1. Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas
bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini
termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan
kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya
2. Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran
barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.
3. Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat
untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi
juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu,
penipuan dan penyelewengan.
4. Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai
keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat
memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu
dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.
5. Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat
pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang
cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.
6. Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian
keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang
`mengelirukan’ serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak
menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang
mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau
perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan
kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.
7. Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi
dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian
yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa
ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan
dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.
8. Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang
bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini
diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya
unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.
sumber:
pengangkutanawam2015.blogspot.com
No comments:
Post a Comment