Rumusan faktor pengangkutan awam semakin tidak popular
Peraturan Pemarkahan
Soalan 1 : Rumusan
Pengenalan
Petikan membincangkan masalah kekurangan penumpang yang
dihadapi oleh sektor pengangkutan awam.
Petikan membincangkan pelbagai alasan yang diberi oleh orang
ramai yang enggan menggunakan pengangkutan awam.
Petikan membincangkan kesulitan yang dihadapi oleh pengguna
pengangkutan awam di Malaysia.
Petikan membincangkan pandangan negatif orang ramai terhadap
kualiti perkhidmatan pengangkutan awam.
Isi tersurat (punca pengangkutan awam semakin tidak popular)
1. Masa perjalanan pengangkutan awam tidak tetap/ menentu.
2. Pengangkutan awam dianggap sesuai untuk golongan kurang
mampu sahaja/ orang ramai memandang remeh perkhidmatannya.
3. Pengangkutan awam dikatakan tidak cekap.
4. Perkhidmatannya tidak mampu memenuhi keperluan pengguna.
5. Mutu pengangkutan awam di Malaysia ketinggalan
(berbanding dengan di negara lain).
6. Teksi dan pelbagai jenis bas awam sudah uzur / tidak
layak digunakan lagi/ berusia lebih daripada 10 tahun.
7. Orang ramai sukar mendapatkan perkhidmatannya pada waktu
puncak.
Isi tersirat (kewajaran orang ramai mengutamakan
perkhidmatannya)
Kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan/ masalah tempat
kereta yang terhad dapat diatasi. Perbelanjaan untuk tujuan pengangkutan dapat
dijimatkan/ Kos pengangkutan pengguna dapat dijimatkan.
Pencemaran udara/ bunyi dapat dikurangkan.
Kemalangan di jalan raya dapat dikurangkan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, masalah perkhidmatan pengangkutan awam mesti
diatasi supaya dapat memberikan keselesaan/ kepuasan kepada para pengguna.
Soalan 2(a)
i. -(satu daripada cara) pilihan untuk tiba ke tempat yang
dituju
ii. -perkhidmatan bas perlu ditambah
-jadual perjalanan bas perlu diperkemas
-kempen besar-besaran perlu dilakukan untuk menarik minat
orang ramai menggunakan pengangkutan awam
-syarikat pengangkutan awam wajar menyediakan insentif
kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan
iii. -Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan mengambil
tindakan tegas terhadap pemandu teksi
-penumpang mesti melaporkan kegiatan itu dengan segera
kepada pihak berkuasa
-Kementerian Pengangkutan mesti mewajibkan penggunaan meter
bayaran di dalam teksi -Persatuan Pemandu Teksi mesti mendidik ahli supaya
lebih berdisiplin dan bertimbang rasa
-pengguna menggunakan kenderaan awam yang lain seperti bas
-pengguna memastikan pemandu teksi menggunakan meter
-kerajaan mengadakan kempen kesedaran sivik kepada pemandu
teksi supaya sentiasa jujur dan amanah
Sumber:http://saujanamata.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment