Monday, 29 June 2015

CONTOH KARANGAN


Masyarakat digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam kerana banyak kelebihannya.
Huraikan kelebihan-kelebihan pengangkutan awam kepada masyarakat di negara ini.


Rangka Karangan

Pendahuluan
- Inovasi dalam sistem pengangkutan

Isi-isi Penting
i. mengurangkan kesesakan lalu lintas
ii. menjimatkan masa dan kos perjalanan
iii. memudahkan perjalanan seseorang
iv. mengurangkan pencemaran alam

Penutup
- lebih banyak kebaikan menggunakan pengangkutan awam


Karangan Contoh

Dunia sentiasa mengalami inovasi dalam sistem pengangkutan dari semasa ke semasa. Dalam era globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan yang moden telah dicipta bagi menggantikan kenderaan yang konvensional. Pada masa ini, terdapat pelbagai jenis kenderaan awam seperti monorel, ERL, komuter, bas, teksi, kapal terbang dan sebagainya. Pengangkutan awam yang moden itu pula mampu untuk memainkan peranan yang penting kepada sesebuah negara untuk mencapai kemajuan. Dengan perkataan lain, pengangkutan awam yang terdapat di negara kita juga tidak kurang pentingnya kerana terdapat pelbagai kelebihan yang akan diperoleh apabila masyarakat menggunakannya.

Kelebihan utama pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota atau bandar-bandar besar yang lain. Hal ini demikian kerana kebanyakan rakyat Malaysia gemar menggunakan kenderaan sendiri terutamanya ketika ingin menuju ke tempat kerja. Di samping itu, mereka kebiasaannya bersikap bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing ketika berada di jalan raya. Perkara ini akhirnya mengakibatkan kesesakan jalan raya yang serius. Oleh itu, pengangkutan awam seperti komuter, monorel, ERL (Express Rail Link), LRT (Light Rail Transit)) dan sebagainya dapat memainkan peranan yang penting untuk membendung masalah kesesakan jalan raya yang semakin kronik di ibu negara kita.

Penggunaan pengangkutan awam juga dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan. Sebagai contohnya, ERL dapat memendekkan masa perjalanan jika dibandingkan dengan penggunaan kereta. Tambang pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga amat berpatutan jika dibandingkan dengan masa perjalanannya yang telah disingkatkan. Oleh itu, jika dibandingkan antara pengangkutan awam dengan kenderaan biasa, masyarakat akan mendapat manfaat sekiranya menggunakan pengangkutan awam. Harga petrol yang tidak menentu di pasaran global telah memberikan impak yang negatif kepada rakyat yang menggunakan kenderaan peribadi. Oleh hal yang demikian, banyak perbelanjaan boleh dijimatkan sekiranya orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

Selain itu, pengangkutan awam juga akan memudahkan perjalanan seseorang ke sesuatu tempat. Dengan adanya pengangkutan awam seperti ERL dan LRT, sistem pengangkutan yang lebih efisien berbanding dengan kenderaan persendirian dapat diwujudkan tambahan pula banyak tempat di ibu kota yang termasuk dalam jaringan pengangkutan awam tersebut. Perkara ini sekali gus dapat meningkatkan kadar ketepatan atau kepantasan seseorang ke sesuatu destinasi. Hal ini seharusnya diberikan pertimbangan oleh anggota masyarakat agar menggunakan kenderaan awam untuk ke sesuatu destinasi. Oleh itu, kenderaan awam sepatutnya menjadi pilihan utama masyarakat kerana kelebihannya banyak sekali.

Penggunaan pengangkutan awam yang lebih mesra alam pula akan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Pengangkutan awam seperti monorel, LRT dan ERL ialah kenderaan awam yang mesra alam kerana tidak mengeluarkan asap. Hal ini secara langsung dapat membendung pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran udara di negara kita. Perkara yang di sebaliknya pula akan berlaku jika seseorang menggunakan kenderaan persendirian mereka seperti kereta atau motosikal yang terbukti menyebabkan pencemaran alam sekitar. Jadi, pihak berkuasa perlulah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menghalang pencemaran udara yang semakin serius pada masa ini, seperti kata pepatah, “Sediakan payung sebelum hujan”.

Intihanya, pengangkutan awam mempunyai kelebihan yang lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan penggunaan kenderaan persendirian. Oleh itu, anggota masyarakat digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam jika hendak pergi ke tempat kerja. Sekiranya langkah ini tidak diikuti sudah tentu banyak masalah yang terpaksa dihadapi oleh anggota masyarakat akibat pencemaran alam yang berpunca daripada asap kereta dan motosikal. Jadi, kita perlulah menyokong langkah kerajaan yang menggalakkan penggunaan pengangkutan awam melalui kempen ‘kongsi kereta’ untuk ke tempat kerja. Sekiranya kempen ini mendapat sokongan daripada masyarakat, sudah tentu masalah pencemaran udara dapat diatasi, di samping dapat menjimatkan perbelanjaan anggota masyarakat.



http://khirkassim.blogspot.com/2010/01/karangan-spm-berdasarkan-buku-teks.html

KONSEP PENGANGKUTAN AWAM

 Pengangkutan awam biasanya menawarkan perkhidmatan berjadual dan dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, pusat membeli-belah atau institusi pendidikan.
Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutanyang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel/kereta api dan bas, definasi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi, beca dan sebagainya iaitu mana-mana sistem yang mengangkut orang awam.

Sumber:http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/


PENINGKATAN KEMALANGAN JALAN RAYA


Kemalangan dan kematian di jalan raya sudah menjadi masalah negara yang menghantui kita setiap hari. Kemalangan jalan raya banyak berlaku pada musim perayaan khususnya bukan sahaja membawa kerugian kepada keluarga mangsa, tetapi kerugian modal insan yang besar kepada negara Setiap nyawa yang hilang akibat kemalangan jalan raya merupakan kerugian kepada negara kerana banyak wang dan perbelanjaan telah dikeluarkan ke atas mereka bagi tujuan persekolahan, peperiksaan, serta latihan pekerjaan dan akhirnya tidak dapat memberi sumbangan kepada negara akibat terlibat dalam kemalangan.

Sebenarnya pelbagai program telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya pada musim perayaan. Ops Pacak, Ops Sikap, Ops Statik, penggunaan helikopter untuk memantau pergerakan kenderaan, pengedaran poster, kempen kesedaran serta  penguatkuasaan dilakukan dan merupakan  metodologi yang digunakan oleh pihak  kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa selamat ketika berada di jalan raya. Ops Sikap yang telah diadakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah lebih bertumpu kepada sikap pengguna jalan raya yang menjadi faktor kemalangan dan peningkatan kadar kematian di jalan raya terutamanya pada musim perayaan. Namun, apa yang dilihat masih banyak jumlah kemalangan dicatatkan dan nahas jalan raya kini menjadi ancaman nombor satu di Malaysia yang semakin kritikal lebih-lebih lagi dengan penambahan jumlah kenderaan setiap tahun. Angka kematian bukan sahaja tidak pernah menurun malah pemandu-pemandu semakin rakus menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk berlumba, selain mengambil kesempatan menguji kemampuan kenderaan masing-masingmemecut.

Usaha untuk menjadikan kemalangan jalan raya sifar  bukanlah impian pihak kerajaan semata-mata tetapi setiap rakyat negara ini juga perlu menunjukkan usaha untuk mengurangkan berlakunya kemalangan disebabkan kecuaian. Memang Ops Sikap itu membantu kerana tanpa Ops Sikap, kita tidak dapat bayangkan betapa banyak lagi yang akan mati di atas jalan raya. Persoalannya takkan sehingga kita terpaksa mengharapkan Ops Sikap sepanjang tahun, tetapi pemandu itu sendiri tidak mahu mengubah sikap mereka sendiri. Slogan "Anda Mampu Mengubahnya" memang tepat sebagai peringatan kepada semua pengguna jalan raya.
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, situasi itu cukup sedih dan mengecewakan. Keadaan ini kerana setiap tahun kerajaan telah membelanjakan RM9 bilion untuk pelbagai kempen keselamatan.  Kerugian yang dialami akibat kemalangan amat tinggi sekali. Kita dapati tiap-tiap tahun kerugian sampai RM9 billion meliputi kes insurans, kehilangan harta benda, dan lebih penting kehilangan kebolehan untuk cari pendapatan di masa hadapan.  Peringatan "Berhati-hati di Jalan Raya", "Patuhi Had Laju", "Kelajuan Membunuh", dan slogan "Pandu, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat" serta "Anda Mampu Mengubahnya" menyegarkan kembali ingatan pengguna jalan raya agar berhati-hati semasa berada di atas jalan raya. Namun realitinya, pengguna jalan raya di Malaysia masih lagi cuai, lalai dan lupa walau diberikan dengan pelbagai peringatan serta slogan di sepanjang jalan raya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Ogos yang lalu turut melahirkan rasa sedih dengan peningkatan jumlah kemalangan di jalan raya pada musim perayaan ini.  Peningkatan yang berlaku  terutama sekali di jalan negeri dan bandaran tidak sepatutnya berlaku kerana pelbagai kempen diadakan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai, sehingga Jabatan Keselamatan Jalan Raya ditubuhkan bagi menangani perkara itu. Jumlah kes kemalangan jalan raya terutamanya yang melibatkan motosikal membimbangkan kerajaan.

Kerajaan akan terus meneliti langkah terbaik bagi mengurangkan kadar kemalangan di negara ini dan meskipun langkah memperketatkan peraturan mungkin menerima bantahan banyak pihak. Pengguna jalan raya, kata beliau boleh menyalahkan jalan yang berlubang atau sempit sebagai punca kemalangan namun ia boleh dielakkan jika mereka berhati-hati dan tidak memandu laju. Justeru, Muhyiddin menasihati pengguna jalan raya agar lebih bertanggungjawab, menghargai nyawa, menghormati satu sama lain dan ingat kepada orang yang disayangi ketika memandu
Pendidikan Keselamatan jalan raya (PPK1R) dapat membantu memberi kesedaran dan panda arah  menjadi pemandu yang berhemah di peringkat yang lebih awal lagi berkesan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Berdasarkan itu, cawangan trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanjangkan idea pembinaannya yang dicetuskan Perdana Menteri dan diluluskan Kabinet ke jalan Persekutuan berdasarkan statistik kadar kemalangan yang agak tinggi di situ. Tidak dinafikan bahawa setiap kali Ops Sikap diadakan, tumpuan yang lebih diberikan kepada penunggang dan pembonceng motosikal kerana peratus kemalanganya sangat tinggi, iaitu sebanyak 60 peratus daripada keseluruhan jumlah kes kemalangan yang direkodkan. Lantaran itu, pihak kerajaan akan membina lorong khas motosikal dijalan-jalan Persekutuan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang banyak melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Perangkaan nahas jalan raya pada tahun lepas menunjukkan sebanyak 3,693 penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia dengan jumlah kes kematian paling tinggi berlaku di jalan-jalan Persekutuan, iaitu sebanyak 1,316 kes. Kerajaan yakin dengan adanya lorong khas itu dapat mengurangkan kadar nahas di negara ini khususnya kes-kes kemalangan maut. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kemalangan terus meningkat setiap tahun dan pada musim perayaan tahun ini sahaja mencatatkan jumlah kemalangan adalah sebanyak 1609 kes kemalangan dan merupakan jumlah kemalangan yang paling tinggi dicatatkan  sejak beberapa tahun yang lalu.  Manakala keseluruhan jumlah kemalangan menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kemalangan terus meningkat. Pada 2010 sebanyak 414,421 kemalangan direkodkan berbanding 397,330 kemalangan pada 2009.

Selain usaha yang dilakukan pihak kerajaan mengekang kemalangan jalan raya, langkah yang paling tepat untuk dilaksanakan ialah melalui pendidikan mengenai kesedaran keselamatan. Kempen atau ops yang dilancarkan setakat ini bukan tidak berkesan tetapi, pemandu di Malaysia ini perlu diberikan pendidikan mengenai sikap dan tanggungjawab semasa memandu di jalan raya. Melalui pendidikan ini, sikap pemandu di Malaysia ini  akan dapat untuk diterapkan dengan nilai-nilai baik seperti menghormati pemandu lain dan bersikap sabar semasa memandu. Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PPKJR) yang telah diperkenalkan di 7,601 sekolah rendah terpilih akan dapat membantu memberi kesedaran dan pandu arah untuk menjadi pemandu yang berhemah di peringkat yang lebih awal lagi. Begitu juga dengan terlaksananya program keselamatan jalan raya melalui komuniti yang membabitkan majikan, pemimpin, ahli politik, ketua agama, pendidik, badan profesional, sukarelawan dan belia juga diharapkan akan menjadi pemangkin bagi merealisasikan hasrat murni kerajaan dan seluruh warganegara.

Keselamatan kereta juga merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada berlakunya kemalangan. Justeru itu, setiap pemandu harus mengetahui serba sedikit mengenai komponen alat ganti kenderaan.  Keadaan ini penting supaya mereka tidak menjadi mangsa penipuan terhadap barangan tiruan yang digunakan dalam penggantian spare part  kenderaan mereka. Selain itu, penyelenggaraan juga perlu di lakukan mengikut piawaian dan jangka masa yang telah ditetapkan supaya kenderaan sentiasa berada dalam keadaan yang baik untuk pemanduan yang lancar dan selamat ke destinasi.

Analisis dalam beberapa Ops Sikap sebelum ini mendapati, sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak mempedulikan kenderaan lain menjadi punca berlakunya peningkatan kemalangan. Dengan kata lain, pemandu secara umumnya hanya mematuhi peraturan atau bersikap hipokrit apabila melihat  polis dan bukan kerana sikap untuk keselamatan jalan raya. Peraturan jalan raya sepatutnya dipatuhi atas dasar sedar tentang kebaikannya dan bukan takut untuk di saman pihak berkuasa. Sebenarnya, kesediaan untuk mematuhi peraturan dan  arahan tidak memerlukan kita berpendidikan tinggi dan tidak pula perlu menjatuhkan apa-apa juga nilai baik yang ada dalam diri kita. Kempen Keselamatan Jalan Raya bukanlah untuk menyusahkan, tetapi memberi kebaikan  kepada pengguna. Segala peraturan jalan raya, serta papan-papan tanda amaran adalah sebagai panduan bagi memelihara keselamatan jalan raya untuk semua pengguna jalan raya.

Antara punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya adalah kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan.

Selain itu punca lain adalah kenderaan yang kurang sempurna sifatnya. Sebelum memandu kenderaan, kita seharusnya  memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu. Contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan keadaan ini. Mereka mengabaikan kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak mengganti tayar yang haus. Apabila tayar kereta  sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar di permukaan jalan raya semakin berkurangan. Jelas di sini, tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Antara langkah lain yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya telah dilakukan oleh  PDRM  iaitu meminta supaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghidupkan kembali kaedah pemberian mata "demerit" kepada pesalah jalan raya bagi membendung jumlah kemalangan maut yang semakin serius sehingga mencecah 6,000 kematian setiap tahun dan mengakibatkan negara kerugian kira-kira RM9 bilion setiap tahun. Sistem pemberian mata demerit bagi setiap kesalahan jalan raya yang dilakukan oleh pemandu dilihat terbukti mampu mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya. Melalui kaedah yang diperkenalkan di bawah Sistem Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) pada 1997 itu, rekod pesalah diwujudkan melalui notis saman berkaitan dengan kesalahan terjadual dan mata 'demerit' akan dikira. Selagi JPJ tidak menghidupkan semula sistem itu, pihaknya tidak dapat menguatkuasakan penggunaan kaedah berkenaan yang dilihat sebagai kaedah terbaik menangani masalah peningkatan kemalangan jalan raya. Menurutnya di Paris, jumlah kematian akibat kemalangan hanya 50 orang setahun dan hal ini amat memeranjatkan, serta terbukti sistem demerit berkesan dalam mengurangkan jumlah  kemalanganjalanrayapadamusimperayaan.

Pemasangan Kamera Sistem Penguatkuasaan Autotmatik (AES) yang antaranya berfungsi sebagai perangkap had laju dan merakam pelbagai kesalahan trafik akan dipasang di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan dan sekitar Kuala Lumpur, serta Shah Alam. Pemasangan kamera itu yang akan dilaksanakan dalam tiga fasa sehingga 2010. Di bawah fasa pertama dan kedua, Unit Kamera Pengawasan Bergerak telah diwujudkan untuk memantau pemandu dan pengguna jalan raya yang memandu dengan laju dan tidak mematuhi lampu isyarat. Di bawah fasa ketiga, kamera pengawasan akan mengawasi aspek kesalahan lalu limas yang lain seperti memotong di garisan berkembar dan menggunakan lorong kecemasan. Pemasangan sistem yang dilaksanakan oleh JPJ itu bertujuan memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas dan sebagai bukti pendakwaan. Melalui AES, kamera mengawasi setiap pergerakan kenderaan dan mencatat kelajuan dan maklumat itu dihubungkan ke pusat kawalan untuk mengenal pasti kenderaan yang melakukan kesalahan lain lintas. Anggota JPJ yang bertugas di pusat kawalan itu nanti akan memproses gambar yang diterima itu bagi mengenal pasti identiti dan alamat pemandu. Sistem itu terbukti berkesan dalam mendisiplinkan pemandu dan pengguna jalan raya, sekali gus mengurangkan kemalangan jalan raya Negara-negara seperti Australia, Amerika Syarikat, Eropah, China, dan Korea Selatan telah lama menggunakan Sistem ini dalam usaha mendisiplinkan pemandu dan pengguna.

Selain itu, pihak polis trafik juga telah memasang kamera perangkap kelajuan di tempat-tempat yang strategik iaitu kawasan yang biasanya dipandu laju oleh pemilik kenderaan. Jika mereka memandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam, justeru kamera perangkap kelajuan ini akan merakam gambar kereta dan pemandunya. Selepas disemak, dan didapati mereka telah melanggar had kelajuan yang dibenarkan, pihak polis trafik akan menghantar surat saman kepada pemiliknya. Cara ini telah dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama di Lebuh Raya Utara-Selatan.


Secara konklusinya, pihak polis atau penguat kuasa telah berusaha sedaya-upaya untuk mengekang kemalangan daripada terus bertambah. Namun, soal keselamatan di jalan raya adalah menjadi tanggungjawab setiap individu sebagai pengguna jalan raya dan bukannya tanggungjawab pihak berkuasa atau kerajaan semata-mata. Pengguna perlu menganggap sasaran menurunkan statistik kemalangan jalan raya ke peringkat sifar merupakan satu tuntutan sosial. Usaha mensifarkan nahas jalan raya tidak kira sama ada sempena perayaan mahupun di luar musim perayaan bukanlah suatu perkara yang mustahil. Oleh demikian, setiap pengguna jalan raya haruslah mempunyai komitmen yang tinggi semasa menggunakan jalan raya supaya menjaga sikap dan tanggungjawab untuk pemanduan yang berhemah dan menjamin keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.


Sumber:http://pmr.penerangan.gov.my/

Friday, 26 June 2015

FAEDAH FAEDAH PENGANGKUTAN AWAM



ISU - PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA 
Tugasan - faedah-faedah pengangkutan awam di Malaysia 
Idea dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas terutama di bandar-bandar besar dapat mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya dapat mengurangkan pencemaran udara akibat asap kenderaan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya dapat menjimatkan kos hidup kesan daripada kenaikan harga minyak dapat menjimatkan masa akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya dapat sampai ke destinasi dengan cepat dan selamat dapat menarik pelancong asing datang ke Malaysia Tugasan - langkah-langkah meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam Idea kerajaan perlu memperbanyakkan pengangkutan awam untuk menampung permintaan pengguna yang semakin bertambah kerajaan perlu memastikan mutu perkhidmatan pengangkutan awam sentiasa terbaik dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa pengusaha pengangkutan awam perlu berdisiplin dan bertanggungjawab dengan tidak mengenakan tambang sesuka hati penguatkuasaan undang-undang perlu lebih ketat untuk memastikan pemandu teksi di ibu kota tidak mengambil kesempatan terhadap pelancong asing pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan masa dipatuhi untuk mengelakkan pengguna lambat sampai ke destinasi kerajaan hendaklah memastikan pengangkutan awam yang disediakan adalah selesa dan tidak membahayakan pengguna kerajaan perlu mewajibkan pengusaha pengangkutan awam sentiasa membuat pemeriksaan terhadap kenderaan masing-masing secara berkala kerajaan perlu memastikan pemandu penggangkutan awam berhemat ketika memandu untuk memastikan keselamatan penumpang pemandu pengangkutan awam hendaklah mesra dengan pelanggan mereka

Sumber:http://blogcikguazaman.blogspot.com

KESAN PELAKSANAAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DARAT DI MALAYSIA

 Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan jutaan ringgit untuk meningkatkan mutu sistem pengangkutan awam darat. Pengangkutan awam ini merangkumi bas, kereta api transit, dan teksi. Pelbagai langkah telah diambil untuk menambah baik sistem ini termasuklah menambah bilangan bas dan membina aliran kereta api transit. Pelaksanaan sistem ini sememangnya memberikan kesan kepada masyarakat dan negara. Pelaksanaan sistem pengangkutan awam darat dapat memudahkan masyarakat kerana dapat mengurangkan masalah kesesakan jalan raya. Masalah ini sering berlaku di bandar-bandar utama yang sibuk seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya. Punca utamanya ialah jumlah penggunaan kereta sendiri yang banyak di jalan raya. Sebagai contohnya, penggunaan kemudahan pengangkutan awam adalah sedikit jika dibandingkan dengan penggunaan kereta sendiri. Kesedaran penggunaan pengangkutan awam haruslah dipupuk sejak kecil lagi. Apabila semakin ramai pengguna menggunakan sistem pengangkutan ini, maka masalah kesesakan jalan raya dapat dikurangkan. Hakikatnya, pelaksanaan sistem pengangkutan awam darat dapat mengurangkan masalah kesesakan jalan raya. Seterusnya, ekonomi dan produktiviti negara dapat dijana merupakan satu daripada kesan pelaksanaan sistem pengangkutan awam. Hal ini dapat dilihat apabila para pekerja menggunakan pengangkutan awam ini. Melalui penggunaan pengangkutan awam, sudah tentu kerajaan mendapat keuntungan dan hasilnya, kerajaan akan membangunkan negara ini dengan menambah prasarana dan menambah baik pengangkutan awam yang sedia ada. Sebagai contoh, pekerja kilang atau pejabat dapat sampai ke tempat kerja dengan awal. Hal ini kerana ketepatan masa dan pembaziran masa tidak berlaku. Pekerja juga akan bersemangat ketika bekerja. Jelaslah bahawa ekonomi dan produktiviti negara dapat dijana melalui pelaksanaan sistem ini. Berikutnya, pencemaran udara di Malaysia dapat diminimumkan natijah daripada pelaksanaan sistem ini. Kini, kita sering mendengar bahawa pencemaran udara menjadi penyebab utama masalah kesihatan seperti asma, batuk, selsema dan lain-lain. Selain daripada pembakaran terbuka, asap kenderaan adalah faktor penyumbang kepada pencemaran udara. Sebagai contohnya, udara yang tercemar mengandungi karbon monoksida dan sulfur dioksida yang boleh menyebabkan taraf kesihatan penduduk merosot. Oleh itu, penggunaan kereta sendiri haruslah dikurangkan. Masyarakat perlulah cakna menggunakan pengangkutan awam dalam kehidupan seharian kerana dapat mengurangkan penggunaan kereta sendiri. Secara amnya, pelaksanaan sistem ini mampu meminimumkan pencemaran udara di Malaysia. Selanjutnya, kesan pelaksanaan sistem pengangkutan awam darat adalah lebih mesra alam dan mesra pengguna. Hal ini sangat penting bagi menjamin kepercayaan dan kesetiaan terhadap penggunaan pengangkutan awam. Dalam era yang penuh kesibukan ini, pengangkutan awam sememangnya menjadi pilihan rakyat yang bekerjaya. Pengangkutan awam adalah mesra alam kerana menggunakan tenaga elektrik untuk beroperasi seperti transit aliran ringan (LRT). Pengangkutan awam juga mesra pengguna kerana pengguna tidak perlu memandu. Pengguna hanya perlu duduk dan boleh melakukan perkara lain seperti membaca buku, makan dan sebagainya. Tuntasnya, pengangkutan awam adalah lebih mesra alam dan pengguna. Selain itu, pelaksanaan sistem ini memberikan kesan iaitu mampu memberikan keselesaan kepada para pengguna pengangkutan awam. Pengguna yang berasa selesa menggunakan pengangkutan awam akan menggunakannya pada masa hadapan. Keselesaan yang dimaksudkan ialah tempat duduk dalam kenderaan awam yang banyak, penggunaan penghawa dingin dalam pengangkutan awam, ruang menunggu yang selesa seperti di terminal LRT dan sebagainya. Sebagai contoh, kita akan lebih suka memilih perkhidmatan yang selesa berbanding yang sebaliknya. Oleh itu, transformasi sistem pengangkutan awam yang dilakukan sememangnya akan menarik lebih ramai lagi orang awam untuk menggunakannya. Tuntasnya, pelaksanaan sistem ini sememangnya memberikan kesan. Akhir sekali, pelaksanaan sistem ini menjadikan negara kita mempunyai bandar-bandar yang selesa dan sesuai untuk didiami. Hal ini demikian kerana mempunyai sistem pengangkutan yang mudah. Sistem pengangkutan awam darat ini mampu menghubungkan penduduk bandar dengan luar bandar sekaligus memajukan kawasan luar bandar. Sebagai contohnya, penduduk luar bandar yang ingin ke bandar atas urusan pekerjaan boleh berulang-alik ke kampung halaman tanpa halangan. Kemudahan ini sememangnya menjadikan Malaysia unik kerana penduduk luar bandar tidak dipinggirkan dari pembangunan negara. Jelaslah bahawa pelaksanaan sistem pengangkutan awam darat memberikan kesan kepada masyarakat. Keseluruhannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam menjadikan sistem pengangkutan awam darat menjadi pilihan utama. Segala penambahbaikan seperti menyediakan kawasan khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah digalakkan bagi memenuhi keselesaan pengguna. Pihak kerajaan haruslah peka dalam memajukan sistem pengangkutan awam darat agar setanding dengan sistem pengangkutan awam darat negara luar


Sumber:http://kemilauadiwarna.blogspot.com/


CADANGAN MENGURANGKAN MASALAH PENGANGKUTAN AWAM

Antara cadangan yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam ialah

1. Kuat kuasa undang-undang ~ Tindakan tegas perlu diambil terhadap pemandu bas yang melakukan kesalahan yang berulang-ulang. Denda atau penjara boleh dikenakan terhadap pemandu tersebut.
Pihak JPJ boleh mengenakan denda atau mengeluarkan saman kepada bas/van sekolah yang mengeluarkan asap hitam yang mencemarkan udara.

2. Penggunaan petrol tanpa plumbum ~ Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

3. Penapis asap /Catalytic converter ~ Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan udara.

4. Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti) ~ Bagi mengatasi masalah tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh memberi subsidi diesel. Dengan ini, diharap tambang pengangkutan awam (contohnya bas dan teksi) dapat dikurangkan.

5. Penggunaan bahan api alternatif (contoh; NGV, elektrik, tenaga suria)  ~ Dalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta  hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga suria.

6. Kursus pemanduan berhemah ~ Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya.

7. Kempen Alam Sekitar ~ Bagi melindungi alam sekitar dan mengurangkan pencemaran udara,  kempen berbasikal boleh dilancarkan. Contohnya, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menganjurkan Kempen Berbasikal Kali Ke 12 sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada tahun 2012. ( Link : Sinar Harian ).


8. Kempen Berkongsi Kereta ~ Bagi mengatasi kesesakan lalu lintas, terutama pada waktu puncak, kerajaan boleh menggalakkan kempen berkongsi kereta sebagaimana yang dijalankan di negara Singapura.


Sumber:http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/

PENCEMARAN UDARA.










APAKAH benar ramai di antara kita tidak menghiraukan pencemaran alam di
sekeliling kita? Itulah sebabnya kebanyakan penduduk negara ini tidak
prihatin, malah tidak mengendahkan pelbagai usaha dilakukan pihak berkuasa
untuk memelihara alam sekitar.
Salahkah anggapan bahawa rakyat negara ini pada keseluruhannya tidak
dapat menghayati kehendak alam sekeliling dan sukar memahami bahawa
tindak-tanduk mereka walaupun dianggap remeh, jika dibiar berleluasa boleh
mencemari alam semula jadi.
Tidak hairanlah jika ada jiran kita sendiri terus membakar sampah di
halaman rumah, membuang sisa dapur ke dalam longkang di tepi rumah atau
membiarkan sampah-sarap di merata-rata. Kita juga amat kurang komitmen
dalam usaha mengitar semula pelbagai barang yang sudah digunakan.
Jika ada sekali pun di kalangan kita yang lebih prihatin dan menegur
jiran membakar sampah, tidak mustahil mereka ini diherdik: "Bakar sikit
saja takkan boleh mencemar keadaan sekeliling."
Bagaimana pula dengan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan termasuk,
pihak berkuasa tempatan serta sektor swasta seperti pengilang, pengusaha
dan pelbagai syarikat kecil, sederhana dan besar? Apakah semuanya prihatin
terhadap usaha memelihara alam sekeliling?
Sedihnya tidak banyak di antara pengusaha dan syarikat, mahu pun orang
ramai yang mempunyai kesedaran terhadap pentingnya persekitaran alam
dipelihara supaya tidak tercemar. Ramai seolah-olah tidak menghiraukan
kualiti kehidupan mereka sendiri hanya kerana pentingkan keuntungan jangka
pendek.
Keadaan ini amat berbeza dengan rakyat dan syarikat di negara maju yang
umumnya sedar tanggungjawab mereka terhadap persekitaran dan betapa
pentingnya memelihara kualiti kehidupan.
Tidak hairanlah di negara kita pelbagai syarikat pembuat, pengusaha,
pemaju dan sebagainya akan mematuhi peraturan memelihara alam sekitar
hanya bila ada pemantauan dan tindakan penguatkuasaan. Biasanya mereka
akan mencari jalan untuk memintas segala peraturan yang ada kerana tidak
ada kesedaran terhadap pentingnya alam sekitar tidak dicemari.
Apa tidaknya kalau dilihat daripada pelbagai tindak-tanduk pihak
berkenaan itu. Orang ramai yang mendiami tepi sungai terus menganggap
sungai sebagai tempat membuang sampah. Kilang berterusan membuang sisa
pepejal dan kimia ke dalam longkang atau sungai berdekatan. Ada juga
kilang yang membakar bahan buangan pada sebelah malam apabila tidak ada
usaha penguatkuasaan.
Pemaju pula terus memusnahkan persekitaran apabila membangunkan kawasan
perumahan dengan menggondolkan tanah daripada segala tumbuhan, tanpa
menyediakan tempat takungan supaya air hujan tidak terus mengalir ke
sungai dan boleh menyebabkan banjir.
Demikian pula penempatan haram terus diusahakan hingga ke kawasan hutan
simpan tanpa sekatan oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan. Kilang haram
juga dibiarkan terus beroperasi mencemari kawasan persekitaran mereka
dengan membuang sisa ke dalam longkang atau sungai berhampiran.
Usaha untuk membanteras keadaan begini biasanya dihalang oleh pihak
tertentu yang berkepentingan, termasuk ahli politik yang kononnya
menganggap sebarang tindakan ke atas kilang haram itu boleh menjejas
pekerjaan ramai pengundi mereka.
Jelas sekali kesedaran dan komitmen rakyat, pihak berkuasa dan swasta
terhadap usaha memelihara alam sekitar supaya tidak terus tercemar amat
berkurangan. Apa yang perlu dilakukan kerajaan ialah berusaha memberikan
kesedaran secara berterusan kepada seluruh rakyat mengenai pentingnya
persekitaran dipelihara dan tidak dimusnahkan.
Kerana kurangnya kesedaran inilah, persekitaran terus dicemari dan
begitu banyak sungai di negara ini yang kini dilanda pencemaran amat teruk
sehingga ada yang boleh dikatakan sudah `mati' seperti Sungai Juru di
Seberang Prai, Sungai Seget di Johor Bahru dan Sungai Korok di Alor Star,
manakala banyak pula yang lainnya sudah tidak lagi dapat menampung
kehidupan ikan.
Ramai pula penduduk tidak memahami fungsi hutan paya dalam pemeliharaan
ekosistem dan sumber laut. Jadi tidak hairan sudah berapa banyak kawasan
paya bakau ditambak untuk dimajukan sebagai tapak hotel di tepi laut atau
digunakan untuk ternakan udang.
Malah bukan saja hutan simpan yang hendak dimajukan, hutan paya bakau
dan paya gambut yang menjadi sebahagian penting ekosistem turut mahu
dimajukan oleh pemaju perumahan baik di Pulau Pinang, Kedah atau Perak.
Pembangunan dengan menghapuskan hutan paya ini menjejaskan keadaan laut
dan sumber di persekitarannya. Hanya kini dengan berlakunya kemusnahan
beberapa kawasan pantai yang dipukul tsunami pada 26 Disember lalu, baru
ada kesedaran betapa pentingnya paya bakau dipelihara kerana selain
daripada fungsinya memelihara ekosistem, ia juga boleh menjadi benteng
untuk mengurangkan kesan pukulan ombak.
Di antara sungai yang teruk tercemar ialah Sungai Klang dan anak
sungainya iaitu Sungai Bunus dan Sungai Gombak yang mengalir merentasi
sebahagian besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Akhbar ini pada 2003
pernah berusaha untuk mendapatkan sokongan pelbagai pihak kerajaan, swasta
dan orang ramai melaksanakan usaha untuk memulihara Sungai Klang melalui
beberapa siri rencana mengenainya. Malangnya, usaha itu tidak mendapat
sokongan dan keadaan Sungai Klang yang teruk tercemar sedikit pun tidak
berubah.
Sungai Klang sebenarnya boleh menjadi penyeri ibu kota dan digunakan
untuk kepentingan pelancongan seperti dilakukan di beberapa negara luar
yang berjaya membersihkan sungai yang tercemar seperti Sungai Singapura,
Sungai Thames (London), Sungai Hudson (New York) dan Sungai Rhine
(Jerman). Apa yang diperlukan ialah komitmen dan kesungguhan pihak
berkuasa untuk melakukannya.
Di Singapura misalnya, pemerintahnya bermula dengan mengenal pasti punca
pencemaran yang terdiri daripada pelbagai kegiatan di sepanjang sungai.
Dengan itu, ia menempatkan semula sekitar 26,000 keluarga yang tinggal di
sepanjang tebing sungai ke rumah pangsa yang dibina pemerintah.
Kira-kira 5,000 penjaja dipindahkan ke pusat jualan makanan, kilang yang
dikenal pasti mencemarkan sungai berkenaan, dipindahkan ke kawasan khas
perindustrian. Selain itu, lebih 200 tan sampah dikaut dari sungai,
manakala lorong pejalan kaki di sepanjang sungai diadakan. Kawasan
rekreasi juga dibina di sepanjang sungai, manakala pasir diimport untuk
dijadikan `pantai' untuk semua. Usaha ini amat berjaya dengan sungai itu
kini antara tarikan utama pelancongan.
Apakah usaha pembersihan begini tidak boleh dilakukan? Yang perlu ialah
menyediakan senarai punca pencemaran dan selepas itu tindakan dilakukan
secara tegas dan saksama. Jika ada kemahuan apa pun boleh dilakukan.
Diharapkan dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi, minggu lalu yang menghendaki sebuah konsortium diwujudkan di
kalangan swasta untuk membersihkan ke tiga-tiga sungai itu, usaha
berkenaan akan dapat dilakukan.
Sebenarnya, suatu projek pembersihan dan pemulihan Sungai Klang pernah
dilancarkan pada 1990 antara Jabatan Pengairan dan Saliran dengan
kerjasama Jabatan Alam Sekitar, Urusetia Perancangan Lembah Klang dan
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ketika itu.
Projek berkenaan bertujuan membersih sungai daripada kotoran sampah-
sarap dan kelodak serta memulih semula imej Sungai Klang sebagai sumber
air bagi Lembah Klang. Bagaimanapun, projek itu gagal mencapai matlamatnya
kerana kualiti airnya masih tidak dapat dipulihkan lebih-lebih lagi
daripada sisa organik, sisa kimia, sisa terampai dan sisa pepejal.
Apa pun, kini satu usaha drastik perlu dilakukan jika ketiga-tiga sungai
yang merentasi Lembah Klang itu hendak dibersihkan. Perkampungan di tebing
sungai seperti juga kilang, baik yang berlesen mahu pun yang haram harus
dipindahkan. Mereka yang degil hendaklah dikenakan tindakan.
Satu siri penerangan juga harus diberikan kepada semua supaya majoriti
akan bersimpati dengan usaha ini dan tidak lagi menganggap ketiga-tiga
sungai berkenaan sebagai saluran membuang sampah dan sisa perindustrian,
sisa pasar basah, bahan kumbahan yang tidak dirawat serta sampah-sarap
kilang.
Kerajaan Selangor sudah membuat keputusan hendak mendapatkan air dari
Pahang bagi menampung permintaan air bersih yang semakin meningkat di
kawasan Lembah Klang berikutan pengalaman pahit yang melanda kawasan itu
pada 1998 apabila bekalan air terpaksa dicatu untuk pengguna di Lembah
Klang.
Ramai pencinta alam mengharapkan dengan usaha pemulihan itu, Sungai
Klang akan dapat dijadikan sumber utama untuk menampung keperluan bekalan
air di Lembah Klang. Kerajaan Selangor dengan itu tidak lagi perlu
mendapatkan bekalan air mentah dari Sungai Pahang seperti yang dirancang.
Ini bukan saja dapat menjimatkan perbelanjaan yang mencecah lebih RM4
bilion, malah akan dapat menghindar daripada pencemaran alam sekitar
sekiranya beberapa ampangan dan terowong sejauh 44 kilometer tidak lagi

diperlukan.




sumber:www.doe.gov.my/library

MASS RAPID TRANSIT


SISTEM “MASS RAPID TRANSIT”
Lembah Klang (KVMRT)
KVMRT merupakan sistem rel kawasan Lembah Klang yang
direka untuk menghasilkan rangkaian pengangkutan rel
yang cekap dan mempertingkat pilihan pengangkutan awam
yang sedia ada. Direka sebagai Pojek Permulaan (EPP)
di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) negara,
KVMRT bertujuan menggalakkan lagi penggunaan
pengangkutan awam dan meringankan kesesakan jalan raya
di Lembah Klang.
Skim akhir kereta api Landasan Sungai Buloh – Kajang (SBK)
yang diluluskan pada Jun 2011 dan pembinaan landasan
tersebut telah dilancarkan secara rasmi pada 8 Julai 2011
oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana
Menteri Malaysia. Pembinaan telah bermula di jajaran SBK,
dengan fasa pertama (Sungai Buloh – Semantan) dijangka
siap menjelang akhir tahun 2016, dan jajaran SBK yang
selebihnya menjelang Julai 2017.
Projek KVMRT dikenal pasti sebagai Projek Permulaan
(EPP) #4 dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)
bagi Greater KL/Lembah Klang (GKL/KV). Petunjuk Prestasi
Utama (KPI) ditetapkan dalam jawatankuasa Pemandu
Greater KL/Lembah Klang (GKLKV SC).

 PENJAJARAN SEMULA STESEN BANDAR KAJANG
Pemilik Projek Jajaran SBK KVMRT telah mencadangkan
kepada S.P.A.D. agar penjajaran dan lokasi stesen Bandar
Kajang dialihkan pada tahun 2011. YAB Perdana Menteri
telah memberikan kelulusan bersyarat kepada Skim
Kereta Api Tambahan yang memperincikan penjajaran
semula stesen Bandar Kajang. Kelulusan bersyarat ini
mengkehendaki paparan umum penjajaran semula diadakan,
yang seterusnya dilaksanakan antara 3 Oktober 2011 hingga
2 Januari 2012. YAB Perdana Menteri telah meluluskan Skim
Kereta Api Tambahan Akhir bagi penjajaran semula stesen
Bandar Kajang pada 21 Februari 2012.

PEMINDAHAN PEMILIKAN
Pemilikan Projek SBK KVMRT telah dipindahkan kepada
Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp)
daripada Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana)
pada 14 Mac 2012 susulan kelulusan oleh YAB Perdana
Menteri. Berikutan pemindahan pemilikan, MRT Corp telah
mengambil alih pemilikan, hak dan obligasi berhubung
pelaksanaan Jajaran SBK KVMRT.
Mandat S.P.A.D. adalah untuk memastikan pembangunan
landasan MRT mematuhi Akta Pengangkutan Awam
Darat 2010 dan semua skim dan peraturan kereta api
yang berkenaan. S.P.A.D. juga bertanggungjawab bagi
pembayaran berkaitan pengambilan tanah untuk Jajaran


SBK KVMRT.

sumber: www.spad.gov.my/ms/mengenai-spad/profil

AKHBAR KEMALANGAN JALAN RAYA






MENJELANG hujung tahun, seperti biasa jalan raya akan sesak dengan kenderaan yang keluar masuk dari seluruh negara untuk bercuti, tambahan pula kita masih lagi berada dalam musim cuti sekolah.
Dengan jumlah kenderaan yang semakin bertambah, hanya dengan sedikit kecuaian pemandu, maka kejadian dahsyat boleh berlaku tanpa diduga. Impaknya turut terkena kepada pengguna jalan raya yang lain mahupun mereka yang berada berdekatan dengan jalan raya.
Setiap hari sudah pasti ada berita nyawa yang melayang akibat kemalangan. Kadangkala ia bukan berpunca daripada pemandu itu sendiri, tetapi kerana kecuaian orang lain.
Hujan turut menyumbang kepada kadar kenaikan bilangan kemalangan. Kesedaran terhadap masalah ini harus dititikberatkan oleh semua pihak kerana segalanya boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja.
Selain itu, kita juga perlu memastikan kenderaan kita berada dalam keadaan yang baik bagi mengelakkan masalah lain ketika berada di jalan raya.
Baru-baru ini, ada kejadian yang membuktikan mereka yang berada di tepi jalan raya juga berisiko ditimpa kemalangan apabila ada kenderaan yang disondol dari belakang, lalu merempuh kedai yang kebetulan dibina di tepi jalan raya.
Sukar untuk diterima dek akal, tetapi segalanya boleh dielakkan jika semua pengguna mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan. Jangan kerana sikap mementingkan diri sendiri, orang lain terpaksa menanggung padah.
Pihak yang bertanggungjawab juga perlu memainkan peranan penting bagi memastikan jalan raya berada dalam keadaan baik, papan tanda tidak terlindung oleh pokok dan lampu isyarat berfungsi setiap masa.
Sedih membaca akhbar tempatan baru-baru ini mengenai kanak-kanak menjadi mangsa kecelakaan jalan raya. Tolong sedar bahawa nyawa tidak boleh dicari ganti. Jadi, sila memandu secara berhemah dan berhati-hati.
Tidak perlu berbangga jika negara kita mencapai taraf negara maju tetapi memegang rekod sebagai antara negara yang mempunyai kadar kemalangan tertinggi di dunia.
MOHD. ALIF ALIAS

SUMBER: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131214/ke_02/Kemalangan-jalan-raya-menjadi-jadi#ixzz3dZHQ4mlY


© Utusan Melayu (M) Bhd

PERAK KOMITED TINGKATKAN PENGANGKUTAN AWAM




IPOH 8 Feb. - Pembinaan Kompleks Terminal Bas Bersepadu Bandaraya Ipoh di Bandar Meru Raya di sini, merupakan usaha berterusan kerajaan negeri dalam menyediakan sistem pengangkutan awam terbaik kepada rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kompleks bernilai RM38 juta itu akan berperanan sebagai pusat hentian bas antara negeri dan bandar yang lebih selesa apabila siap dalam tempoh dua tahun kelak.

"Usaha ini selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Rzak menerusi Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang mahu sistem pengangkutan awam dinaik taraf," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas merasmikan pelancaran permulaan kerja pembinaan Kompleks Terminal Bas Bersepadu Bandaraya Ipoh di sini, hari ini.

Pusat berkenaan akan turut berperanan sebagai pusat perdagangan dan perniagaan bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri.

Turut hadir Pengarah Urusan The Combined Bus Services, Cheong Kong Fitt dan Ketua Eksekutif The Combined Bus Services, Datuk Hiew Yew Chan.

Zambry berkata, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) juga sedang dalam proses perbincangan dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi membina sebuah lagi pusat pengangkutan awam bersepadu di tengah bandar raya Ipoh.

Jelas beliau, projek yang dinamakan Ipoh Sentral itu akan menghubungkan semua pengangkutan awam di bandar raya ini iaitu kereta api, bas dan teksi.

Katanya, pembinaan kemudahan itu akan melengkapkan jaringan pengangkutan awam di Perak sekali gus menjadikannya lebih cekap dan menarik lebih ramai pengguna.

Mengenai sistem pengangkutan awam yang lemah di daerah-daerah, beliau berkata, masalah tersebut perlu diselesaikan segera demi kepentingan rakyat.

Justeru, katanya, kerajaan negeri telah memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam di seluruh negeri yang telah uzur dan menjadi rungutan rakyat.

"Sistem pengangkutan awam di setiap daerah perlu diperbaiki dan dinaik taraf, kita tidak mahu hanya tumpu usaha di Ipoh sahaja.

"Boleh dikatakan semua sistem pengangkutan awam di peringkat daerah perlu diberi perhatian serius kalau tidak usaha menyediakan perkhidmatan terbaik tidak akan tercapai," katanya.

Beliau menambah, kerajaan negeri juga bersedia untuk menyediakan subsidi kepada operator bas awam kerana menyedari perniagaan itu tidak akan mendatangkan keuntungan kepada mereka.

"Kita perlu sedar jumlah penumpang tidak ramai dan operator akan mengalami kerugian, jadi kita akan beri subsidi demi kepentingan rakyat luar bandar," katanya lagi.



