarga yang tinggal di
sepanjang tebing sungai ke rumah pangsa yang dibina pemerintah.
Kira-kira 5,000 penjaja dipindahkan ke pusat jualan makanan, kilang yang
dikenal pasti mencemarkan sungai berkenaan, dipindahkan ke kawasan khas
perindustrian. Selain itu, lebih 200 tan sampah dikaut dari sungai,
manakala lorong pejalan kaki di sepanjang sungai diadakan. Kawasan
rekreasi juga dibina di sepanjang sungai, manakala pasir diimport untuk
dijadikan `pantai' untuk semua. Usaha ini amat berjaya dengan sungai itu
kini antara tarikan utama pelancongan.
Apakah usaha pembersihan begini tidak boleh dilakukan? Yang perlu ialah
menyediakan senarai punca pencemaran dan selepas itu tindakan dilakukan
secara tegas dan saksama. Jika ada kemahuan apa pun boleh dilakukan.
Diharapkan dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi, minggu lalu yang menghendaki sebuah konsortium diwujudkan di
kalangan swasta untuk membersihkan ke tiga-tiga sungai itu, usaha
berkenaan akan dapat dilakukan.
Sebenarnya, suatu projek pembersihan dan pemulihan Sungai Klang pernah
dilancarkan pada 1990 antara Jabatan Pengairan dan Saliran dengan
kerjasama Jabatan Alam Sekitar, Urusetia Perancangan Lembah Klang dan
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ketika itu.
Projek berkenaan bertujuan membersih sungai daripada kotoran sampah-
sarap dan kelodak serta memulih semula imej Sungai Klang sebagai sumber
air bagi Lembah Klang. Bagaimanapun, projek itu gagal mencapai matlamatnya
kerana kualiti airnya masih tidak dapat dipulihkan lebih-lebih lagi
daripada sisa organik, sisa kimia, sisa terampai dan sisa pepejal.
Apa pun, kini satu usaha drastik perlu dilakukan jika ketiga-tiga sungai
yang merentasi Lembah Klang itu hendak dibersihkan. Perkampungan di tebing
sungai seperti juga kilang, baik yang berlesen mahu pun yang haram harus
dipindahkan. Mereka yang degil hendaklah dikenakan tindakan.
Satu siri penerangan juga harus diberikan kepada semua supaya majoriti
akan bersimpati dengan usaha ini dan tidak lagi menganggap ketiga-tiga
sungai berkenaan sebagai saluran membuang sampah dan sisa perindustrian,
sisa pasar basah, bahan kumbahan yang tidak dirawat serta sampah-sarap
kilang.
Kerajaan Selangor sudah membuat keputusan hendak mendapatkan air dari
Pahang bagi menampung permintaan air bersih yang semakin meningkat di
kawasan Lembah Klang berikutan pengalaman pahit yang melanda kawasan itu
pada 1998 apabila bekalan air terpaksa dicatu untuk pengguna di Lembah
Klang.
Ramai pencinta alam mengharapkan dengan usaha pemulihan itu, Sungai
Klang akan dapat dijadikan sumber utama untuk menampung keperluan bekalan
air di Lembah Klang. Kerajaan Selangor dengan itu tidak lagi perlu
mendapatkan bekalan air mentah dari Sungai Pahang seperti yang dirancang.
Ini bukan saja dapat menjimatkan perbelanjaan yang mencecah lebih RM4
bilion, malah akan dapat menghindar daripada pencemaran alam sekitar
sekiranya beberapa ampangan dan terowong sejauh 44 kilometer tidak lagi

diperlukan.




sumber:www.doe.gov.my/library