Wednesday 24 June 2015

KESAN SISTEM JARINGAN


1.  Sudah menjadi kebiasaan setiap hari penduduk bandar akan memandu ke tempat kerja. Keadaan ini menyebabkan bandar besar, seperti Kuala Lumpur, mengalami kesesakan trafik dan masalah pencemaran udara.  Berbasikal adalah cara yang baik untuk masyarakat dalam usaha pengurangan pelepasan karbon. Tidak dapat dinafikan berbasikal merupakan pengangkutan yang paling murah dan dianggap sebagai pilihan mesra alam kerana tiada pencemaran bunyi bising, tiada bau asap yang tidak menyenangkan dan mudah digunakan. Bandar-bandar yang mempunyai budaya berbasikal yang tinggi mempunyai infrastruktur yang baik bagi memenuhi keperluan pengguna basikal seperti lorong basikal yang sistematik, rak basikal yang mencukupi dan rangkaian sistem pengangkutan yang berkesan.

2.  Di Malaysia, adalah dialu-alukan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur berusaha ke arah mesra berbasikal supaya dapat mengurangkan kenderaan di jalan raya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor seperti cuaca yang panas dan lembap dan sikap rakyat menjadi penghalang kepada amalan berbasikal.

3.  Kerajaan perlu meningkatkan kualiti pengangkutan awam di Malaysia dengan mewujudkan pasukan pengurusan yang mantap dan dinamik  Kerajaan perlu memperbanyak pengangkutan awam bagi menampung permintaan pengguna yang tinggi terutama di bandar- bandar utama  Kerajaan perlu menyediakan sistem pengangkutan awam yang tidak memerlukan masyarakat bertukar rangkaian pengangkutan awam beberapa kali untuk sampai ke destinasi  Kerajaan perlu memikirkan cara yang mudah untuk masyarakat membeli tiket pengangkutan awam seperti menyediakan sistem membeli tiket secara berpepadu  Kerajaan perlu menetapkan harga tiket yang murah atau mampu dibeli oleh pengguna supaya tidak membebankan pengguna terutama yang berpendapatan rendah

4.  Sistem Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu membuat kajian secara menyeluruh tentang permasalahan yang dialami oleh pengguna pengangkutan awam bagi meningkatkan perkhidmatan sistem pengangkutan awam  Pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan jadual kekerapan perjalanan dan masa ketibaan menepati jadual yang dirancang supaya pengguna tidak membazirkan masa mereka  Pengusaha pengangkutan awam perlu meningkatkan kualiti perkhidmatansyarikat kenderaan mereka dengan meletakkan televisyen dan radio supaya pengguna tidak berasa bosan apabila menaiki kenderaan mereka  Pengusaha pengangkutan awam perlu memasang sistem perakam kamera pada kenderaan masing-masing untuk merakam pemandu yang tidak berdisiplin dan melanggar peraturan jalan raya  Pengusaha pengangkutan awam perlu memikirkan kemudahan pengguna meletakkan kenderaan mereka sebelum menggunakan pengangkutan awam supaya tidak mengganggu lalu lintas sehingga boleh menyebabkan lalu lintas

5.  Pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan keselamatan kenderaan yang ditinggalkan oleh pengguna yang menggunakan pengangkutan awam mereka untuk memberi keyakinan kepada pengguna terhadap pengangkutan awam  Media massa perlu menguar-uarkan kempen menggunakan pengangkutan awam di Malaysia untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas  Masyarakat perlu menyahut saranan kerajaan supaya menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan pertambahan kenderaan di atas jalan raya sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak  Pihak sekolah perlu memberi penerangan kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan menggunakan pengangkutan awam seperti dapat mengelakkan kemalangan jalan raya, dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas dan dapat mengurangkan pencemaran udara melalui pembebasan asap daripada kenderaan

6.  Amphicoach adalah sebuah kenderaan berbentuk bas yang boleh jalan sama ada di atas darat atau di atas air.  Kenderaan ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas kerana boleh menggunakan jalan air.  Kenderaan ini juga mempunyai 50 tempat duduk dan telah digunakan di Budapest, Hungary.

7.  Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbum dan memasang alat catalytic converter pada enjin kenderaan untuk mengurangkan pengeluaran asap. Di Kuala Lumpur, penggunaan kereta api elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya mengurangkan pencemaran udara. Ini kerana kereta api elektrik ini merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam sebab tidak mengeluarkan asap hitam!

8.  Kerajaan perlulah bertindak tegas dengan mengenakan denda atau kompaun terhadap: i) Syarikat kenderaan dan pemandu yang mengeluarkan asap yang berlebihan. ii) Kenderaan yang mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat sehingga mengganggu persekitaran.

9. i) Mewajibkan setiap kenderaan diservis mengikut jangka masa yang ditetapkan.

10.  Sebagai masyarakat yang prihatin, kita perlulah mengambil berat tentang alam sekitar.  Kita juga perlu bekerjasama untuk mengelakkan sebarang pencemaran berlaku di dunia ini.  Kita boleh mengelakkan pencemaran dengan mewujudkan langkah pengangkutan lestari.




No comments:

Post a Comment