Seiring dengan dunia maju yang lain, negara Malaysia juga
sedang bergerak ke arah kemajuan. pengankutan kita juga semakin canggih dan
moden. ia telah banyak membawa perubahan dan kebaikan pada taraf hidup
masyarakat Malaysia. Sistem jalan raya yang baik, kemudahan sistem penerbangan
yang cemerlangdan adanya pelabuhan bertaraf antarabangsa sememangnya telah
dapat membawa negara dan rakyat ke era kemajuan dan permodenan.
Namun begitu, disebalik keselesaan dan pembangunan tersebut
timbulnya beberapa masalah sampingan yang boleh memudaratkan kehidupan
masyarakat. Perubahan ini tidak mungkin berlaku tanpa membebankan alam sekitar.
Lazimnya, setiap perbuatan dan perubahan itu membawa bersama kebaikan dan
keburukan. Seabagai contoh, pembamgunan sistem jaringan pengankutan
meninggalkan banyak kesan terhadap alam sekitar. Sistem pengankutan merupakan
faktor terbesar yang menyababkan pencemaran udara. Dianggarkan 13.6 juta
gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan yang merosakkan
kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Pencemaran ini juga turut menambah
kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia.
Sistem pengankutan darat iaitu kenderaan bermotor seperti
kereta, lori, motosikal, dan bas merupakan punca utama pencemaran udara
berbanding dengan kapal laut dan kapal terbang. Hal ini dapat dilihat kerana,
kenderaan bermotorlah banyak mengeluarkan banyak karbon dioksida (CO2) dari
enjin dan menyebabkan pencemaran udara. Jika di bandar, kenderaan bermotor digunakan
oleh hampir semua penduduk untuk melakukan aktiviti atau pekerjaan harian. Oleh
itulah, berlakunya jalan raya yang sesak dan bunyi-bunyi enjin kereta serta
bunyi hon kereta yang membingitkan telinga. Perkara sebegini membawa kepada
pencemaran landskap dan bunyi terhadap alam sekitar. Perkara ini boleh
dikurangkan dengan mengurangkan penggunaan kenderaan sendiri dan disaranka
menggunakan kenderaan awam. Lebuh-lebuh raya dan jalan lingkaran bertingkat
juga perlu dibina.
Negara kita sering terdedah kepada risiko tumpahan minyak
yang besar. Selat Melaka dilalui oleh hampir 30% kapal-kapal tangki. Sektor
perkapalan ini terutamanya kapal yang membawa minyak perlu dititik beratkan
penjagaannya untuk mengelakkan pertumpahan minyak ke laut. Hidupan-hidupan akuatik
juga akan mengalami kesukaran untuk meneruskan kehidupan ,burung-burung sukar
untuk mencari makanan, dan pendapatan nelayan berkurang.
Kemasukan pelancong dari luar negara melalui pengankutan
udara semakin meningkat. Dalam kesibukan ini, bunyi-bunyi enjin kapal terbang
yang bising serta bunyi pengankutan udara yang lain seperti helicopter dan jet
boleh menyumbang kepada pencemaran bunyi dan mengganggu penduduk yang tinggal
di sekitar lapangan itu. Oleh sebab itu, lapangan terbang ini perlu dibina jauh
dari kawasan perumahan penduduk. Namun begitu, pengankutan udara banyak juga
kebaikannya terhadap alam sekitar seperti boleh mengawal pembakaran hutan dan
pembalakan haram serta boleh memelihara alam sekitar.
Kesimpulannya, kita tentulah merasa tidak selesa jika
pencemaran ini berlaku. Kita harus mengganggap bumi kita sebagai rumah kita
sendiri, dan kita akan berusaha untuk tidak mengotorinya. Langkah-langkah
pembersihan dan pencegahan pembersihan
perlu dilakukan. Alam sekitar kita akan bersih dan ia akan mencerminkan
masyarakat yang harmonis dan sihat.
No comments:
Post a Comment