Wednesday 3 June 2015

SISTEM PENGANGKUTAN AWAM YANG CEKAP SANGAT DIPERLUKAN DAN PENTING DI MALAYSIA YANG KINI SEMAKIN HAMPIR UNTUK MENJADI SEBUAH NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI.

Walaupun Malaysia telah melabur dalam pengangkutan awam beberapa tahun lalu, kekurangan jumlah komuter dan peningkatan penggunaan kenderaan persendirian menunjukkan terdapat kelemahan dalam pendekatan ini.

NKRA Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar (NKRA UPT) telah dilaksanakan untuk menyeleasaikan masalah ini dengan fokus tertentu di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Inisiatif ini sebaris dengan program lain yang dijalankan oleh Negara seperti dalam semua koridor ekonomi.

NKRA UPT memberi tumpuan kepada Lembah Klang kerana ia merupakan pusat dagangan dan masalah trafik adalah pada tahap yang kritikal. NKRA UPT, dengan mandat yang menyasarkan keberhasilan yang cepat, mampu memberi kesan yang besar dengan memberi fokus di kawasan tertentu.

Matlamat akhir adalah untuk mewujudkan pengangkutan awam bandar (UPT) bersepadu, yang akan menggalakkan lebih ramai penumpang pengangkutan awam, meningkatkan peratusan modal perkongsian kepada 25% daripada 12% pada masa ini

No comments:

Post a Comment