Tuesday 2 June 2015

MALAYSIA DI LANDASAN BETUL TAMBAH BAIK SISTEM PENGANGKUTAN AWAM

Malaysia di landasan betul tambah baik sistem pengangkutan awam: Penganalisis


KUALA LUMPUR: Malaysia mengambil langkah yang betul untuk menambah baik kecekapan sistem pengangkutan awam dan akan menyaksikan hasilnya tidak lama lagi, kata Naib Presiden, Pengangkutan dan Amalan Logistik Global Frost and Sullivan, Gopal R. Penganalisis itu berkata, sistem pengangkutan awam negara kekurangan integrasi dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengambil langkah untuk menanganinya seperti memperkenalkan bas pengantara dan teksi bagi projek transit aliran massa (MRT).  "Jika anda ada bas pengantara dan sistem teksi yang menghubungkan bahagian berbeza daripada stesen berbeza dan sebagainya, capaian sistem pengangkutan awam akan bertambah baik. "Itulah yang sedang diusahakan oleh SPAD dan ia sangat baik," katanya kepada Bernama di luar sidang kemuncak Rail Systems Asia 2013, di sini, hari ini. Gopal adalah seorang daripada penceramah di sidang kemuncak itu. Beliau berkata, kemajuan projek MRT yang memberangsangkan dan capaian yang diperluaskan menerusi bas pengantara dan teksi akan membantu Malaysia mencapai wawasannya menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

Sumber:http://www.spad.gov.my/news-events/media-release

No comments:

Post a Comment