Bas bandar yang mempunyai reka bentuk tradisional (gambar)
menjadi satu keunikan di bandar Kuala Terengganu, Terengganu walaupun di
sebahagian besar bandar di negeri-negeri lain lebih tertarik menggunakan
pendekatan yang lebih canggih dan moden.
Walaupun kelihatan agak kurang moden namun penumpang di
bandar berkenaan tetap bangga dengan kemudahan pengangkutan awam itu malah ia
menjadi pengangkutan utama di negeri tersebut.
Bagi para pelancong, bas tradisional itu sangat menarik
perhatian mereka dan menganggapnya sebagai sesuatu yang unik dan istimewa
kerana ciri-ciri tradisional yang sukar didapati di tempat lain.
Keberanian syarikat yang mengusahakan perkhidmatan bas
bandar seumpama ini dengan sokongan pihak kerajaan boleh menjadi contoh bahawa
kecanggihan perkhidmatan tidak semestinya menjadi keutamaan penumpang
sebaliknya daya kreativiti juga mampu memikat orang ramai.
Saya pernah mencuba menaiki bas ini untuk merasakan sendiri
keadaan di dalamnya dan ia tetap menyeronokkan walaupun hanya menggunakan
tempat duduk yang diperbuat daripada kayu.
Pelbagai bentuk ukiran yang terdapat di dalam bas
menjadikannya lebih menarik seolah-olah kita berada di dalam sebuah rumah
tradisional yang sedang bergerak.
sumber:
penggunahebat.blogspot.com
No comments:
Post a Comment