 Sumber: penggunahebat.blogspot.com




KEMUDAHAN PENGANGKUTAN DI KELANTAN SEMAKIN MAJU





sekarang sedang ber-usaha agar Perhubungan melalui laut dapat diadakan.  Peran-cangan ini termasuklah mengadakan pelabuhan di Tumpat dan di Pantai Senok, Bachok.
Pelabuhan Tumpat dicadangkan terutamanya bagi me-lengkapkan sistem pengang-kutan untuk hasil simen, mar-mar dan granite yang diusaha-kan di Gua Musang dan Jeli de-ngan menghubungkan jalan ra-ya serta landasan keretapi yang sedia ada. Manakala pelabuhan di Pantai Senok dijadikan seba-gai pangkalan bagi perusahaan gas, minyak dan petrokimia.
Di Kuala Kerai pula, sebuah pelabuhan darat sedang dibina.  Dengan pembinaan ini sekaligus bandar baru Kuala Kerai bangunkan.
Kerajaan Kelantan juga ber-usaha agar lapangan terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa dibesarkan lagi bagi membolehkannya menjadi lapangan terbang antara-bangsa.
Hasrat Menteri Besar Kelan-tan, YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, adalah lapangan terbang itu menjadi pusat bagi pengang-kutan udara rantau Asia Teng-gara, terutamanya sekitar Teluk Siam. Bagaimanapun, usaha ini tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Pusat yang seme-mangnya pernah membuat ran-cangan membesarkan lapangan terbang ini sebelum tahun 1990.  Malah, tanah daripada rakyat telah diambil oleh kerajaan untuk tujuan tersebut.
Kelantan mempunyai jalan-jalan raya yang baik.  Jalan-jalan raya di dalam negeri ini yang terletak di bawah seleng-garaan Kerajaan Negeri sentia-sa dijaga dengan baik.  Pembi-naan jalan baru bagi menghu-bungkan kawasan-kawasan penempatan, pertanian dan perusahaan sentiasa dilaksana.
Beberapa jambatan yang dulunya diperbuat daripada kayu dan berkeadaan sempit kini dibina semula oleh Kerajaan Negeri dengan jam-batan baru daripada besi dan konkrit.
Rancangan juga dibuat untuk mengadakan sebuah pangkalan bas baru bagi Kota Bharu.  Perjanjian persefaham-an bagi pembinaannya telah pun ditandatangani.  Kompleks pangkalan bas yang serba moden ini ditempatkan di Ku-bang Kerian bagi mengganti-kan pangkalan yang ada sekarang di pusat bandar.
Rancangan pengangkutan awam di Kota Bharu di sepadu-kan dengan usaha menjadikan Kota Bharu terkawal daripada bahaya pencemaran udara. An-tara usaha ini adalah mengada-kan peraturan menggunakan gas bagi kenderaan awam yang bergerak di dalam bandar.
Antara butir perhubungan Kelantan dengan negeri-negeri lain dari segi pengangkutan adalah seperti yang berikut:
Melalui darat terdapat jalanraya Kota Bharu - Kuantan - Kuala Lumpur sepanjang 658 kilometer dengan masa perjalanan selama sembilan jam; Kota Bharu-Gua Musang- Kuala Lipis - Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur sepanjang 474 kilometer dengan masa perjalanan selama enam jam.
Jalan Kota Bharu-Pulau Pinang (386 kilometer/ enam jam perjalanan), Kota Bharu-Johor Bharu (855 kilometer/11 jam perjalanan).
Pengangkutan awam dari Kota Bharu kesemua destinasi adalah bas ekspress, teksi, keretapi dan kapalterbang.
Sekarang ini lapangan terbang di Pengkalan Chepa boleh dianggap sibuk.  Awal April lalu syarikat penerbangan Air Asia menambahkan kesibukan lapangan terbang ini dengan membuat penerbangan
Penerbangan dengan kapal-terbang MAS: Kota Bharu-Kuala Lumpur sebanyak tujuh penerbangan sehari, Kota Bha-ru-Alor Setar-Penang (satu pe-nerbangan sehari), Kota Bharu-Johor Bharu (satu penerbangan sehari), Kota Bharu-Kuantan (satu penerbangan sehari) dan Kota Bharu-Kuala Terengganu (satu penerbangan sehari).
Jalan keretapi Tumpat - KL sejauh 688 kilometer, Tumpat-Johor Bharu (708 kilometer), Tumpat-Gemas (655 kilzo-meter) dan Tumpat-Butterworth (1,076 kilometi laut dapat diadakan.  Peran-cangan ini termasuklah meng-adakan pelabuhan di Tumpat dan di Pantai Senok, Bachok.
Pelabuhan Tumpat dica-dangkan terutamanya bagi me-lengkapkan sistem pengang-kutan untuk hasil simen, mar-mar dan granite yang diusaha-kan di Gua Musang dan Jeli de-ngan menghubungkan jalan ra-ya serta landasan keretapi yang sedia ada. Manakala pelabuhan di Pantai Senok dijadikan seba-gai pangkalan bagi perusahaan gas, minyak dan petrokimia.
Di Kuala Kerai pula, sebuah pelabuhan darat sedang dibina.  Dengan pembinaan ini sekaligus bandar baru Kuala Kerai bangunkan.
Kerajaan Kelantan juga ber-usaha agar lapangan terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa dibesarkan lagi bagi membolehkannya menjadi lapangan terbang antara-bangsa.
Hasrat Menteri Besar Kelan-tan, YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, adalah lapangan terbang itu menjadi pusat bagi pengang-kutan udara rantau Asia Teng-gara, terutamanya sekitar Teluk Siam. Bagaimanapun, usaha ini tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Pusat yang seme-mangnya pernah membuat ran-cangan membesarkan lapangan terbang ini sebelum tahun 1990.  Malah, tanah daripada rakyat telah diambil oleh kerajaan untuk tujuan tersebut.
Kelantan mempunyai jalan-jalan raya yang baik.  Jalan-jalan raya di dalam negeri ini yang terletak di bawah seleng-garaan Kerajaan Negeri sentia-sa dijaga dengan baik.  Pembi-naan jalan baru bagi menghu-bungkan kawasan-kawasan penempatan, pertanian dan perusahaan sentiasa dilaksana.
Beberapa jambatan yang dulunya diperbuat daripada kayu dan berkeadaan sempit kini dibina semula oleh Kerajaan Negeri dengan jam-batan baru daripada besi dan konkrit.
Rancangan juga dibuat untuk mengadakan sebuah pangkalan bas baru bagi Kota Bharu.  Perjanjian persefaham-an bagi pembinaannya telah pun ditandatangani.  Kompleks pangkalan bas yang serba moden ini ditempatkan di Ku-bang Kerian bagi mengganti-kan pangkalan yang ada sekarang di pusat bandar.
Rancangan pengangkutan awam di Kota Bharu di sepadu-kan dengan usaha menjadikan Kota Bharu terkawal daripada bahaya pencemaran udara. An-tara usaha ini adalah mengada-kan peraturan menggunakan gas bagi kenderaan awam yang bergerak di dalam bandar.
Antara butir perhubungan Kelantan dengan negeri-negeri lain dari segi pengangkutan adalah seperti yang berikut:
Melalui darat terdapat jalanraya Kota Bharu - Kuantan - Kuala Lumpur sepanjang 658 kilometer dengan masa perjalanan selama sembilan jam; Kota Bharu-Gua Musang- Kuala Lipis - Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur sepanjang 474 kilometer dengan masa perjalanan selama enam jam.
Jalan Kota Bharu-Pulau Pinang (386 kilometer/ enam jam perjalanan), Kota Bharu-Johor Bharu (855 kilometer/11 jam perjalanan).
Pengangkutan awam dari Kota Bharu kesemua destinasi adalah bas ekspress, teksi, keretapi dan kapalterbang.
Sekarang ini lapangan terbang di Pengkalan Chepa boleh dianggap sibuk.  Awal April lalu syarikat penerbangan Air Asia menambahkan kesibukan lapangan terbang ini dengan membuat penerbangan
Penerbangan dengan kapal-terbang MAS: Kota Bharu-Kuala Lumpur sebanyak tujuh penerbangan sehari, Kota Bha-ru-Alor Setar-Penang (satu pe-nerbangan sehari), Kota Bharu-Johor Bharu (satu penerbangan sehari), Kota Bharu-Kuantan (satu penerbangan sehari) dan Kota Bharu-Kuala Terengganu (satu penerbangan sehari).
Jalan keretapi Tumpat - KL sejauh 688 kilometer, Tumpat-Johor Bharu (708 kilometer), Tumpat-Gemas (655 kilzo-meter) dan Tumpat-Butterworth (1,076 kilometSementara itu Kerajaan Kelantan .



 Sumber:penggunahebat.blogspot.com






SULTAN SELANGOR BERPUAS HATI DENGAN PENGANGKUTAN AWAM


KUALA LUMPUR 16 April – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpuas hati serta bertambah yakin dengan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang selepas berkenan mencemar duli menaiki transit aliran ringan (LRT) dan monorel hari ini.

Malah, Sultan Sharafuddin juga percaya bahawa sistem pengangkutan awam merupakan penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya di Lembah Klang yang menjadi kawasan termaju di Malaysia.

Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana), Tan Sri Ismail Adam berkata, baginda bertitah dan berpesan kepadanya supaya pengangkutan awam perlu diperbanyakkan lagi di Lembah Klang berikutan kecekapan sistem pengangkutan itu dalam menangani masalah kesesakan jalan raya.
Malah, kata Ismail, sistem pengangkutan rel seperti LRT dan monorel merupakan sistem pengangkutan yang sebahagian besarnya terletak di negeri Selangor.

