Antara cadangan yang boleh diambil untuk mengurangkan
masalah pengangkutan awam ialah
1. Kuat kuasa undang-undang ~ Tindakan tegas perlu diambil
terhadap pemandu bas yang melakukan kesalahan yang berulang-ulang. Denda atau
penjara boleh dikenakan terhadap pemandu tersebut.
Pihak JPJ boleh mengenakan denda atau mengeluarkan saman
kepada bas/van sekolah yang mengeluarkan asap hitam yang mencemarkan udara.
2. Penggunaan petrol tanpa plumbum ~ Penggunaan petrol tanpa
plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan.
Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara terutamanya di
bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
3. Penapis asap /Catalytic converter ~ Bagi mengurangkan
pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang
menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan
ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak
mencemarkan udara.
4. Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat
ganti) ~ Bagi mengatasi masalah tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh
memberi subsidi diesel. Dengan ini, diharap tambang pengangkutan awam
(contohnya bas dan teksi) dapat dikurangkan.
5. Penggunaan bahan api alternatif (contoh; NGV, elektrik,
tenaga suria) ~ Dalam usaha mengurangkan
pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor (bas,
lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang mesra alam
amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga suria.
6. Kursus pemanduan berhemah ~ Kemalangan di jalan raya
dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh tanggungjawab dan
berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh
mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan
tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan
penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya.
7. Kempen Alam Sekitar ~ Bagi melindungi alam sekitar dan
mengurangkan pencemaran udara, kempen
berbasikal boleh dilancarkan. Contohnya, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
telah menganjurkan Kempen Berbasikal Kali Ke 12 sempena Hari Alam Sekitar
Sedunia pada tahun 2012. ( Link : Sinar Harian ).
8. Kempen Berkongsi Kereta ~ Bagi mengatasi kesesakan lalu
lintas, terutama pada waktu puncak, kerajaan boleh menggalakkan kempen
berkongsi kereta sebagaimana yang dijalankan di negara Singapura.
Sumber:http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment