Kemalangan jalan raya ialah
peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih
di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa
kecederaan dan juga kematian. Negara kita merupakan antara negara yang
mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi. Oleh itu ada banyak
punca yang harus kita kaji untuk memahami masalah ini.
Punca pertama ialah kemalangan
disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan raya.
Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk atau tidak
sedarkan diri. Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka lalu
kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan sebagainya. Mereka
tidak menghiraukan keselamatan orang lain ketika memandu kerana menganggap
mereka cekap mengawal stering kenderaan. Jadi, kemalangan mudah berlaku akibat
kecuaian mereka ini.
Selain itu kemalangan juga
disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik. Biasanya jalan raya menjadi
lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan jalanraya
menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak
berhati-hati. Begitu juga dengan keadaan jalan raya yang tidak lurus dan turun
naik yang menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya
peristiwa ngeri ini. Maka, keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih
selamat buat pengguna jalan raya.
Malah, ada pihak yang menyalahkan
pemandu baru yang menyebabkan kemalangan terus menerus berlaku di negara ini.
Mereka dikatakan tidak mahir untuk mengawal kenderaan terutama ketika dalam
keadaan kecemasan yang menyebabkan banyak yang panik. Golongan muda juga
diselar kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya dan laju.
Sesungguhnya, satu alat mekanisme baru harus dicari untuk memastikan tahap
pemanduan pemandu baru mencapai piawaian yang baik.
Jumlah kemalangan bertambah juga
berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertambah setiap tahun. Pertambahan
bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan penuh dengan
kenderaan. Sudah pasti keadaan ini meningkatkan peratusan untuk sesuatu
kemalangan itu berlaku di jalan raya. Jelaslah, semakin banyak kenderaan di
jalan raya risiko untuk kemalangan berlaku amat tinggi.
Kesimpulannya, kadar kemalangan
jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua. Satu usaha yang berani
harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang masalah ini menular
lagi. Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga. Pandu cermat
jika selamat.
Sumber:http://pmrbest.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment