Thursday 25 June 2015

PENAMBAHBAIKAN

PENGANGKUTAN AWAM
Usaha S.P.A.D. sepanjang 12 bulan lalu boleh
dirangkumi oleh tema “Penambahbaikan
Pengangkutan Awam” yang merujuk kepada
penambahbaikan asas yang dilakar apabila
Suruhanjaya ini ditubuhkan pada tahun 2010.
Sejak penubuhannya, S.P.A.D. telah berusaha
untuk memperbaik sistem pengangkutan awam
untuk semua pemegang berkepentingan—
terminal pengangkutan, pengendali, ejen
penguatkuasaan dan orang awam yang
berulang-alik.
Inisiatif yang diambil memfokuskan
pengangkutan awam darat berasaskan jalan
raya dan rel. Bahagian ini menampilkan
gambaran keseluruhan yang terperinci
mengenai beberapa pencapaian Suruhanjaya
pada tahun 2012.

PROJEK REL
Perjalanan menggunakan rel merupakan pilihan
pengangkutan awam darat yang paling kerap digunakan dari
segi bilangan penumpang, oleh itu ia akan terus memainkan
peranan penting dalam semua perancangan pengangkutan
awam. S.P.A.D. menyedari bahawa tahap perkhidmatan
industri rel boleh dipertingkatkan, maka akan terus komited
terhadap penambahbaikan perkhidmatan untuk semua
penumpang. Pencapaian berikut berjaya diraih pada tahun
2012:
•          Meningkatkan kapasiti KTM Komuter dan bilangan
penumpang: KTM Berhad, pengendali rel nasional di
negara ini, telah memperkenalkan 38 unit Set-EnamGerabak
(SCS) EMU (Electric Multiple Unit). Kereta api
ini mula beroperasi pada 8 Mac 2012 di laluan KTM
Komuter Sg. Gadut – Rawang dan Pelabuhan Klang –
Batu Caves. 38 set SCS EMU yang dibuat oleh CSR
Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd, China dibeli
dengan harga RM1.8 bilion. Berikutan pelaburan ini,
bilangan penumpang perkhidmatan KTM Komuter
telah meningkat daripada 2.7 juta penumpang pada
Mac 2012 kepada 3.7 juta penumpang menjelang
Disember 2012. Pada masa yang sama, ketepatan
masa perkhidmatan meningkat daripada 76% kepada
90%, dengan kekerapan maksimum setiap 15 minit
pada waktu puncak operasi
•          Meningkatkan kapasiti dan kecekapan LRT dan
monorel: Syarikat Prasarana Negara Berhad, pengendali
dan pemilik sistem LRT, telah meningkatkan kapasiti
Landasan Kelana Jaya (KJL) dengan penambahan 35
set tren empat gerabak. Dengan kapasiti tambahan
ini, kekerapan semasa tempoh puncak dikurangkan
kepada 2.5 minit dan bilangan penumpang bertambah
daripada 4.8 juta penumpang pada Januari 2012 kepada
6.8 juta menjelang Disember 2012 selain mengekalkan
ketepatan masa perkhidmatan pada kadar 99%.
Sementara itu, Landasan Ampang (AG) menyaksikan
pertambahan bilangan penumpang daripada 4.5 juta
orang pada Mac 2012 kepada 5 juta pada Disember
2012 dan mengekalkan ketepatan masa perkhidmatan
pada kadar 99%. Sistem Monorel KL meningkatkan
bilangan penumpang sepanjang tempoh yang sama
daripada 1.8 juta kepada 2.4 juta penumpang dengan
menggunakan 12 set monorel dua gerabak selain
mengekalkan kekerapan maksimum setiap 5 minit pada
waktu puncak operasi.


sumber:  www.spad.gov.my/ms/mengenai-spad/profil

No comments:

Post a Comment