21
APRIL —Jawatankuasa Kerja Pengangkutan Awam Malaysia telah menyampai suatu
memorandam kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) dengan beberapa
rekomendasi.
Bersempena
dengan Hari Antarabangsa Pengangkutan Awam Percuma yang disambut pada Hari Sabtu
pertama dalam bulan Mac setiap tahun, kami dari Jawatankuasa Kerja Pengangkutan
Awam Malaysia yang terdiri daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan
parti politik ingin menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam
Darat (Spad).
Kami
dari Jawatankuasa Kerja Pengangkutan Awam Malaysia telah mengadakan Forum
Nasional Pengangkutan Awam pada 3 November 2012 di Petaling jaya dan forum
peringkat negeri di Pulau Pinang pada 14 September 2014. Forum yang disertai
oleh agensi kerajaan persekutuan, wakil kerajaan negeri, NGO-NGO dan orang awam
yang telah berjaya merangka beberapa rekomendasi kepada kerajaan berkenaan
pengangkutan awam di Malaysia.
Kami
dari Jawatankuasa Kerja Pengangkutan Awam Malaysia ingin menyarankan beberapa
rekomendasi kepada Spad bagi memantapkan pengangkutan awam di Malaysia.
Rekomendasi:
Sistem
pengangkutan awam yang komprehensif dan bersepadu harus dijadikan keutamaan
negara kita.
Sistem
yang kita ada sekarang yang mengutamakan penggunaan kenderaan persendirian sedang
menelan perbelanjaan yang besar untuk masyarakat kita, menyebabkan kesesakan
jalan-jalan di bandar-bandar kita dan juga pencemaran alam. Oleh itu adalah
jauh lebih baik untuk kita beralih kepada satu sistem yang berdasar pada
pengangkutan awam.
Sistem
pengangkutan awam yang berasakan bas (BRT ataupun Bus Rapid Transport) harus
ditingkatkan dan dipromosikan kerana ia jauh lebih murah dan cepat dilaksanakan
dengan memakai pasarana yang sedia ada berbanding sistem MRT ataupun “Mass Rail
Transport”.
Lane-lane
jalan khas untuk bas awam harus dilaksanakan untuk mewujudkan satu jaringan
jalan bas untuk tiap bandar besar di negara kita. Kos melakukan ini adalah
segelintir daripada perbelanjaan membangunkan MRT.
Pada
takat ini MRT hanya dibangunkan di Lembah Klang. BRT boleh dilaksanakan
serentak di beberapa kawasan perbandaraan. Pengangkutan awam yang lain seperti
tram bandar dan pengangkutan air di bandar-bandar yang berhampiran dengan
sungai atau laut boleh dipakai untuk mewujudkan satu sistem pengangkutan yang
bersepadu.
Sistem
pengangkutan awam harus dibangunkan dan diuruskan oleh kerajaan kerana ia
merupakan satu kemudahan asas yang dipakai oleh rakyat biasa. Jika dibiar pada
sektor swasta kos pengangkutan akan naik dan laluan-laluan yang tidak menguntungkan
tidak akan diberi perkhidmatan dengan sempurna.
Badan-badan
yang melaksanakan system pengangkutan awam harus beroperasi secara transparen
dan demokratik sebagai satu amanah atau lembaga di tiap kawasan dengan
penyertaan masyarakat tempatan, pekerja pengangkutan dan kerajaan tempatan.
Kuasa
untuk memutuskan laluan jalan bas harus diturunkan kepada negeri dan kerajaan
tempatan supaya rancangan yang mengambilkira situasi tempatan dapat diamal.
Sistem yang sedia ada sekarang di mana terlalu banyak kuasa dipusatkan di
Putrajaya tidak berupaya melahirkan satu sistem yang efisyen dan bersepadu di
semua negeri dan semua kawasan kerajaan tempatan.
Kerajaan
harus menggunakan pendidikan, peraturan zon dan mekanisme harga untuk menyekat
dan mengurangkan pengangkutan persendirian yang sedang mengakibatkan kesesakan
jalan raya dan bandar raya kita.
Pendidikan
harus dimulakan sekarang dan bukannya selepas system pengangkutan awam mula
beroperasi. Pendidikan harus mengetengahkan hubungan antara penggunaan
pengangkutan awam dan alam sekitar, selain mengurangkan masalah kesesakan lalu
lintas di kawasan kepadatan penduduk yang tinggi. Penggunaan pengangkutan awam
dan kenderaan tidak bermotor boleh mengurangkan kemalangan jalan raya.
Sistem
pengangkutan awam harus mesra golongan kurang upaya dan warga tua
Kami
berharap pihak Spad akan meneliti dan membawa rekomendasi-rekomendasi ini
kepada pihak kerajaan/ Kementerian bagi membolehkan rekomendasi-rekomendasi ini
diambil kira dalam merangka Strategi Pengangkutan Awam di Malaysia.
Sumber: http://www.themalaymailonline.com/what-you-think/article/sistem-pengangkutan-awam-bersepadu-harus-dijadikan-keutamaan-jawatankuasa-p
No comments:
Post a Comment