Kuala Lumpur, 24 Oktober 2011 - Dilahirkan di Petaling Jaya dan membesar di
Lembah Klang, Datuk Shahril Mokhtar amat faham tentang kemudahan sistem
pengangkutan awam. Lebih tepat lagi, tentang ketidak-selesaan yang perlu
ditanggung oleh para pengguna pengangkutan awam khususnya bas.
Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah St. John, Bukit
Nanas, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat PRASARANA Negara Berhad (PRASARANA)
itu – seperti juga ramai wargakota seperti beliau - cukup kagum dengan
keberanian dan kecekapan para pemandu bas mini, yang menjadi pengangkutan
wargakota pada tahun 1980an. Sesak dengan penumpang sehingga menjulur keluar
pintu dan berleluasa dengan kes penyeluk saku dan penumpang lelaki biadap, yang
sentiasa mengambil kesempatan ke atas penumpang wanita.
Kenderaan Bas Sri Jaya, yang menjadi pilihan Shahril ketika
menuntut di Sekolah Menengah Lembah Keramat sehingga akhir 1989, juga tidak
kurang dengan kes wanita kena raba dan penyeluk saku di samping kisah lapuk
mengenai perkhidmatan kelas murah dengan para penumpang yang bersesak-sesak.
“Saya membesar di Lembah Klang dalam era bas mini dan bas
Sri Jaya ini. Dan, saya rasa seluruh wargakota cukup faham dengan keadaan tidak
selesa ketika itu. Kisah pemandu bas mini seperti berlumba di jalanraya; bas
Sri Jaya yang tidak kering dengan rungutan. Jika dibandingkan dengan sekarang,
kita sudah maju berpuluh kali ganda. Tetapi, jika anda tanya saya, masih
terlalu banyak ruang yang boleh dibaiki.
“Sasaran saya adalah untuk menjadikan sistem pengangkutan
awam negara ini berkelas dunia. Itulah juga yang menjadi matlamat operasi
PRASARANA sekarang – menyediakan sistem pengangkutan awam yang kita boleh
banggakan,” kata Shahril, yang dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang
bersempena Hari Keputeraan Sultan Pahang pada 24 Oktober.
Ditubuhkan pada 11 Ogos 1998, PRASARANA adalah syarikat
milik penuh kerajaan yang diamanahkan Kerajaan untuk meningkatkan lagi standard
sistem pengangkutan awam negara. Bersama-sama dengan anak-anak syarikatnya,
PRASARANA juga dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan perkhidmatan-perkhidmatan
awam utama di Lembah Klang.
Selepas mengambil alih operasi LRT PUTRA dan STAR pada 30
Ogos 2002, PRASARANA mengambil alih aset syarikat bas Cityliner pada bulan
April 2004 sebelum meluaskan operasinya kepada KL Monorail pada Disember 2007.
Turut menjadi sebahagian daripada operasi PRASARANA sekarang adalah
perkhidmatan kereta kabel Langkawi, yang kini bergelar Panorama Langkawi, dan
perkhidmatan bas awam Pulau Pinang di bawah nama RapidPenang.
“PRASARANA juga akan turut bertanggungjawab untuk operasi
MRT (My Rapid Transit). Projek itu bermula dengan kami; tetapi urusan
pembinaannya kini dipertanggungjawabkan kepada syarikat MRT Co. Selepas siap
nanti, ia akan diserahkan semula kepada PRASARANA dan di bawah perancangan,
operasi MRT kami akan bermula pada 2017.
“Jadi, secara keseluruhan, kami di PRASARANA memegang amanah
kerajaan yang cukup besar untuk mentransformasi sistem pengangkutan awam negara
dengan Lembah Klang menjadi nadi kepada transformasi ini,” kata Shahril, yang
dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan pada bulan Oktober tahun lepas.
Melangkah ke PRASARANA daripada Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat (SPAD) di mana beliau menjadi Ketua Pegawai Operasi, Shahril secara
jujur mengaku bahawa sistem pengangkutan yang ada sekarang belum mencapai tahap
yang memuaskan hati orang awam.
“Perkara ini diakui sendiri oleh Kerajaan; malahan YAB
Perdana Menteri sendiri. Walaupun sudah meningkat; tetapi belum sampai ke tahap
yang memuaskan hati orang awam. Kita sendiri boleh baca rungutan para pengguna
hampir setiap hari dalam suratkhabar, dalam Twitter dan dalam Facebook.
“Tetapi, kita mahu mengubah perkara ini dan saya lihat
kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Najib begitu komited terhadap perkara ini. Ini
dipancarkan melalui penubuhan SPAD itu sendiri. Ia juga terpancar dalam Pelan
Transformasi Kerajaan, yang meletakkan trans formasi pengangkutan awam sebagai
salah satu daripada enam bidang dalam NKRA,” kata graduan Universiti Missouri,
Amerika Syarikat dalam jurusan Psikologi Industri dan Organisasi.
“Secara peribadi, saya secara jujur mengatakan bahawa saya
tidak pernah melihat seorang Perdana Menteri yang begitu serius dalam
mempertingkatkan pengangkutan awam,” kata Shahril, yang mengakui bahawa
perjalanan dalam mentransformasi pengangkutan awam negara masih jauh.
“Sekarang ini, keberkesanan sistem pengangkutan awam dalam
menyokong keperluan pengangkutan sekarang hanyalah 14 peratus. Kita masih jauh
dalam mencapai sasaran 25 peratus yang ditetapkan pada akhir tahun depan.
Kerana itu, kita perlu bergerak pantas
“Tetapi, kami di PRASARANA akan menyahut cabaran ini.
Bagaimanapun, kita perlu menerima hakikat bahawa transformasi ini tidak akan
mengambil masa minggu ataupun bulan. Sebaliknya, ia memerlukan tahun dan ia
memerlukan komitmen dan dedikasi,” tegas Shahril, yang merupakan antara tokoh
yang bertanggungjawab untuk penubuhan SPAD.
Ketika berkhidmat sebagai Pengurus Besar Strategi dan
Perancangan Korporat RapidKL, Shahril dipinjamkan kepada interim SPAD antara
bulan Disember 2009 dan April 2010 bagi membantu Kerajaan dalam penubuhan suruhanjaya
berkenaan, yang bertanggungjawab dalam merancang, menyelia dan menguatkuasa
semua hal yang berkaitan pengangkutan awam.
Sebelum itu, beliau juga pernah dipinjamkan ke Kementerian
Pengangkutan pada tahun 2009 untuk menjadi Timbalan Ketua dalam Makmal
Pengangkutan Awam Bandar (UPT) di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
bagi membantu Kerajaan membangunkan inisiatif-inisiatif utama pengangkutan awam
Bandar.
Dalam memikat orang ramai untuk mengubah sikap dan menggunakan pengangkutan awam, PRASARANA telah melaksanakan pelbagai program
peningkatan kualiti perkhidmatan seperti
memperkenalkan perkhidmatan Bas Expressway Transit (BET) dan Fleet
Tracking System (FTS) di samping menaik-taraf hab bas dan laluan baru serta
meningkatkan frekuensi serta pembelian bas-bas baru.
“Di samping membeli bas-bas baru dengan kemudahan akses
universal, kami turut menaik-taraf sebilangan bas-bas sekarang untuk mesra
OKU,” kata Shahril, yang turut memiliki ijazah Sarjana dalam Pengurusan dari
Universiti Malaya.
Untuk perkhidmatan
LRT, kami telah meningkatkan kekerapan tren sekali gus mengurangkan waktu
menunggu sehingga kurang daripada 2 minit. Kami juga membeli tren-tren baru
empat gerabak untuk laluan Kelana Jaya dan kini dalam proses menambah bilangan
tren enam gerabak untuk laluan LRT Ampang.
“Kami juga menambah kemudahan-kemudahan di stesen di samping
menaik-taraf semua stesen-stesen laluan Ampang untuk menyediakan kemudahan
akses universal. Untuk para pengguna RapidKL Monorail, kami juga dalam proses meningkatkan
standard perkhidmatan kami dengan program pembesaran stesen, penambahan fleet
dan penyambungan laluan monorel sekarang.
“Keseluruhan rangkaian rel – LRT Kelana Jaya, LRT Ampang dan
RapidKL Monorail akan turut melalui proses bersepadu bersama-sama dengan
rangkaian bas RapidKL dan sistem MRT yang akan mula beroperasi pada 2017,”
tambah Shahril, yang turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah MRT Co,. atau
My Rapid Transit Corporation Sdn Bhd.
Shahril menambah “Projek MRT menjadi sandaran utama dan
tulang belakang kepada proses transformasi pengangkutan awam. Dengan sokongan
daripada projek MRT ini, kami berharap untuk meningkatkan penggunaan
perkhidmatan awam kepada 25 peratus.
“Dengan MRT, kita akan mempunyai lima laluan rel. MRT bukan
sekadar menjadi agen transformasi kepada pengangkutan awam; tetapi juga
pemangkin ekonomi. MRT akan menghasilkan mobiliti dan meningkatkan produkiviti
dan ini akan menjadi kunci kepada kejayaan Malaysia merealisasikan impian
menjadi negara maju menjelang 2020,” kata Shahril, yang juga Naib Presiden
Jawatankuasa Eksekutif International Association of Public Transport Divisyen
Asia Pasifik.