“Sultan Sharafuddin sendiri meminta kepada kami untuk mencemar duli dengan merasa sendiri perjalanan pengangkutan awam seperti LRT dan monorel. Sultan Selangor mahu melihat sendiri perjalanan pengangkutan awam ini dan baginda berpuas hati serta bertambah yakin dengan sistem pengangkutan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mengiringi lawatan Sultan Sharafuddin menaiki LRT dan monorel di sini hari ini.

Sultan Sharafuddin menaiki LRT bermula pukul 11 pagi dari stesen Kelana Jaya sehingga ke stesen KL Sentral.

Baginda juga membayar sendiri tiket LRT dengan nilai RM2.90 bagi perjalanan integrasi di antara Stesen LRT Kelana Jaya sehingga Stesen Monorel Bukit Nenas.

Baginda dilihat berdiri di dalam LRT semata-mata untuk melihat pemandangan dan pembangunan di sekitar Selangor dan pusat bandar Kuala Lumpur.

Setibanya di stesen KL Sentral, baginda disambut oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar dan Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Dalam lawatan itu juga, baginda diiringi untuk mencuba pengangkutan awam monorel dari stesen KL Sentral sehingga ke stesen Bukit Nenas di sini.

Kehadiran Sultan Sharafuddin di tempat umum tersebut turut menarik perhatian para pengguna pengangkutan awam.

Lawatan baginda diakhiri dengan majlis santapan tengah hari di Hotel Concorde.


Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sultan-selangor-berpuas-hati-pengangkutan-awam-1.81785


HAK-HAK PENGGUNA


1. Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya

2. Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

3. Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

4. Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

5. Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

6. Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan’ serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

7. Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

8. Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

 sumber: pengangkutanawam2015.blogspot.com

BAS BANDAR DI TERENGGANU TONJOL CIRI-CIRI TRADISIONAL





Bas bandar yang mempunyai reka bentuk tradisional (gambar) menjadi satu keunikan di bandar Kuala Terengganu, Terengganu walaupun di sebahagian besar bandar di negeri-negeri lain lebih tertarik menggunakan pendekatan yang lebih canggih dan moden.

Walaupun kelihatan agak kurang moden namun penumpang di bandar berkenaan tetap bangga dengan kemudahan pengangkutan awam itu malah ia menjadi pengangkutan utama di negeri tersebut.

Bagi para pelancong, bas tradisional itu sangat menarik perhatian mereka dan menganggapnya sebagai sesuatu yang unik dan istimewa kerana ciri-ciri tradisional yang sukar didapati di tempat lain.

Keberanian syarikat yang mengusahakan perkhidmatan bas bandar seumpama ini dengan sokongan pihak kerajaan boleh menjadi contoh bahawa kecanggihan perkhidmatan tidak semestinya menjadi keutamaan penumpang sebaliknya daya kreativiti juga mampu memikat orang ramai.

Saya pernah mencuba menaiki bas ini untuk merasakan sendiri keadaan di dalamnya dan ia tetap menyeronokkan walaupun hanya menggunakan tempat duduk yang diperbuat daripada kayu.

Pelbagai bentuk ukiran yang terdapat di dalam bas menjadikannya lebih menarik seolah-olah kita berada di dalam sebuah rumah tradisional yang sedang bergerak.


 sumber: penggunahebat.blogspot.com

SPAD


Visi

Menerajui transformasi pengangkutan awam darat untuk menjadi mod pilihan rakyat

Misi

Memastikan bahawa sistem pengangkutan awam darat adalah selamat, boleh diharap, responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu, mampu dibayar and lestari bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi and kualiti hidup.

Fungsi SPAD
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah badan berkanun yang di tubuhkan di bawah akta Pengangkutan Awam Darat 2010.  SPAD ditubuhkan secara rasmi pada 3 Jun 2010.

Bagi memastikan SPAD dapat melaksanakan tugas dan objektif penubuhannya secara lebih efisyen dan efektif, SPAD telah diletakkan di bawah pengawasan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sendiri.

Fungsi utama SPAD adalah untuk merancang dan membuat polisi serta mengawalselia pengangkutan awam darat di negara ini seperti keretapi, bas dan teksi serta pengangkutan barang yang menggunakan jalan raya atau rel keretapi.

Suruhanjaya ini turut menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang sebagaimana yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan  Jalan.

SPAD memainkan peranan penting di dalam usaha membaik pulih perkhidmatan pengangkutan awam darat di Malaysia, yang mana usaha ini salah satu agenda utama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk pengangkutan awam bandar seperti yang digariskan di dalam Pelan Transformasi Kerajaan, yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Struktur organisasi SPAD

Kumpulan pengurusan.


PENGANGKUTAN BAS.


BAS TRANSIT LAJU (BRT)
BRT merupakan sebahagian daripada Rancangan
Transformasi Bas (BTP) negara yang menghendaki
peningkatan sistem bas henti-henti, khususnya berikutan
perubahan keperluan penumpang dan sistem pengangkutan
awam. Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara
Pengangkutan Awam Bandar (UPT NKRA), satu komponen
Program Transformasi Kerajaan (GTP), perjalanan bas akan
dimodenkan dan diluaskan untuk memperbaik kecekapan
dan kesalinghubungan.
BRT ialah projek utama di bawah pelan ini yang menghasilkan
koridor ekspres—juga dikenali sebagai koridor BRT—yang
memudahkan perjalanan bas di antara destinasi. Dua belas
koridor telah dikenal pasti bagi wilayah Greater KL/Lembah
Klang, dengan koridor BRT yang pertama, laluan Kuala
Lumpur – Klang, yang dilancarkan pada tahun 2012.
Sementara itu, S.P.A.D. terus mengendalikan Tinjauan
Kejuruteraan bagi laluan yang dicadangkan dan sedang
menjalankan kajian tentang laluan alternatif.

Dana Sokongan Sementara Bas Henti-hen (ISBSF)
Kerajaan telah melaksanakan Dana Sokongan Sementara
Bas Henti-henti (ISBSF) untuk memenuhi keperluan
UPT NKRA selepas YAB Perdana Menteri meluahkan
kebimbangan tentang impak terhadap rakyat yang terjejas
susulan kehilangan perkhidmatan bas disebabkan
pengendali membatalkan laluan yang tidak menjana
keuntungan. Inisiatif ini merupakan langkah sementara untuk
memenuhi kekurangan operasi harian bagi pengendali bas
henti-henti yang berkenaan, khususnya di laluan sosial.
Inisiatif ISBSF akan membantu memastikan bas-bas akan
terus menyediakan perkhidmatan di semua laluan, termasuk
di laluan yang tidak menguntungkan. Dana ini akan terus
menggalakkan pengendali bas untuk mengaktifkan
semua laluan yang dihentikan selain mempertingkat kualiti
perkhidmatan dengan menambah kekerapan perjalanan dan
memperbaik keadaan kenderaan secara am.
Dengan peruntukan sebanyak RM400 juta daripada
Kerajaan, S.P.A.D. mula mengagihkan dana pada 3 Januari
2012. Pengendali bas henti-henti yang layak menerima
bantuan ISBSF boleh membuat permohonan kepada
S.P.A.D. untuk mendapatkan dana. Sepanjang tahun 2012,
S.P.A.D. mengadakan 13 sesi taklimat bersama pengendali
bas di seluruh negara mengenai inisiatif ISBSF di samping
menggalakkan pengendali bas untuk memohon bantuan
pembiayaan.
Sejumlah 75 pengendali bas di Semenanjung Malaysia
dan 23 pengendali bas di Malaysia Timur




BAS BANDAR GO-KL – PERKHIDMATAN BAS PERCUMA
YANG PERTAMA DI MALAYSIA
Bas bandar GO-KL merupakan perkhidmatan bas percuma
yang beroperasi dalam lingkungan Daerah Perniagaan
Pusat (CBD) Kuala Lumpur. Hasil idea YAB Perdana Menteri,
GO-KL juga merupakan sebahagian Pelan Transformasi
Kerajaan untuk memperbaik pengangkutan awam dan
meningkatkan bilangan penumpang.
GO-KL dilancarkan pada 31 Ogos 2012 untuk membantu
memperbaik mobiliti di kawasan CBD dengan menyediakan
akses pengangkutan awam yang lebih mudah. Inisiatif
ini turut menyasarkan peningkatan pelancongan di pusat
bandar dengan menyediakan akses mudah ke tempattempat
menarik selain membantu meringankan kesesakan
lalu lintas, khususnya semasa waktu puncak, dengan
mengurangkan keperluan kepada kenderaan persendirian
di CBD. Pada masa ini, GO-KL mengendalikan dua laluan: Laluan
Hijau dan Laluan Ungu. Kedua-dua laluan ini telah dikenal
pasti sebagai kawasan tumpuan dengan kesalinghubungan
kepada mod pengangkutan lain untuk perjalanan yang lancar.
Laluan Hijau beroperasi dari KLCC ke Bukit Bintang (7.4km),
manakala Laluan Ungu beroperasi dari Hab Pasar Seni ke
Bukit Bintang (6.5km).
GO-KL menyediakan beberapa ciri perkhidmatan termasuk
perkhidmatan di setiap hentian pada setiap lima minit,
laluan bas khusus (untuk laluan tertentu) dan Wi-Fi percuma

untuk penumpang..

sumber:http://www.spad.gov.my/sites/default/files/s.p.a.d.laporantahunan2012.pdf

Thursday, 25 June 2015

AZAM SHAHRIL UNTUK TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AWAM





Kuala Lumpur, 24 Oktober 2011 -  Dilahirkan di Petaling Jaya dan membesar di Lembah Klang, Datuk Shahril Mokhtar amat faham tentang kemudahan sistem pengangkutan awam. Lebih tepat lagi, tentang ketidak-selesaan yang perlu ditanggung oleh para pengguna pengangkutan awam khususnya bas.

Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah St. John, Bukit Nanas, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat PRASARANA Negara Berhad (PRASARANA) itu – seperti juga ramai wargakota seperti beliau - cukup kagum dengan keberanian dan kecekapan para pemandu bas mini, yang menjadi pengangkutan wargakota pada tahun 1980an. Sesak dengan penumpang sehingga menjulur keluar pintu dan berleluasa dengan kes penyeluk saku dan penumpang lelaki biadap, yang sentiasa mengambil kesempatan ke atas penumpang wanita.

Kenderaan Bas Sri Jaya, yang menjadi pilihan Shahril ketika menuntut di Sekolah Menengah Lembah Keramat sehingga akhir 1989, juga tidak kurang dengan kes wanita kena raba dan penyeluk saku di samping kisah lapuk mengenai perkhidmatan kelas murah dengan para penumpang yang bersesak-sesak.

“Saya membesar di Lembah Klang dalam era bas mini dan bas Sri Jaya ini. Dan, saya rasa seluruh wargakota cukup faham dengan keadaan tidak selesa ketika itu. Kisah pemandu bas mini seperti berlumba di jalanraya; bas Sri Jaya yang tidak kering dengan rungutan. Jika dibandingkan dengan sekarang, kita sudah maju berpuluh kali ganda. Tetapi, jika anda tanya saya, masih terlalu banyak ruang yang boleh dibaiki.

“Sasaran saya adalah untuk menjadikan sistem pengangkutan awam negara ini berkelas dunia. Itulah juga yang menjadi matlamat operasi PRASARANA sekarang – menyediakan sistem pengangkutan awam yang kita boleh banggakan,” kata Shahril, yang dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang bersempena Hari Keputeraan Sultan Pahang pada 24 Oktober.

Ditubuhkan pada 11 Ogos 1998, PRASARANA adalah syarikat milik penuh kerajaan yang diamanahkan Kerajaan untuk meningkatkan lagi standard sistem pengangkutan awam negara. Bersama-sama dengan anak-anak syarikatnya, PRASARANA juga dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan perkhidmatan-perkhidmatan awam utama di Lembah Klang.

Selepas mengambil alih operasi LRT PUTRA dan STAR pada 30 Ogos 2002, PRASARANA mengambil alih aset syarikat bas Cityliner pada bulan April 2004 sebelum meluaskan operasinya kepada KL Monorail pada Disember 2007. Turut menjadi sebahagian daripada operasi PRASARANA sekarang adalah perkhidmatan kereta kabel Langkawi, yang kini bergelar Panorama Langkawi, dan perkhidmatan bas awam Pulau Pinang di bawah nama RapidPenang.

“PRASARANA juga akan turut bertanggungjawab untuk operasi MRT (My Rapid Transit). Projek itu bermula dengan kami; tetapi urusan pembinaannya kini dipertanggungjawabkan kepada syarikat MRT Co. Selepas siap nanti, ia akan diserahkan semula kepada PRASARANA dan di bawah perancangan, operasi MRT kami akan bermula pada 2017.

“Jadi, secara keseluruhan, kami di PRASARANA memegang amanah kerajaan yang cukup besar untuk mentransformasi sistem pengangkutan awam negara dengan Lembah Klang menjadi nadi kepada transformasi ini,” kata Shahril, yang dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan pada bulan Oktober tahun lepas.

Melangkah ke PRASARANA daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di mana beliau menjadi Ketua Pegawai Operasi, Shahril secara jujur mengaku bahawa sistem pengangkutan yang ada sekarang belum mencapai tahap yang memuaskan hati orang awam.

“Perkara ini diakui sendiri oleh Kerajaan; malahan YAB Perdana Menteri sendiri. Walaupun sudah meningkat; tetapi belum sampai ke tahap yang memuaskan hati orang awam. Kita sendiri boleh baca rungutan para pengguna hampir setiap hari dalam suratkhabar, dalam Twitter dan dalam Facebook.

“Tetapi, kita mahu mengubah perkara ini dan saya lihat kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Najib begitu komited terhadap perkara ini. Ini dipancarkan melalui penubuhan SPAD itu sendiri. Ia juga terpancar dalam Pelan Transformasi Kerajaan, yang meletakkan trans formasi pengangkutan awam sebagai salah satu daripada enam bidang dalam NKRA,” kata graduan Universiti Missouri, Amerika Syarikat dalam jurusan Psikologi Industri dan Organisasi.

“Secara peribadi, saya secara jujur mengatakan bahawa saya tidak pernah melihat seorang Perdana Menteri yang begitu serius dalam mempertingkatkan pengangkutan awam,” kata Shahril, yang mengakui bahawa perjalanan dalam mentransformasi pengangkutan awam negara masih jauh.

“Sekarang ini, keberkesanan sistem pengangkutan awam dalam menyokong keperluan pengangkutan sekarang hanyalah 14 peratus. Kita masih jauh dalam mencapai sasaran 25 peratus yang ditetapkan pada akhir tahun depan. Kerana itu, kita perlu bergerak pantas

“Tetapi, kami di PRASARANA akan menyahut cabaran ini. Bagaimanapun, kita perlu menerima hakikat bahawa transformasi ini tidak akan mengambil masa minggu ataupun bulan. Sebaliknya, ia memerlukan tahun dan ia memerlukan komitmen dan dedikasi,” tegas Shahril, yang merupakan antara tokoh yang bertanggungjawab untuk penubuhan SPAD.

Ketika berkhidmat sebagai Pengurus Besar Strategi dan Perancangan Korporat RapidKL, Shahril dipinjamkan kepada interim SPAD antara bulan Disember 2009 dan April 2010 bagi membantu Kerajaan dalam penubuhan suruhanjaya berkenaan, yang bertanggungjawab dalam merancang, menyelia dan menguatkuasa semua hal yang berkaitan pengangkutan awam.

Sebelum itu, beliau juga pernah dipinjamkan ke Kementerian Pengangkutan pada tahun 2009 untuk menjadi Timbalan Ketua dalam Makmal Pengangkutan Awam Bandar (UPT) di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi membantu Kerajaan membangunkan inisiatif-inisiatif utama pengangkutan awam Bandar.

Dalam memikat orang ramai untuk mengubah sikap dan  menggunakan pengangkutan awam,  PRASARANA telah melaksanakan pelbagai program peningkatan kualiti perkhidmatan seperti  memperkenalkan perkhidmatan Bas Expressway Transit (BET) dan Fleet Tracking System (FTS) di samping menaik-taraf hab bas dan laluan baru serta meningkatkan frekuensi serta pembelian bas-bas baru.

“Di samping membeli bas-bas baru dengan kemudahan akses universal, kami turut menaik-taraf sebilangan bas-bas sekarang untuk mesra OKU,” kata Shahril, yang turut memiliki ijazah Sarjana dalam Pengurusan dari Universiti Malaya.

 Untuk perkhidmatan LRT, kami telah meningkatkan kekerapan tren sekali gus mengurangkan waktu menunggu sehingga kurang daripada 2 minit. Kami juga membeli tren-tren baru empat gerabak untuk laluan Kelana Jaya dan kini dalam proses menambah bilangan tren enam gerabak untuk laluan LRT Ampang.

“Kami juga menambah kemudahan-kemudahan di stesen di samping menaik-taraf semua stesen-stesen laluan Ampang untuk menyediakan kemudahan akses universal. Untuk para pengguna RapidKL Monorail, kami juga dalam proses meningkatkan standard perkhidmatan kami dengan program pembesaran stesen, penambahan fleet dan penyambungan laluan monorel sekarang.

“Keseluruhan rangkaian rel – LRT Kelana Jaya, LRT Ampang dan RapidKL Monorail akan turut melalui proses bersepadu bersama-sama dengan rangkaian bas RapidKL dan sistem MRT yang akan mula beroperasi pada 2017,” tambah Shahril, yang turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah MRT Co,. atau My Rapid Transit Corporation Sdn Bhd.

Shahril menambah “Projek MRT menjadi sandaran utama dan tulang belakang kepada proses transformasi pengangkutan awam. Dengan sokongan daripada projek MRT ini, kami berharap untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan awam kepada 25 peratus.

“Dengan MRT, kita akan mempunyai lima laluan rel. MRT bukan sekadar menjadi agen transformasi kepada pengangkutan awam; tetapi juga pemangkin ekonomi. MRT akan menghasilkan mobiliti dan meningkatkan produkiviti dan ini akan menjadi kunci kepada kejayaan Malaysia merealisasikan impian menjadi negara maju menjelang 2020,” kata Shahril, yang juga Naib Presiden Jawatankuasa Eksekutif International Association of Public Transport Divisyen Asia Pasifik.

Di kalangan wargakerja PRASARANA, Shahril turut mempelopori program-program pembaharuan melalui Go Forward Plan (GFP), yang merupakan pelan dan strategi syarikat dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan, penyampaian projek dan kedudukan kewangan syarikat secara keseluruhan.

“Secara ringkas, GFP adalah program transformasi dalaman PRASARANA dan kami harap ia akan menjadi platform dalam misi besar kami merubah pengangkutan awam negara ke status negara maju dan kebanggaan semua rakyat Malaysia. Itu harapan