Soalan:
Masalah pengangkutan awam di negara ini perlu diselesaikan
untuk menjamin keselesaan dan kepuasan pengguna. Bincangkan masalah yang
melanda sistem pengangkutan awam di negara ini.
Jawapan:
Strategi:
T=Pengangkutan awam
K=Masalah
F=Umum
Isi:
1. perkhidmatan yang ditawarkan tidak sistematik
2. sistem pengangkutan awam di negara kita sering tidak
menepati jadual
3. jumlah perkhidmatan yang disediakan tidak mencukupi
4. perkhidmatan awam yang disediakan tidak selesa
(AR) Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah
menegur mutu perkhidmatan pengangkutan rel di ibu negara yang disifatkannya
tidak memuaskan pada tahun 2008 yang lalu. (AR) Kenyataan itu dibuat setelah
beliau merasai sendiri pengalaman menggunakan perkhidmatan Komuter, Keretapi
Tanah Melayu Berhad(KTMB) dan sistem transit aliran ringan (LRT). Beliau juga
sempat mendengar rungutan daripada orang ramai yang menggunakan kedua-dua
perkhidmatan itu. Beliau menegaskan bahawa kewujudan masalah ini ibarat kata
pepatah, ”Kalau tak tumbuh tak melata, kalau tak sungguh orang tak kata.” (AA)
Semasa tinjauan ini dibuat, beliau mendapati bahawa beberapa masalah yang
melanda pengangkutan awam ini perlu diatasi.
(AJ) Satu daripada masalah yang wujud dalam sistem
pengangkutan awam ini ialah perkhidmatan yang ditawarkan tidak sistematik. (AH)
Apabila perkhidmatannya tidak sistematik, masalah yang timbul dalam sesuatu
masa sukar untuk diatasi. (AH) Keadaan ini memang jelas berlaku di ibu negara.
(AH) Kecanggihan pengangkutan awam benar-benar teruji pada waktu puncak apabila
sistem pengangkutan awam di negara kita gagal menangani limpahan pengguna pada
waktu itu. (AC) Sepatutnya, pengangkutan awam seperti sistem transit aliran
ringan (LRT), tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan perkhidmatan
bas RapidKL merupakan nadi kepada pergerakan warga kota. (AH) Namun semua
perkhidmatan ini gagal menampung keperluan pada waktu puncak. (AH) Ketiga-tiga
perkhidmatan ini didapati beroperasi dengan teratur dan mengikut jadual pada
waktu-waktu biasa yang tidak sibuk. (AH) Namun, apabila tiba waktu puncak sama
ada sebelah pagi atau petang, orang ramai tidak boleh bergantung pada
perkhidmatan ini jika mahu sampai ke pejabat tepat pada masanya. (AP) Pada
waktu puncak, pengangkutan awam di ibu kota dilihat gagal menampung kebanjiran
pengguna yang semakin meningkat kebelakangan ini.
Selain itu, (AJ) sistem pengangkutan awam di negara kita
sering tidak menepati jadual. (AH) Walaupun mantan Perdana Menteri pernah turun
padang untuk melihat sendiri operasi pengangkutan awam, namun setakat ini masih
belum ada perubahan. (AH) Orang ramai masih perlu bergelut untuk mendapatkan
tren dan bas terutamanya pada waktu puncak, namun waktu perjalanan dan ketibaan
perkhidmatan itu tidak mengikut jadual. (AH) Perjalanan yang tidak menepati jadual
ini benar-benar menyusahkan pengguna dan menimbulkan kesan kepada tugas dan
tanggungjawab mereka di tempat kerja. (AH) Kelewatan ini berpunca daripada
sistem pembelian tiket yang tidak efisien. (AC) Sebagai contohnya, jumlah
pengguna Putra LRT di Stesen Wangsa Maju menuju ke arah Kelana Jaya mencecah
lebih seratus orang pada satu-satu masa pada waktu pagi. (AH) Sebagai
akibatnya, barisan menunggu menjadi terlalu panjang dan berpusing-pusing
memenuhi platform. (AH) Senario beratur panjang ini umpama mahu membeli tiket
perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia itu merupakan perkara biasa bagi
pengguna di stesen tersebut. (AH) Oleh sebab barisan yang terlalu panjang,
mereka tidak dapat menggunakan perkhidmatan tersebut pada waktu yang
sepatutnya. (AP) Kesannya ialah pengguna lewat sampai ke tempat kerja.
Di samping itu, (AJ) jumlah perkhidmatan yang disediakan
tidak mencukupi untuk menampung jumlah pengguna yang ramai. (AH) Bagi wanita
yang sarat mengandung, mereka terpaksa menunggu sehingga jumlah penumpang yang
beratur berkurangan sebelum menaiki LRT. (AH) Dalam keadaan yang sarat, mereka
tidak mungkin dapat ‘bersaing’ dengan penumpang lain. (AH) Oleh sebab penumpang
terlalu ramai dan jumlah gerabaknya terhad, maka mereka terpaksa menunggu tren
yang berikutnya. (AH) Bagi perkhidmatan tren komuter KTMB yang menjanjikan
ketibaan setiap 20 minit, sentiasa terlewat daripada jadual pada waktu puncak,
iaitu pagi dan petang, kadang-kadang terlewat sehingga 15 minit. (AH) Selain
lewat, gerabaknya penuh dengan penumpang yang menyebabkan mereka yang menunggu
tidak dapat menaiki tren tersebut. (AH) Mereka terpaksa menunggu tren berikut
yang mungkin akan mengambil masa sampai 20 hingga 30 minit kemudian. (AH)
Namun, tindakan ini masih belum menjamin untuk mereka mendapat tempat. (AH)
Sebagai akibatnya, suasana di stesen menjadi tidak terkawal sebaik-baik sahaja
tren tiba. (AH) Adegan tolak-menolak merupakan pemandangan biasa kerana jika
mengalah sedikit, pasti tidak berpeluang menaiki tren yang sudah padat dengan
penumpang.
Bukan itu sahaja, (AJ) perkhidmatan awam yang disediakan
untuk pengguna sekarang ini didapati tidak selesa. (AH) Ketidakselesaan ini
bukan disebabkan tren atau bas yang disediakan tiada kemudahan yang baik tetapi
atas faktor bilangan penumpang yang semakin bertambah. (AH) Untuk memastikan
pengguna masuk atau mendapatkan tempat duduk, adakalanya tercetus pergaduhan
kecil apabila penumpang yang mahu masuk ke dalam tren bertindak menolak
pengguna yang sudah bersesak di bahagian dalam tren. (AH) Perkara sedemikian
biasanya berlaku pada waktu pagi apabila semua orang bagaikan tidak dapat
bertoleransi kerana bimbang lewat tiba di pejabat. (AH) Bagi pengguna yang
bersikap sabar, mereka terpaksa mengalah dan melepaskan dua hingga empat tren
komuter kerana masalah kesesakan itu. (AH) Mereka tidak sanggup untuk bersesak-sesak
seperti ‘sardin di dalam tin’ dan kena tolak pula dengan orang yang tidak
bertimbang rasa. (AH) Masalah ini sudah menjadi budaya dalam kalangan
masyarakat kota ketika ke tempat kerja dengan menggunakan perkhidmatan awam.
(AP) Walaupun tidak selesa, mereka terpaksa jua untuk menggunakan perkhidmatan
itu ke tempat kerja kerana tiada pilihan lain, ditambah pula kesan daripada
kenaikan harga minyak baru-baru ini.
Sebagai kesimpulannya, (A Ksmpln) tahap perkhidmatan awam di
negara kita menghadapi masalah yang perlu diselesaikan oleh pihak kerajaan.
(AC) Untuk menangani masalah ini, pihak kerajaan sedang merancang untuk
menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang akan memulakan tugas
secepat yang mungkin. (A Hrpn) Penubuhan suruhanjaya ini yang bakal beroperasi
pada pertengahan tahun depan merupakan bukti komitmen kerajaan untuk memastikan
sistem dan infrastruktur pengangkutan awam negara memenuhi piawai antarabangsa.
(A Hrpn) Dengan penubuhan suruhanjaya ini, kerajaan akan memastikan sektor
pengangkutan mempunyai garis panduan dasar yang jelas dan fokus untuk
meningkatkan kualiti pengangkutan awam di negara kita.
Sumber:http://panitiabmsmkss
No comments:
Post a Comment