Di kalangan wargakerja PRASARANA, Shahril turut mempelopori
program-program pembaharuan melalui Go Forward Plan (GFP), yang merupakan pelan
dan strategi syarikat dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan, penyampaian
projek dan kedudukan kewangan syarikat secara keseluruhan.
“Secara ringkas, GFP adalah program transformasi dalaman
PRASARANA dan kami harap ia akan menjadi platform dalam misi besar kami merubah
pengangkutan awam negara ke status negara maju dan kebanggaan semua rakyat
Malaysia. Itu harapan
nama saya Redzuan Sarina Binti dari PULAU PINANG,
ReplyDeleteMALAYSIA. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu Rossa kerana membantu saya mendapatkan pinjaman. selama tiga bulan, saya telah mencari pinjaman untuk melunaskan hutang, setiap orang yang saya temui ditipu dan mengambil wang saya sehingga akhirnya saya melihat kisah Cik Masitah Ayob dan alamat laman web syarikat yang dikongsinya. Syarikat itu kemudian memberi saya pinjaman sebanyak RM470,000 yang saya mohon. syarikat juga dapat membantu anda. kerana syarikat itu juga telah menolong beberapa rakan saya yang lain. Sekiranya anda memerlukan bantuan kewangan, sila hubungi syarikat ROSSA FINANCE melalui e-mel: Rossastanleyloancompany@gmail.com
Whats-app Syarikat Mother Rossa: +1 (914) 529-5708.
Syarikat itu tidak tahu bahawa saya melakukan ini dengan menyebarkan niat baik syarikat kepada saya, tetapi saya merasakan saya harus berkongsi perkara ini dengan anda semua untuk membebaskan diri daripada penipu, berhati-hati dengan peniru dan hubungi syarikat pinjaman yang betul. Di bawah ini adalah kata-kata semangat bagi mereka yang mencari pemberi pinjaman swasta yang jujur dan jujur.
"jika anda memerlukan pinjaman untuk membayar kredit dan hutang? Adakah anda memerlukan kewangan untuk menubuhkan perniagaan anda sendiri? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk menjalankan projek besar? Adakah anda memerlukan pinjaman kuliah? Adakah anda memerlukan dana untuk pelbagai tujuan lain?" ? Inilah e-mel saya untuk sebarang pertanyaan mengenai ibu rossa,
e-mel saya: redzuansarinabinti2020@gmail.com
E-mel ibu rossa: Rossastanleyloancompany@gmail.com
nombor telefon bimbit +601616345654
Terima kasih kerana membaca dan selamat maju jaya
Saya Suryanto dari Indonesia di Kota Palu, saya mencurahkan waktu saya di sini karena janji yang saya berikan kepada LADY ESTHER PATRICK yang kebetulan adalah Tuhan yang mengirim pemberi pinjaman online dan saya berdoa kepada TUHAN untuk dapat melihat posisi saya hari ini.
ReplyDeleteBeberapa bulan yang lalu saya melihat komentar yang diposting oleh seorang wanita bernama Nurul Yudianto dan bagaimana dia telah scammed meminta pinjaman online, menurut dia sebelum ALLAH mengarahkannya ke tangan Mrs. ESTHER PATRICK. (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)
Saya memutuskan untuk menghubungi NURUL YUDIANTO untuk memastikan apakah itu benar dan untuk membimbing saya tentang cara mendapatkan pinjaman dari LADY ESTHER PATRICK, dia mengatakan kepada saya untuk menghubungi Lady. Saya bersikeras bahwa dia harus memberi tahu saya proses dan kriteria yang dia katakan sangat mudah. dari Mrs. ESTHER, yang perlu saya lakukan adalah menghubunginya, mengisi formulir untuk mengirim pengembalian, mengirim saya scan kartu identitas saya, kemudian mendaftar dengan perusahaan setelah itu saya akan mendapatkan pinjaman saya. . Lalu saya bertanya kepadanya bagaimana Anda mendapatkan pinjaman Anda? Dia menjawab bahwa hanya itu yang dia lakukan, yang sangat mengejutkan.
Saya menghubungi Mrs ESTHER PATRICK dan saya mengikuti instruksi dengan hati-hati untuk saya, saya memenuhi persyaratan mereka dan pinjaman saya disetujui dengan sukses tetapi sebelum pinjaman dipindahkan ke akun saya, saya diminta membuat janji untuk membagikan kabar baik tentang Mrs. ESTHER PATRICK dan itulah mengapa Anda melihat posting ini hari ini untuk kejutan terbesar saya, saya menerima peringatan Rp350.000.000. jadi saya menyarankan semua orang yang mencari sumber tepercaya untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Mrs. ESTHER PATRICK melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) untuk mendapatkan pinjaman yang dijamin, Anda juga dapat menghubungi saya di Email saya: (suryantosuryanto524@gmail.com)