SEJARAH
Sungguhpun terdapat petanda ujian dengan pengangkutan awam
di Paris seawal 1662,[1][2][3] terdapat bukti "laluan bas" berjadual
dari "Market Street di Manchester sehingga ke Pendleton, Greater
Manchester di Bandar Salford UK yang dimulakan oleh John Greenwood pada tahun
1824.[4]
Satu lagi tuntuban bagi sistem pengangkutan awam pertama
bagi kegunaan umum kelihatannya berasal dari Nantes, Perancis pada tahun 1826.
Stanislas Baudry, seorang pegawai tentera bersara yang membina mandian umum
yang menggunakan haba buangan dari kilang tepungnya di pinggir bandar,
memulakan laluan pendek antara pusat bandar ke tempat mandiannya. Perkhidmatan
tersebut bermula dari Place du Commerce, di luar kedai topi milik M. Omnès,
yang memaparkan moto Omnès Omnibus (Latin bagi "semua benda bagi seua
orang" atau "semua untuk semua") pada dean kedainya. Apabila
Baudry mendapati bahawa para penumpang turut berminat untuk turun di antara
laluan sebagaimana untuk pergi ke tempat mandiannya, dia telah menukar tumpuan
laluannya. Voiture omnibus ("gerabak untuk semua") barunya
menggabungkan fungsi pedati hackney sewa dengan stagecoach yang melalui laluan
yang ditetapkan dari rumah tumpangan ke rumah tumpangan, membawa penumpang dan
surat. Omnibusnya memiliki ciri-ciri bangku kayu yang memanjang di sisi
kenderaan; pelanggan masuk dari belakang.
Pada tahun 1828, Baudry pergi ke Paris di mana dia
mengasaskan syarikat di bawah nama Entreprise générale des omnibus de Paris,
sementara anaknya Edmond Baudry mengasaskan dua syarikat yang sama di Bordeaux
dan di Lyons.[5] Surat akhbar London melaporkan bahawa pada 4 Julai 1829 bahawa
"kenderaan baru yang dikenali sebagai omnibus, memulakan perkhidmatan pagi
ini antara Paddington ke Bandar". Perkhidmatan bas ini dikendalukan oleh
George Shillibeer.
Perkhidmatan omnibus pertama di New York bermula pada tahun
1829, apabila Abraham Brower, seorang usahawan yang mengatur syarikat pemadam
api sukarelawan, mengasaskan laluan sepanjang Broadway bermula dari Bowling
Green. Bandar Amerika Syarikat yang lain turut menurut: Philadelphia pada tahun
1831, Boston pada tahun 1835 dan Baltimore pada tahun 1844. Dalam kebanyakan
kes, gabenor bandar membenarkan syarikat swasta—biasanya pemilik kandang yang
telahpun dalam perniagaan kereta kuda atau mengangkut barangan—fransis esklusif
bagi mengendali gerabak awam sepanjang laluan khusus. Sebagai balasan, syarikat
bersetuju mengekalkan tahap perkhidmatan minima yang tertentu.
Omnibus turut menambah jangkauan bandar yang muncul.
Perjalanan dari bekas kampong Paddington ke pusat perniagaan London di
"Bandar" sangat jauh, walaupun untuk pemuda yang berada dalam keadaan
sihat. Omnibus dengan itu menawarkan pinggir bandar capaian lebih mudah pada
pusat bandar. Omnibus menggalakkan perbandaran. Secara sosial, omnibus
meletakkan penduduk bandar, walaupun sekadar setengah jam, dalam keadaan yang
tidak pernah berlaku sebelumnya, hubungan fizikal yang rapat dengan orang
asing, bersesak lutut dengan lutut. Hanya mereka yang amat miskin terpinggir.
Pembahagian masyarakat bandar yang baru wujud, membahagikan antara mereka yang
memiliki kereta kuda yang yang tiada. Idea "perdagangan gerabak",
mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki mereka di jalan, yang mendapatkan
barangan dibawa dari kedai kepada mereka untuk dinilai, bermula dari kesesakan
omnibus.
BAS BERMOTOR[SUNTING | SUNTING SUMBER]
John D. Hertz mengasaskan "Yellow Coach Manufacturing
Company" pada tahun 1923 dan kemudiannya menjualkan kebanyakan kepentingan
syarikat tersebut pada General Motors pada tahun 1925.
Bermula dari 1920-an General Motors dan yang lain mula
membeli sistem kereta jalanan sepanjang Amerika Syarikat dengan tujuan
menggantikannya dengan bas dalam apa yang dikenali sebagai Skandal Kereta
Jalanan Amerika Syarikat Agung.[6] Ini diikuti dengan siri berterusan
peningkatan teknikal: tayar angin pada awal 1920-an, pembinaan badan monokoque
pada tahun 1931, penghantaran automatik pada tahun 1936, bus berenjin disel pada
tahun 1936, bas 50+ penumpang yang pertama diterima pada tahun 1948, dan bas
pertama dengan sistem gantungan angin pada tahun 1953.[7]
Penahanan Rosa Parks pada tahun 1955 kerana tidak memberikan
tempat duduknya kepada orang kulit putih di bas awam dianggap sebagai salah
satu kajadian pemangkin bagi Pergerakan Hak Aam Afrika-Amerika(1955–1968) di
Amerika Syarikat.
JENIS PERKHIDMATAN[SUNTING | SUNTING SUMBER]
PENGANGKUTAN BANDAR[SUNTING | SUNTING SUMBER]
Bas dua tingkat Arriva broperasi di jaringan Bas Landon.
Bas di Curitiba, Brazil
Bas bandar di Gómez Palacio, Durango, Mexico.
MODEL TAMBANG[SUNTING | SUNTING SUMBER]
Pemandu bas pengangkutan awam mungkin diperlukan membuat
kutipan tambang, memeriksa pas perjalanan atau pas perjalanan percuma, atau
menyelia pendebitan kad simpan nilai. Ini mungkin memerlukan pemasangan
peralatan pada bas. Lain juga, tugas dan peralatan ini mungkin diwakilkan pada
konduktor yang menaiki bas. Di kawasan lain, pas pengangkutan awam mungkin
beroperasi pada asas tambang sifar, atau pengesahan kad mungkin melalui
penggunaan sistem bukti pembayaran di atas/ di bawah, diperiksa oleh pengawal
tiket perayau yang menaiki dan turun bas secara rawak.
Dalam sesetengah sistem saingan, an incumbent operator may
introduce a “low cost unit” paying lower wages, in order to be able to offer
lower fares, using older buses cascaded from a main fleet to also reduce costs.
In some sectors, operators such as Megabus (both in the UK and in North
America) have attempted to emulate the low cost airlines model in order to attract
passengers through low fares, by offering no frills bus services.
PERATURAN[SUNTING | SUNTING SUMBER]
Dalam kesemua kes di dunia membangun, perkhidmatan bas
pengangkutan awam biasanya tertakluk kepada bentuk kawalan perundangan dari
segi tahap keselamatan kenderaan dan kaedah operasi, dan biasanya tahap tambang
yang dikenakan dan laluan beroperasi.
Perkhimatan bas awam di sesetengah negara juga semakin
dibuat mudah diguna, sering kali akibat peraturan dan cadangan yang diberikan
dalam perundangan diskriminasi kurang upaya. Ini memberikan pengenalan
perkhidmatan bas mudah lentur, dan pengenalan bas lantai rendah dengan
ciri-ciri ditujukan bagi membantu pelanggan orang tua, cacat atau kurang upaya.
.
No comments:
Post a Comment